Translate

Memaparkan catatan dengan label Khalid Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalid Ibrahim. Papar semua catatan

20/07/2014

3 STRIKERS PARTI KENCING RAKYAT UNTUK MENJATUHKAN KHALID???



HURU-HARA LAH SELANGOR NAMPAKNYA.

Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berkeras memegang sebagai Menteri Besar Selangor sehingga hujung tempoh, bos partinya Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata akan ada perubahan "pada masa yang sesuai".

PKR de facto pemimpin juga berkata pengganti Khalid telah diputuskan tetapi enggan mendedahkan identiti.

Ia secara meluas diketahui bahawa pesaing untuk jawatan itu adalah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali.

Dr Wan Azizah dikatakan satu dipilih, tetapi suaminya, Anwar, enggan mengesahkannya.

Beliau berkata ia akan dibincangkan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kami tidak menamakan sesiapa lagi. Perlu ada kata sepakat di kalangan ahli-ahli PR," katanya.


01/12/2013

KHALID JANGAN LUPA PULAK ELAUN PENASIHAT PKR ????

Khalid Akan Buat Kenyataan Bersama Anwar
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan rasmi bersama mengenai isu kenaikan gaji melampau speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri itu.
"Kita (beliau dan Anwar) sama-sama buat kenyataan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan perdana Belia Peringkat Negeri Selangor 2013 di sini, Sabtu, apabila diminta mengulas mengenai kritikan pelbagai pihak mengenai kenaikan gaji itu.
Pada Khamis lepas Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji dan elaun antara 87 peratus hingga 373.3 peratus bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berkuat kuasa 1 Januari depan.
Pindaan gaji kali terakhir dilakukan pada 2011.
Abdul Khalid dalam halaman tweeternya pada Jumaat turut berkata kenyataan bersamanya dengan Anwar mengenai isu gaji wakil rakyat Selangor akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - BERNAMA

24/10/2012

Siapa Biaya Bas Mewah Khalid Ibrahim RM150 Ribu Sebulan??

SHAH ALAM, 23 Okt – Isu bas mewah terus menghantui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Kesilapan paling besar apabila transaksi bas mewah ini s yang bernilai RM900 ribu itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya.
“Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Anwar Ibrahim telah buat pengumuman pada Ogos lalu, yang bas mewah untuk kegunaan PKR itu adalah disewa dan ianya diuruskan oleh Khalid Ibrahim, MB Selangor. Khalid Ibrahim kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama 6 bulan.

04/10/2012

POLITIK KHALID GAGAP BERKUBUR SELEPAS PRU KE 13

Menang atau kalah, Khalid Ibrahim tidak akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, tegas Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. Umum mengetahui hubungan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim renggang sejak sekian lama apabila timbul desas-desus Azmin Ali akan menggantikan Khalid Ibrahim bagi jawatan Menteri Besar.

Hari ini, Azmin Ali menegaskan Khalid Ibrahim tidak akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar Selangor akibat daripada keputusan gabungan bersama DAP, PAS dan PKR. Ini disebabkan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor pada penggal ke-12 ini tidak berjaya memuaskan rakyat Selangor.

03/10/2012

Masyarakat India Di Selangor Kena Tipu Dengan Khalid Ibrahim.

Inilah 'hadiah' dari Kerajaan Selangor selepas mengundi Pakatan Pembangkang.


Nak tuntut kat Khalid pun susah jugak sebab sebagai Menteri Besar Selangor, dia sendiri mengakui bahawa MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG dalam Pilihan Raya bukan janji!

29/09/2012

KHALID IBRAHIM BUAH HATI ANUAR IBRAHIM ???

PENULIS difahamkan, banyak pihak sekarang ini sedang berusaha memasti, menyiasat dan menentusahkan status bas digunakan Anwar Ibrahim yang katanya adalah hasil dari penyelewengan dalam perolehan 50 buah lori kompaktor sampah oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini.

Sudah tentu tidak berapa lagi kita akan dapat banyak maklumat mengenai pemilik sebenar bas itu dan kaitannya dengan syarikat yang membekal lori sampah outdated yang dibeli kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secaradirect nego dari China.

21/09/2012

Syarikat Khalid Ibrahim Curi Air Untuk Bayar Saman Penduduk ???

