Translate

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

08/10/2013

NEGARA BERMASALAH UNTUK MEMENUHI KOUTA DR GIGI ???

Negara perlu 10,000 doktor gigi


KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 orang pengamal perubatan dalam bidang rawatan pergigian sebagai usaha untuk mencapai nisbah seorang doktor untuk 3,000 penduduk menjelang tahun 2020.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pada masa ini terdapat seramai 4,558 pengamal perubatan dalam bidang berkenaan berkhidmat di klinik-klinik dan hospital kerajaan serta swasta di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, menurut beliau, sebanyak 58 peratus daripada mereka berkhidmat dengan kerajaan, manakala 42 peratus lagi berkhidmat dengan pihak swasta.

15/09/2013

PENGUATKUASAAN KESIHATAN 8 PREMIS DIARAH TUTUP

Lapan premis diarah tutup

MARANG – Hasil pemeriksaan terhadap 19 premis makanan di daerah ini yang dijalankan untuk meningkatkan tahap kebersihan, sebanyak lapan premis diarah ditutup sementara selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana terdapat sarang tikus.

Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Faizan Ghazali berkata, kesalahan lain turut dikesan termasuklah tahap kebersihan premis yang rendah dan pembuangan sisa makanan tidak sempurna, selain tidak memakai apron serta penutup kepala.

Menurutnya, dalam operasi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP 1975) pula, sebanyak 10 premis diperiksa, manakala empat lokasi pembiakan Aedes dikesan sebelum kompaun dikeluarkan di bawah APSPP 1975.

“Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) turut dijalankan bagi memastikan tempat-tempat awam diwartakan sebagai tempat larangan merokok, bebas daripada asap rokok.

Bersambung dan KLIK DISINI

17/07/2012

Tidak minum ais rahsia umur cecah 100 tahun


Tidak minum ais rahsia umur cecah 100 tahun

PENDANG - Walaupun berusia 100 tahun, namun Che Ah Bakar dari Kampung Alor Mengkuang dekat sini, tidak menghidap sebarang penyakit dan masih mampu bertutur dengan baik serta bergurau senda dengan sesiapa yang menemuinya berbeza  dengan rakan dan warga emas lain apabila meningkat usia.

Che Ah mengakui dia tidak menghidap apa-apa penyakit sejak usia muda, walaupun ketika usia itu dia bekerja kuat sebagai petani, namun dirinya tidak pernah rasa sakit di usia emas malah dirinya semakin kuat.

Che Ah ketika ditemui di rumahnya mengakui rahsia dia kekal sihat adalah kemungkinan dia tidak minum apa-apa minuman sejuk atau berais memandangkan dirinya tidak serasi dengan minuman air itu melainkan minuman panas sahaja.

“Saya hanya minum air kopi panas dan minuman lain yang panas sahaja sejak kanak-kanak dan sering makan ulam-ulaman ketika muda.

“Saya bersyukur kerana ALLAH SWT memanjangkan usia saya sehingga kini, walaupun terdapat seorang ahli keluarga saya dahulunya pernah berusia sehingga 105 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia mampu berpuasa penuh setiap Ramadan dan tidak mengalami sebarang penyakit ketika menjalani ibadah puasa seperti golongan muda yang lain.

08/02/2011

Tu dia apa ada dalam Mee Segera


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

25/01/2011

Kesan steroid dalam ubat

pla5.jpg
Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?


Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).


Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?


Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.

Perkara Tercela Akibat Banyak Makan

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?"

Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."

05/01/2011

Bahaya di sebalik gula


Kekurangan bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan.  Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi semut sanggup berebut kerana bahan pemanis itu?

Gula memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.
Namun, di sebalik impak negatif yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli bahaya yang disebabkan oleh gula.
Kepada mereka, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Mahu tidak mahu gula pasir menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis itu.

Fakta seputar lubang hidung kita


Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling (breathe in) and exhaling (breathe out)? 
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas?

Actually it’s not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun and the left side represents the moon. 
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan dingin).

