Translate

03/02/2011

Rakyat Kecewa Anwar Tidak Mahu Bersumpah!



AIDCNews – 02/02/11 – Seorang warganegara Malaysia menggunakan nama S1R00001 telah menghantar twitter kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan kekecewaannya kerana keengganan Ketua Umum itu untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada terpalit imej sebagai peliwat.
“Kenapa Anwar tak bersumpah saja yang sheikh tak buat. Memang habis lah juak-juak UMNO  tu pasti diam”, soal S1R00001.  Anwar menjawab : “Ikut shara’, mahkamah shariah (dan) bukan(nya) UMNO”.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jawapan itu,  pengikut twitter Anwar itu sekali lagi bertanyakan soalan kerana merasakan jawapan itu tidak kukuh dan tidak menyelesaikan masalah.

“ikut shara’ tak paham…tak perlu pergi mahkamah pak sheikh (tetapi) buat (saja) sumpah di mana-mana masjid tujukan kepada pemfitnah (Saiful)..Allah sentiasa  (bersama) dengan orang (yang) benar”, kata S1R00001.
Sekali lagi Anwar menolak cadangan peminat twitternya itu dan mengulangi jawapan yang sama dengan berkata: “Wajib ikut shara’. Rujuk (kepada) blog (saya)”.
Keengganan Anwar untuk bersumpah itu menimbulkan kekeliruan kepada peminat twitternya. Menurut pemahamannya bersumpah tidak rumit dan tidak perlu melibatkan mahkamah hanya memilih mana-mana masjid yang sesuai dan bersumpah dengan nama Allah menafikan dakwaan serta sumpah yang pernah dibuat oleh mangsanya (Saiful) dahulu sebagai tidak benar.
“Confuse dan keliru. Mana satu yang betul ni…”, kata S1R00001 yang ditwitt kepada Anwar Ibrahim. Sehingga berita ini ditulis, Anwar tidak lagi membalas twitter terakhir pengikutnya itu.
Begitulah satu sampel kekeliruan rakyat Malaysia tentang keengganan Anwar bersumpah untuk membersihkan dirinya dari imej peliwat.
S1R00001 @ Nik Rizman, UEP Subang Jaya
S1R00001 atau nama sebenar Nik Razman yang menetap di UEP Subang Jaya merupakan warganegara biasa Malaysia yang bekerja di Prudential BSN Takaful semakin keliru dengan keengganan Anwar untuk bersumpah, sedangkan bersumpah merupakan jalan terbaik untuk membersihkan dirinya. Cara yang mudah, tetapi berkesan untuk memulihkan keyakinan rakyat kepadanya.
Namun apabila Anwar sentiasa bertegas menolaknya dengan bersandarkan ‘syariah’, tanpa penjelasan yang memuaskan, menyebabkan rakyat semakin keliru dan hilang keyakinan kepadanya.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, merupakan tokoh ulama yang pertama menyeru Anwar dan Saiful bersumpah mubahalah, ketika kes liwat ke II timbul semula pada tahun 2008.
Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
“Sila bersumpah kepada orang yang dituduh. Sebut, kita nak dengar “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” Saya tidak melakukannya. Jika sekiranya tak padan (juga), semua tak puashati, kita mai (mari) mubahalah.
“Seorang kata, Jika dia tidak melakukan kepada saya, maka laknat Allah lah ke atas saya.Seorang lagi kata, Jika saya melakukan hal itu ke atasnya, maka laknat Allah lah ke atas saya.
“Lepas daripada itu, kita senyap. Tutup buku, tak payah cakap dah bab ini. Setuju tak? Kita tengok siapa berani, siapa yang menuduh orang, siapa yang berkonspirasi, siapa yang apa…mai benda ni, kita serah pada Allah subhanawataala. Lepas tu kita tak mahu cakap, kita tak ada bukti. Tapi kita tak mahu bagi rakyat berkelahi, hang tumbuk aku, aku tumbuk hang, orang lain dapat tanah. Serah pada Allah Taala”, kata Dr Asri yang ketika itu merupakan Mufti Perlis.
4 Orang Saksi
Menyentuh berkenaan hukum Islam, tuduhan berzina dengan empat orang saksi, Dr Asri berkata terdapat perbezaan di antara orang lain (pihak ketiga) menuduh melakukan zina dengan diri sendiri mengaku dirogol.
Jika pihak ketiga menuduh terdapat aktiviti zina, pihak itu mesti mendatangkan 4 orang saksi. Tetapi jika individu itu sendiri mengaku dirogol, Islam melonggarkan syarat 4 orang saksi dengan kaedah lain yang dipanggil Qarinah iaitu pembuktian-pembuktian lain.
Kamar Aniah Kamaruzaman
Ini sekaligus menolak hujah peguam Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman yang memohon kepada mahkamah syariah mengenakan hukuman qazaf ke atas Mohd Saiful kerana tidak membawa empat orang saksi lelaki.
Qazaf hanya terpakai ke atas pihak ketiga yang menuduh berlakunya zina/liwat. Tetapi dalam kes Mohd Saiful, beliau sendiri yang mendakwa dirinya diliwat, maka hukum qazaf dikecualikan ke atas dirinya, sebaliknya beliau perlu membuktikan dengan bukti-bukti lain (qarinah). Klik di sini
Dalam kes ini, Dr Yusri membawa contoh kes Nabi Yusof dengan Zulaika. Oleh kerana aduan dibuat oleh Zulaika, maka tiada dikenakan syarat 4 orang saksi, sebaliknya melihat bukti-bukti lain iaitu koyakan baju.
Baju yang dipakai oleh Nabi Yusuf menunjukkan terkoyak di belakang, maka  mengesahkan bahawa Zulaika membuat tuduhan palsu dan dialah yang sebenarnya menggoda Nabi Yusuf itu.
Kata Dr Mohd. Asri : “Kalau kita kata cerita dalam pemerintahan Islam, wanita yang dirogol hendaklah mendatangkan empat orang saksi. Jika tidak, kita sebat 80 rotan di atas belakangnya. Itukah keadilan Islam ?.
“Kaedahnya sekarang masalah seorang mendakwa (diri) dia jadi mangsa. Dengan (ini) berbeza dengan seseorang menuduh orang lain tanpa ada kaitan dengan diri dia. Kita boleh bersabar apabila orang berzina. Mungkin kita boleh nasihat dia. Mungkin kita tutup kes itu kerana kita nak menyembunyikan keaiban dia…Tapi kita tak boleh sabar kalau isteri kita zina.
“Maka, Al Quran bagi kelonggaran untuk kes ini. Kita tak boleh sabar kalau diri kita dirogol… untuk itu maka kes ini berbeza. Dia boleh menggunakan Qarinah, pembuktian-pembuktian yang lain. Pembuktian yang lain, macam kes Nabi Yusuf (Yusuf [12] : 26 -27). Jika bajunya terkoyak daripada belakang, Nabi Yusuf menang, perempuan tu bohong, dia yang goda Nabi Yusuf.
“Kes ini berbeza. Empat orang saksi dalam kes yang lain. Saya bukan apa, kes itu saya tak mahu masuk campur. Tapi, kaedah ini salah. Saya takut orang bukan Islam kata, oo dalam Islam (apabila) satu orang kena rogol kena bawa empat orang saksi….susah..(Maka) Bermaharajalela lah perogol, aa..kau jangan mengadu, kau sorang, dah ler kau kena rogol, kau kena 80 rotan..jagalah..”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...