Translate

Memaparkan catatan dengan label ISA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISA. Papar semua catatan

15/01/2014

Rakyatnya terlalu matang dan berpengetahuan punca negara akan menuju kehancuran ???


ISA PATUT DIWUJUDKAN SEMULA DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA.

Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) berkata usaha segelintir wakil kerajaan menyokong cadangan mewujudkan semula akta itu akan hanya menunjukkan kurangnya tekad dan komited kerajaan dalam membuat keputusan bijak memansuhkan akta tersebut.

Setiausaha Agungnya Datuk Donald Mojuntin berkata Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dan rakyatnya matang dan berpengetahuan.

"Tiada tempat untuk undang-undang yang terlalu keras dan jelas tidak popular seperti Akta ISA," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, UPKO menentang sebarang cadangan untuk mewujudkan semula Akta ISA yang telah dimansuhkan pada 2011, katanya.

Mojuntin berkata undang-undang sedia ada adalah lebih daripada mencukupi bagi menjamin keamanan dan keselamatan dalam negara.

Khamis lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan semula Akta ISA bagi mengawal tindakan puak pelampau minoriti yang beliau dakwa cuba menggugat kestabilan negara. BERNAMA

27/12/2012

Hadi Pun Ada Nafsu Seks Jugaaa.....

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

31/08/2012

HIMPUNAN JANJI BERSIH YG KOTOR

Rakyat Malaysia dikhabarkan bahawa Sasterawan Negara Bangang Pak Samad Said bersama dengan 26 NGO akan mengadakan Himpuan Janji Bersih pada malam `countdown’ 30 Ogos di Dataran Merdeka. Objektif utamanya ialah protes tema Hari Kemerdekaan `Janji ditepati’. Salah satu sebab Himpunan demi himpunan diadakan ialah undang-undang sedia ada tidak cukup `mengerunkan’ penganjur dan peserta, pengamal undang pihak penganjur cekap berhujah diMahkamah manakala pendakwaraya kerajaan tidak berupayaan melawan dan akhirnya para Hakim yang terlalu demokratik dan idealistik serta kurang semangat menjaga keamanan. Sila layari blogspot penulis mengenai perkara ini.

19/07/2012

Hadiahkan Najib dengan kemenangan besar dalam PRU ke13



Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan rakyat Malaysia beruntung kerana mempunyai Perdana Menteri berwawasan seperti Dato Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata “kita juga beruntung kerana Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak.”

Justeru beliau mahu ahli-ahli UMNO bersatu padu dan bekerja keras bagi menjamin kemenangan besar BN dalam PRU ke13 yang akan datang.

“Marilah kita hadiahkan kemenangan besar buat Perdana Menteri,” ujarnya disambut tepukkan bergemuruh.

Beliau bagaimanapun mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa “jika kita bergaduh, tikam sesama sendiri, macam dulu . . .tunggulah.”

Peringatan Zahid yang juga Menteri Pertahanan dibuat sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Sungai Siput dan jentera pilihanraya BN parlimen itu di Sungai Siput Ahad.

Zahid berkata Najib telah membawa perubahan atau transformasi dengan melaksanakan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuklah PTP atau Political Transformation Program.

05/10/2011

Najib Umum Pembebasan Kesemua 125 Tahanan Akta Kediaman Terhad

Image Detail

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 dengan serta merta manakala lebih 200 waran yang belum disampaikan juga dibatalkan.

Keputusan itu selaras dengan cadangan pemansuhan akta berkenaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

16/09/2011

Penetapan Resolusi Hari Malaysia Pada 16 September 2011.



JAHANAM MALAYSIA AKAN JADI SEPERTI MESIR !!!!!

1- Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

2- Dua akta baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi mengantikan ISA 1960.

3- Semua ketiga-tiga proclamasi darurat dahulu akan dimansuhkan.

4- Memansuhkan terus Akta Buang Negeri 1959.

PUAK-PUAK PR TERUTAMA PAS BESAR KEPALA - ISA DIHAPUSKAN

BERI BETIS NAK PEHA PULAK ?????

Image Detail

Ekoran pengumuman perdana menteri malam ini bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mendesak kerajaan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat yang pernah ditahan dibawah akta zalim itu.

ISA DIMANSUHKAN DAN UNDANG2 BARU BAKAL DIGUBAL ?????

Image Detail

SEPATUTNYA GUBAL DAHULU BARU DIMANSUHKAN - risiko sebelum diluluskan akan ditanggung oleh PDRM ???


KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Proses menggubal undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan tidak akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan tidak perlu membentangkan sebarang pindaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata undang-undang baru itu akan merujuk undang-undang di negara lain sebagai contoh.

13/09/2011

ISA KUNCI KEAMANAN DAN KESTABILAN DI SINGAPURA !!!!!

Image Detail

Pihak Berkuasa Singapura Tahan Tiga Individu Di Bawah ISA

SINGAPURA, 13 Sept (Bernama) -- Pihak berkuasa republik ini telah menahan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam aktiviti keganasan antara Januari hingga Julai tahun ini, menurut Kementerian Dalam Negeri Singapura.

03/08/2011

Bekas Tahanan ISA Pun Mahukan ISA Dikekalkan.


TAIPING, 2 Ogos (Bernama) -- "Sebelum ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), saya ingat ISA ini kejam. Saya cakap terus terang, bukan seperti yang dikatakan di dalam blog, (tahanan) ISA didera, dicabut kuku, diberi makanan (seperti) anjing. Sebenar tidak ada. Yang saya pasti pengisiannya lebih kepada jiwa."
Demikian luahan seorang daripada bekas pegawai Jabatan Imigresen yang dibebaskan daripada tahanan ISA hari ini.

11/07/2011

Ambil tindakan tegas terhadap penganjur Bersih

View Image

KUALA LUMPUR 10 Julai - Kerajaan dan pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang berdegil dengan arahan untuk tidak mengadakan perhimpunan haram di ibu negara semalam.

"Dia (Ambiga) sudah melampau dan menggugat keharmonian negara ini. Disebabkan dia bertegas nak ke Stadium Merdeka, dia cuba lawan polis.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ia wajar kerana 'hasutan' Ambiga terhadap penyokongnya agar perhimpunan itu diteruskan telah menggugat keharmonian negara.

27/06/2011

ISA Boleh Digunakan Terhadap Penganjur Perhimpunan Haram 9 Julai

View Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

11/02/2011

Anuar Ibrahim ditahan ISA ???

PUTRAJAYA - 10/02/2011:  Dua lelaki dan seorang wanita ditahan ISA di sekitar Kuala Lumpur semalam, dipercayai ketua sindiket jenayah rentas sempadan termasuk dadah dan penyeludupan manusia.

Seorang daripada mereka adalah rakyat Indonesia.  Penahanan mereka diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebentar tadi.  

Hishammuddin berkata, penahanan mereka yang berusia antara 33 hingga 48 tahun itu hasil soal siasat pihak berkuasa terhadap sembilan individu, termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan ISA antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu berkaitan kegiatan penyeludupan warga asing.

Katanya, pegawai imigresen yang ditahan ISA berhubung kegiatan penyeludupan warga asing itu kemungkinan besar dibebaskan secara bersyarat atau didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...