When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone.
Jika sakit kepala, cobalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

25/12/2010

4 Tabit Buruk Yang Menyebabkan Pendek Umur


Di dalam banyak hal, ramai berpendapat umur semakin meningkat, tetapi hakikatnya umur sebenarnya semakin menurun, semakin pendek. Dan ada banyak penyebab yang memendekkan lagi umur kita.


4 Kebiasaan di bawah ini yang akan memperpendek umur. Seorang pakar kesihatan, JJ Virgin, mengenalpasti empat kebiasaan sehari-hari yang buruk yang boleh menyebabkan pendek umur. Cuba perhatikan setiap poin, jika kebiasaan itu dijalani setiap hari, berarti anda menimbun masalah dan perlu diperbetulkan segera sebelum terlewat.

22/12/2010

Benang probiotik tegang kulit

KECANTIKAN tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Wanita sanggup berbelanja besar semata-mata memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Bukan setakat membeli produk yang mahal dan berjenama, wanita kini berani mencuba rawatan baru seperti botox dan laser.

Pelbagai teknik rawatan kecantikan diperkenalkan di negara ini bagi memenuhi kehendak tersebut.  Ini termasuk kaedah dari luar negara yang diperkenalkan di pusat-pusat kecantikan semakin canggih dan terkini.  Baru-baru ini, dunia kecantikan diperkenalkan teknik rawatan Serdev.

Rawatan ini dicipta untuk mengurangkan wajah dan bahagian-bahagian badan yang kendur.  Selain itu, Serdev membantu untuk memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki.  Berbeza dengan rawatan lain, ia tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan.  Selepas melakukan rawatan ini, pelanggan akan mendapatkan wajah yang tegang dan mantap tanpa perlu tinggal lama di wad.  Mengambil masa selama sepuluh minit hingga setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan tidak akan berasa sakit.

Menyambut kelahiran si manja

Anda akan tahu bahawa masanya hampir tiba apabila sakit bersalin mula dirasai. Terdapat juga tanda lain, seperti peningkatan lelehan faraj yang kelihatan jernih, berwarna merah jambu atau mengandungi darah. Ini dikatakan 'tanda'.

Sakit bersalin dirasai apabila terdapat kontraksi atau pengecutan yang menyakitkan di dalam rahim. Pada mulanya, rasa sakit akan berlanjutan selama lebih kurang setengah minit dan akan 'melanda' pada selang masa yang tetap kira-kira setiap 10 minit. Kemudian, kontraksi akan berlaku dengan lebih kerap, pada tempoh masa yang lebih panjang, dan pada intensiti yang semakin meningkat. Apabila selang masa antara kontraksi hanya kira-kira empat hingga lima minit, anda hendaklah berangkat ke hospital.

Sakit perut tanda kanser usus

PERNAHKAH anda mengalami gastritis? Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastritis kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut.

Gastritis atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut.  Tetapi merupakan tanda-tanda awal kanser perut.

Menurut Pakar Bedah dan Runding Gastrointestinal, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ramesh Gurunathan, sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.  Malah tambah beliau, sekiranya ia tidak dirawat dengan segera ia boleh membawa maut.

''Keadaan ini (angin) disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai helicobacter pylori iaitu sejenis bakteria yang boleh dirawat dengan antibiotik.

''Tetapi sekiranya ia (bakteria tersebut) tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut di mana bakteria tersebut akan bertukar menjadi sel-sel kanser.

''Untuk itu, sekiranya pesakit mengalami sakit perut yang kerap ataupun berlarutan, selain diberikan ubat oleh doktor, mereka juga berhak untuk melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar,'' ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

09/12/2010

PETUA RAWAT JERAWAT

Bagi sesiapa yang ada jerawat, boleh cuba amalkan petua-petua di bawah.  Semoga bermanfaat. InsyaAllah berkesan. Namun andai ada sahabat doktor atau pelajar perubatan atau sesiapa sahaja yang ingin kongsikan ilmu mereka berkenaan petua ini, dipersilakan.
Petua 1 
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

KEMPISKAN PERUT


Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda. Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?

Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.

Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.


1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.

Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban


  • Campurkan minyak kelapa dan air asam. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.
  • Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu garam. Setelah suam/sejuk, tuangkan rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, bilas dengan air sejuk tanpa syampu. Selain itu, sila tingkatkan pengambilan vitamin A, B, minerals dan juga protein dalam pemakanan anda.
  • Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning.
  • Vitamin B berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau daun, bijiran, hati, yogurt dan pisang.



26/11/2010

Belanja besar rawat diabetes

ARKIB : 23/11/2010



MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis atau diabetes. Angka itu adalah hasil kaji selidik Sindrom Metabolik Malaysia 2008.

Kajian tersebut telah dijalankan ke atas rakyat Malaysia bagi melihat kadar penyebarluasan penyakit Diabetes Mellitus Jenis 2.  Hasil kaji selidik itu juga telah menemui satu fakta yang mengejutkan iaitu 22 peratus daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas didapati menghidap penyakit ini.
Lebih membimbangkan, kesemua mereka tidak menyedari hakikat yang mereka menghidap diabetes.

Peningkatan kadar itu dipercayai berpunca daripada kes obesiti yang semakin meningkat di kalangan rakyat negara ini ekoran amalan gaya hidup tidak sihat.  Dengan purata umur penghidap diabetes Jenis 2 semakin menurun, ini membawa maksud bahawa kini lebih ramai rakyat Malaysia terdedah kepada risiko yang menjerumuskan mereka kepada penyakit lain seperti arteri koronari, strok, buta dan kegagalan ginjal.  

Justeru Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Prof. Datuk Wan Mohamad Wan Bebakar menyarankan agar setiap warga Malaysia berumur 30 tahun ke atas menjalani ujian untuk mengesan diabetes dalam usaha untuk mengekang penyebarannya.  "Peningkatan penyakit diabetes bagi 20 tahun kebelakangan ini sungguh mengejutkan.  "Keadaan ini mungkin berlaku apabila didapati lebih 50 peratus daripada rakyat Malaysia berdepan dengan masalah pengawalan berat badan yang menjadi faktor penyumbang kepada jangkitan diabetes.

22/11/2010

Tip untuk menghilangkan bau kaki

Mungkin ramai orang mempunyai masalah bau kaki dan telapak kaki yang busuk. Apalagi sewaktu  membukanya kasut, stokin atau sendal akan mengeluarkan bau yang sangat menjijikkan.

Tips nya begini:


1. Siapkan air panas suam di dalam bekas plastik / basin (yang perlu kedua kaki anda boleh direndam di dalamnya).

2. Kemudian masukkan sisa dari serbuk teh yang anda telah gunakan (untuk lebih mudah gunakan teh uncang).

3. Kemudian rendam telapak kaki anda selama 5-10 minit dalam air tersebut.

4. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu untuk membuahkan hasil yang sempurna.

Khasiat Bawang Putih 1

Ini bukan dongeng tentang si bawang merah dan bawang putih, tapi kita akan mengenal lebih jelas tentang kemujaraban Bawang Putih untuk kesihatan kita.

Bawang putih termasuk dalam keluarga bawang, yang memiliki bau yang khas, keajiban dari bawang putih ini adalah kerana keberkesanannya untuk kesihatan yang yang cukup mantap.

Bawang putih bertindak sebagai antiseptik yang mempunyai kemampuan untuk mencegah infeksi pada kulit.  Bawang putih juga bertindak sebagai antioksidan yang seperti kita ketahui bahwa antioksidan berperanan dalam mencegah kerosakan radikal bebas yang penting dalam proses penuaan, penyakit kardiovaskuler (jantung) dan kanser. 

Dalam penelitian serta kajian telah menunjukkan bahwa bawang putih merupakan pelarut lemak yang dapat menurunkan kadar kolesterol darah yang bererti menurunkan risiko penyakit jantung.

Kemampuan lain bawang putih dapat beraksi sebagai antibakteria dan antiviral kerana bawang putih mengandung tambahan sulphur yang memberi nilai yang lebih untuk kesihatan.  Bahkan kajian yang dijalankan di Toronto menyatakan bahwa bawang putih mengandung disulfide yang dapat mengekang penyakit malaria.

