Abby Abadi Cari Penawar Dari Nik Aziz?
Menerima panggilan dari Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz yang bertanyakan khabar dirinya selepas bercerai, menunjukkan kedudukan bekas pelakon wanita, Abby Abadi di sisi Nik Aziz begitu tinggi sebenarnya.
Umum mengetahui, kes perceraian antara Abby dan suaminya, Muhammad Noor Farhan, 24, telah pun selesai pada Rabu lalu selepas Farhan membuat lafaz cerai melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei tahun ini dan dikira sebagai sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.
Menurut laporan harakahdaily.net, selepas berita perceraian Abby disahkan oleh semua media, Nik Aziz secara peribadinya telah membuat panggilan telefon kepada pelakon wanita itu pada Rabu lalu.


.jpg)






.jpg)



