Translate

31/08/2012

HIMPUNAN JANJI BERSIH YG KOTOR

Rakyat Malaysia dikhabarkan bahawa Sasterawan Negara Bangang Pak Samad Said bersama dengan 26 NGO akan mengadakan Himpuan Janji Bersih pada malam `countdown’ 30 Ogos di Dataran Merdeka. Objektif utamanya ialah protes tema Hari Kemerdekaan `Janji ditepati’. Salah satu sebab Himpunan demi himpunan diadakan ialah undang-undang sedia ada tidak cukup `mengerunkan’ penganjur dan peserta, pengamal undang pihak penganjur cekap berhujah diMahkamah manakala pendakwaraya kerajaan tidak berupayaan melawan dan akhirnya para Hakim yang terlalu demokratik dan idealistik serta kurang semangat menjaga keamanan. Sila layari blogspot penulis mengenai perkara ini.

Berdasarkan pengalaman Bersih 3, Himpunan Janji Bersih ini dijangkakan menjadi kecoh. Banyak juga hartabenda awam akan di rosakkan. Aktiviti perniagaan dan pelancungan turut akan terganggu. Kecederaan pasti sukar dibendung. Dunia luar turut menyaksikan kekecohan ini dan berfikir panjang untuk melancong mahupun membuat pelaburan. Hampir separuh tenaga pihak keselamatan dibuangkan kepada Himpunan ini. Masa, duit dan anggota keselamatan.

Rayuan demi rayuan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Datuk Bandar Kuala Lumpur, para NGO dan rakyat yang sukakan keamanan malah arahan Mahkamah telah dibuat kepada penganjur tetapi tidak diendahkan. Saranan para tokoh agama khas dari Kerajaan di`bakul sampah’ oleh mereka kerana fatwa ulamak kerajaan telah dibeli dan ada motif politik..

Apa lagi hendak buat? Perhimpunan ini yang di dalangi oleh parti politik DAP, PKR dan PAS memang tidak akan dapat dikawal walaupun dengan ribuan Polis dan Tentera berkawal.Undang Perhimpunan Aman tidak di hormati, Akta Dataran Merdeka yang tidak membenarkan himpunan berunsur politik telah diingkari. Mahkamah juga mendapati Bersih 2 yang ganas itu pun `halal’.

Penulis ingin nyatakan bahawa Kerajaan Malaysia terajuan Dato Sri Najib adalah sebuah kerajaan yang terlalu mendengar (overdo) nadi rakyat yang tidak bertempat. Kerajaan kena bertegas dalam perkara perkara yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.Segalanya sudah dibuat namun perhimpunan haram tetap diadakan. Sekali lagi apa penyelesainya?.

Artikel selanjutnya baca DISINI hingga selesai dan buat keputusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...