DARI dulupun penulis memang percaya bahawa ada kelompok rakyat Malaysia ini terutama di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang cenderung terlibat dengan kegiatan keganasan.
Sebabnya mudah, ramai orang dari kelompok ini nak jalan mudah ke syurga dengan memilih untuk ‘mati syahid’, tak payah susah-susah nak sembahyang, puasa dan sebagainya.
Gelar kerajaan kafir, angkat senjata lawan dan kalau mati, akan adalah pemimpin ’parti Islam’ yang datang untuk ‘mensyahidkan’ mereka.
Maka itulah penahanan 2 orang pelajar Malaysia di Lubnan kerana dakwaan terbabit dengan pertubuhan pengganas seperti Al-Qaeda, tidak begitu mengejutkan penulis. Kalau penahanan itu dilakukan di Malaysia, cepat sahaja balaci nak menuduh itu tindakan bermotifkan politik, mana mungkin rakyat Malaysia terlibat dengan keganasan dan sebagainya.