Khamis, 18 Oktober 2012

SIKAP PENTINGKAN DIRI DARIPADA KESELAMATAN ???

 

Marang 18/10/2012 - Majoriti di seluruh dunia mengenai penggunaan media sosial untuk berhubung dan membolehkan orang awam, sesiapa sahaja mendapat maklumat dengan cepat melalui rangkaian yang diujudkan.

Kaji selidik itu turut mendapati syarikat-syarikat dengan program komunikasi terbaik meningkatkan skil komunikasi, cara syarikat-syarikat mengendalikan komunikasi kakitangan secara asasnya berubah disebabkan peningkatan jangkaan, kepelbagaian, globalisasi serta pertumbuhan media sosial dan rangkaian.

Kaji selidik itu juga mendapati 64 peratus responden adalah lebih berpengetahuan terhadap penggunaan media sosial berbanding setahun lalu dan 69 peratus merancang untuk meningkatkan penggunaannya.

 

Namun begitu Garis Panduan Menara dan Struktur Sistem Pemancar Telekomunikasi di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Garis Panduan Pembinaan Struktur Pemancar Telekomunikasi Negeri perlulah dipatuhi serta Insurans.
 

Selain itu, laporan jurutera mengenai projek, kelulusan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi serta sokongan daripada pihak-pihak yang terlibat juga diperlukan sebelum sebarang kerja-kerja pembinaan dilakukan.

Tetapi sebaliknya berlaku di Menara Tower Wimax P1 yang sedang dalam pemasangan di bumbung Bangunan UMNO Bahagian Marang. Bumbung bangunan yang telah uzur dibocorkan untuk meletakkan kaki menara tersebut sehingga mengambil sebahagian daripada ruangan pejabat APMT Daerah Marang ditingkat tiga.

Tidak kah kita terfikir secara logiknya untuk menampatkan menara tersebut sehingga mengambil risiko kepada keselamatan dokumen-dokumen serta kesihatan warga APMT yang bertugas serta penduduk kawasan persekitaran.



Jika Garis Panduan serta mendapat kelulusan daripada pihak-pihak tertentu tidaklah menjadi satu kesalahan, malah untuk keperluan dizaman ICT ketika ini.

Janganlah hendak menuding jari kepada sesiapa. Tepuk dada tanyalah selera. BERSAMBUNG.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...