Translate

Memaparkan catatan dengan label Pengganas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengganas. Papar semua catatan

07/03/2013

Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu

Post Pic
KUALA LUMPUR: Kesahihan seorang yang menggelar dirinya  Sultan Sulu Jamalul Kiram III amat mencurigakan, kata sumber-sumber yang arif mengenai lipatan sejarah kesultanan itu.
Individu berkenaan yang bernama Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram mencetuskan konflik dengan Malaysia apabila mendalangi sekumpulan bersenjata untuk menceroboh Lahad Datu tiga minggu lalu.
Ia dilakukan di  atas alasan Sabah milik Kesultanan Sulu yang berpangkalan di Filipina.

06/03/2013

RAHSIA DI MANA RAJA MUDA AZZIMUDIE BERSEMBUNYI

Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou.

Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.

30/10/2012

Pengganas: PDRM Perlu Kaji Kaitan Dengan Pakatan

mafia_DAP
DARI dulupun penulis memang percaya bahawa ada kelompok rakyat Malaysia ini terutama di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang cenderung terlibat dengan kegiatan keganasan.

Sebabnya mudah, ramai orang dari kelompok ini nak jalan mudah ke syurga dengan memilih untuk ‘mati syahid’, tak payah susah-susah nak sembahyang, puasa dan sebagainya.

Gelar kerajaan kafir, angkat senjata lawan dan kalau mati, akan adalah pemimpin ’parti Islam’ yang datang untuk ‘mensyahidkan’ mereka.

Maka itulah penahanan 2 orang pelajar Malaysia di Lubnan kerana dakwaan terbabit dengan pertubuhan pengganas seperti Al-Qaeda, tidak begitu mengejutkan penulis.  Kalau penahanan itu dilakukan di Malaysia, cepat sahaja balaci nak menuduh itu tindakan bermotifkan politik, mana mungkin rakyat Malaysia terlibat dengan keganasan dan sebagainya.

20/11/2011

SUHAKAM - dah tak kenal hak penjenayah?? Patut dibubarkan....

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap memertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu dibawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh  Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.

20/02/2011

Di Sebalik Tabir Anwar Ibrahim, The King Faisal Foundation & SAAR Foundation

Rencana ini merupakan suntingan semula dari kompilasi rencana dari pelbagai sumber yang diterbitkan oleh bigdogdotcom.wordpress.com yang menyentuh mengenai sejarah penglibatan Anwar dengan WAMY, IIIT, kaitannya dengan The King Faisal FoundationSAAR Foundation serta di sebalik tabir penubuhan syarikat perniagaan Anwar di AS.
Semoga rencana ini memberi manfaat kepada saudara sekalian – AIDC
Anwar Ibrahim adalah tokoh terkemuka dalam kumpulan -kumpulan rangkaian Islam (Muslim Brotherhood) yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) dan sebahagian besar universiti-universiti yang dibiayai oleh penaja-penaja dari Arab Saudi.
Kumpulan-kumpulan Islam ini dikawal oleh rangkaian pasukan tertua dalam gerakan Kebangkitan Islam dari tahun 1970-an dan 1980-an.
Sesetengah sekutu tertuanya di Malaysia, termasuk Abdul Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman, telah terlibat dengan rangkaian ini, ketika masih menuntut di AS.
Selepas pembebasannya dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Anwar telah menggunakan ‘rangkaian Amerikanya’ itu untuk membantunya semula dalam pembinaan karier dan kewangannya.

17/02/2011

ANWAR BELANJA 2 JUTA DI WASHINGTON ???

Mana Anwar dapat duit sampai boleh belanja 2 juta luar negara...??

Kata parti Pakatan Rosak miskin takda duit tapi sebenarnya banyak duit..!!! Minta sedekah melalui ceramah tetapi yahudi menjana parti Pakatan Rosak..!!

Kita lihat keterangan video berkait...

04/02/2011

Pasca-Hosni: Ikhwanul Muslimin kuasa tak boleh dipandang sepi

ANALISIS, 4 Feb — Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu — antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir.
Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era pasca-Hosni ialah Ikhwanul Muslimin.
Bagaimanapun persoalannya ialah sejauh mana pentadbiran Obama akan berurusan dengan kumpulan Islam ini jika ia menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan baru.
Di sebalik perkembangan itu, dipetik msnbc, pakar strategi kumpulan Islam ini mahu Hosni dan orang kanannya ditanggungjawabkan atas “perbuatan jenayah” mereka terhadap rakyat Mesir selama ini.

03/02/2011

Kes Liwat : Anwar Kecewa PDO Mohon Maaf


AIDCNews – 02/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa kecewa dengan permohonan maaf yang dibuat oleh Pahang Daily Online (PDO) terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan berkenaan dengan fitnah ditimpa penyakit kronik ekoran bersumpah dua tahun lalu.
Namun begitu, blog itu mempertahankan tindakannya kerana menyedari enam artikel yang disiarkan sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
“Ia adalah ikhlas dari sikap tanggungjwab dan profesionalisme yang kami ambil seleps menyedari maklumat tersebut adalah tidak benar sama sekali.

29/01/2011

Siasatan Lanjut ‘Connections’ Anwar & Kumpulan Pengganas Antarabangsa

AIDCNews – 28/01/11 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
“Saya telah meminta pasukan khas (anti) pengganas dan saya telah meminta Cawangan Khas, dan mereka berhubung dengan (agensi) risikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kumpulan pengganas ini, katanya di Labis petang tadi
“Ini bukan isu politik. Ini adalah isu keselamatan, suka atau tidak kita mesti mengambil serius perkara ini, katanya lagi seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.
Laporan CNN  bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” [klik di sini] semalam, 27 Jan menyebut pada bulan Ogos tahun lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan ketidaksenangannya terhadap Arab Saudi yang menurut maklumat akan membiayai calon pembangkang, Anwar Ibrahim, pada pilihanraya umum akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...