Permusuhan antara Khalid Ibrahim dengan Rozali Ismail (Syabas) bukan perkara baru. Sejak berada dalam dunia korporat lagi Khalid tidak berpuashati dengan Rozali berpunca daripada saingan perniagaan.
Apabila dilantik sebagai MB Selangor Khalid menggunakan kedudukkannya untuk menekan , memalukan serta mengaibkan Rozali dengan menggunakan isu air di Selangor.
Khalid cuba berpura-pura untuk menjadi hero rakyat kononnya untuk menurunkan tarif air di Selangor dan Rozali dijadikan bahan kutukan dan cacian melampau di kalangan orang-orang Pakatan Rakyat.

01/09/2012

KHALID GAGAP DERHAKA DAN KURANG AJAR KEPADA SULTAN SELANGOR

AYUH ANAK SELANGOR KITA TAWAN SUK ISNIN DEPAN!!


Ini Bukan Demo..Ini Misi kita tawan Bangunan SUK diatas kebinatangan Khalid Ibrahim yang langsung tak jemput DYMM Sultan Selangor Ke Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor Malam Semalam..Ayuh ISNIN Jam 10 Pagi... Kita Langgar Tembok SUK... Kita Halau Khalid dari Bangunan SUK Isnin Depan... Tanpa Perkenan Tuanku Sultan Khalid Tak Kan Jadi MB Hari tu!!


BANGKIT KITA BANGKIT

ANAK SELANGOR BANGKIT

LAWAN KITA LAWAN!!

LAWAN PENGKHIANAT SULTAN!!

Sumber:kerisputera

06/07/2012

PAKATAN HARAM SELANGOR SAMBUT RAMADHAN DENGAN JUALAN MURAH ???



BAGUS PUNYA NEGERI PAKATAN HARAM, SALE RAMADHAN, JUAL MURAH ARAK !!!!

Langkah sebuah pasaraya yang menyiarkan iklan jualan arak berjenama CARLSBERG sempena Ramadhan merupakan satu penghinaan yang sangat besar kepada umat Islam, khususnya di Selangor yang Exco Agamanya adalah Menteri Besarnya sendiri, Khalid Ibrahim.

Selepas tahun lalu kecoh di Selangor tentang gereja tertentu yang berusaha dengan aktif memurtadkan umat Islam sehingga akhirnya membawa kepada penyingkiran Hasan Ali dari PAS dan Kerajaan Negeri, kini muncul pula iklan arak yang dijual murah sempena kedatangan Ramadhan.

Nampaknya dah semakin karut syiar Islam di Selangor semenjak jawatan Exco Agamanya jatuh ke tangan orang yang bukan sahaja jahil, bahkan memusuhi Islam!

Maka benarlah seperti yang dipesankan oleh Nabi s.a.w bahawa urusan agama perlu serahkan kepada orang agama, jangan memandai-mandai dan perasan pandai agama, kerana akhirnya yang mendatangkan keburukan adalah kerana kejahilan orang yang diberikan tanggungjawab tersebut.

03/07/2012

MCA BANGKIT BAKAL DEDAH SKANDAL KHALID GAGAP ROMBAK RM1 JUTA!!



Satu skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor Pakatan Rakyat, sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat bakal dibongkarkan.

Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.

The Star melaporkan Chua berkata, beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan.

Beliau berkata, urusan itu antara lain berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

27/06/2012

RAHSIA TERBONGKAR - RAHSIA KHALID GAGAP SERTAI PKR

Ini adalah salah satu sebab mengapa Khalid Gagap menyertai PKR sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh Tun Mahathir.



Begitu lah keadaannya... pemimpin-pemimpin UMNO yang melompat atau menyertai parti lain, 99 % kerana kecewa hajatnya tidak kesampaian atau segala kehendaknya tidak dituruti dan banyak lagi la.... kalau nak diperincikan satu persatu..... 

20/02/2011

BONGKAR - Rompakan Kerajaan Pakatan Selangor Ke Atas Wang Rakyat

Kenyataan media
Salahguna wang rakyat adalah pelengkap SKANDAL KONGRES PKR 2010

Penggunaan RM80,500.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu dan Lima Ratus Sahaja) wang rakyat untuk membiayai penginapan perwakilan PKR ke Kongres PKR ke 7 2010 pada 26-28 November 2010 di Petaling Jaya merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh kerajaan pakatan Selangor dibawah pimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.


Pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor sekarang bukan lagi dilakukan secara tersorok di malam hari seperti skandal pasir oleh kerajaan pakatan Selangor, malahan ianya dilaksanakan secara terang-terangan di siang hari. Tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) pada 25-29 November 2010 merupakan bukti jelas sudah terang lagi bersuluh salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...