AIDCNews – 02/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa kecewa dengan permohonan maaf yang dibuat oleh Pahang Daily Online (PDO) terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan berkenaan dengan fitnah ditimpa penyakit kronik ekoran bersumpah dua tahun lalu.
Namun begitu, blog itu mempertahankan tindakannya kerana menyedari enam artikel yang disiarkan sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
“Ia adalah ikhlas dari sikap tanggungjwab dan profesionalisme yang kami ambil seleps menyedari maklumat tersebut adalah tidak benar sama sekali.
“Justeru itu, kami telah meminta pandangan beberapa tokoh ulamak tentang perkara ini dan ternyata mereka mahukan kami memohon maaf secara terbuka kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesilapan yang berlaku”, kata blog itu dalam posting terbaru bertajuk “Pahang Daily Online (PDO) Di ‘Kecam’ Penyokong Pakatan Rakyat Dek Kerana Kemaafan Terhadap Enam Artikel ‘Kontroversi’ Mohd Saiful Bukhari !!”. Klik di sini
Sekali lagi blog itu mempertahankan bahawa persoalan kes liwat adalah urusan peribadi di antara Anwar. Katanya kebenaran pasti muncul dalam kes itu, sama ada cepat atau lambat.
“Kebenaran atas kes liwat antara beliau dengan Anwar itu perkara lain yang perlu diselesaikan oleh mereka berdua. Bagi kami, kebenaran itulah yang lebih utama selepas lama mencari kepastian.
“Soal kenapa selepas lebih dua tahun baru berbuat demikian, itu mungkin kerana kebenaran hakiki yang dicari masih belum menjelma dan kini ia telah hadir” katanya lagi.