Untuk memperolehi keberkesanan yang lebih efektif dari bawang putih, yang paling baik dimakan secara mentah-mentah atau dalam bentuk minyak bawang putih. 

Jika kamu ingin kuat dan cerdas, maka makanlah bawang putih setiap hari lantas minum segelas susu pada pagi hari setelah bangun tidur.” Secara ilmiah telah ditetapkan bahwa bawang putih dapat membersihkan kolesterol yang dapat menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan sakit jantung.  Bawang putih dapat melarutkan dan membersihkan dari segala kuman dan bakteria.   Oleh kerana itu, ia berfungsi sebagai anti biotik.  Bawang putih mengandung 49% protein, 25% zat belerang, garam, hormon yang dapat meningkatkan kemampuan seksual, antibiotic, pelancar kencing, liver dan enzim-enzim karbohnat.   Ia juga dapat melarutkan lemak dan mampu membunuh bibit-bibit cacing 

Kita sudah ketahui bahawa banyak munfaat dari Si Bawang Putih ini dan kita dapat menggunakan kemampuannya untuk membantu kesihatan kita.

Semoga informasi ini dapat membantu anda dalam memilih menu makanan yang sihat untuk anda dan keluarga.

Selamat mencuba.  InsyAllah. 

Menguruskan Badan

Salah satu penyebab gagalnya program penurunan berat badan adalah proses metabolisme yang lambat. Di samping konsumsi makanan tertentu, bersukan secara teratur juga perlu untuk menstimulasi metabolisme agar lemak tubuh terbakar dengan mudah.


Berikut adalah permakanan sihat dan alami yang bermanfaat untuk merangsang metabolisme, sehingga berat badan menurun dengan lebih cepat.

15/11/2010

KUMAN TAKUT MADU - 1

BUKTI KUMAN TAKUT MADU LEBAH

Ini merupakan judul sebuah artikel yang dimuatkan di majalah Dis Lancet Infect edisi Februari 2003 yang ditulis oleh Dr. Dixon, ia mengatakan: "madu lebah sangat kuat menguasai kuman. Sehingga tidak ada satu kuman pun yang sanggup berhadapan dengan madu lebah".


Dr Dixon, merupakan seorang saintist pakar kajian ilmuwan yang diberi anugerah dapat mengkaji manfaat madu lebah.



Yang menarik, penderita kencing manis, yang diminta oleh para doktor supaya tidak mengkonsumsi makanan atau minuman yang manis, termasuk madu lebah kerana dianggap boleh menaikkan kadar gula dalam tubuh. Ternyata, menurut penelitian yang dijalankan anggapan tersebut tidak terbukti dengan jelas.


MADU LEBAH, justru mampu menurunkan kadar gula di dalam darah orang yang terkena penyakit kencing manis. Beberapa penemuan membuktikan bahwa di dalam madu lebah terdapat unsur oksidasi yang menjadi pengurai gula di dalam darah lebih mudah, yang tidak membuat kadar gula semakin bertambah tinggi.   Madu lebah yang kaya dengan vitamin B1, B5 dan G, justru sangat diperlukan bagi penderita kencing manis.   Kerana madu lebah  mengandung sekitar 100 unsur berbeda yang dianggap sangat berguna bagi tubuh badan manusia, khususnya bagi penderita diabtesi tersebut. 


Seorang prof. dan penulis Yunani, Athenaeus, menyatakan bahwa siapa saja yang rajin memakan/menggunakan madu lebah setiap hari akan bebas dari penyakit selama hidupnya.  Dia tidak memereka-reka atau mengada-adakan cerita karena di dalam madu lebah memang terdapat rupa-rupa nutrisi yang unik dan potensial untuk memelihara kesihatan dan kecantikan.   Madu lebah memiliki kekuatan menyembuhkan penyakit yang sangat hebat.. Berbagai nutrisi yang dikandungnya telah lama dimanfaatkan untuk mengatasi sebarang luka, menambah stamina, menaikkan gairah seksual, bahkan dapat mencegah kanser.   Didalam Al-Quran pun telah tercatat keistimewaan MADU LEBAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...