Translate

Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan

31/01/2011

Jangan seret ahli akademik

UTUSAN: Apa pandangan Datuk terhadap pandangan Azmin Ali bahawa Datuk sering memutar belit sejarah? 

RAMLAH: Bagi saya itu tidak patut berlaku. Masyarakat mempunyai pelbagai golongan yang berbeza, ada ahli politik, ahli akademik dan pelbagai lagi. Kami diberi tugas untuk membuat penyelidikan dan hasilnya kita akan membuat penulisan dan meluahkan pendapat. Pendapat juga boleh berubah bergantung kepada bahan yang diperoleh. Jika ada penemuan baru sejarah, maka fahaman kita tentang sejarah akan turut berubah. Selain itu, ia juga bergantung kepada interpretasi tentang fakta yang ditemui dan ia bergantung kepada pengalaman. Macam satu kajian yang saya buat, institusi raja telah ada sejak zaman Melaka. Maka kita akan kaji pula undang-undang yang digunapakai dan sistem pengurusannya. Tapi kita jumpa pula apakah Melaka yang mula-mula sekali mempunyai sistem beraja. Kita buat lagi kajian dan didapati Melaka adalah sebuah kerajaan sambungan dari zaman Sriwijaya yang bermula sejak kurun satu Masihi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...