Khamis, 11 April 2013

Majlis Fatwa Kebangsaan takut atau tiada telok ???


Kenyataan-kenyataan atau isu-isu melibatkan akidah Umat Islam yang sengaja didendangkan oleh Nik Aziz atau Haji Hadi sudah berlarutan sekian lama.  Kenapakah perkara sedemikian dibiarkan begitu saja atau takut untuk mengambil tindakan atau tidak tahu menjalankan tugas atau TIADA TELOK ???

KUALA LUMPUR 9 April - Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil tindakan segera ke atas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh memesongkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam, gesa beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian, tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belahkan umat.

"Sikap seperti ini seolah-olah nak menyamakan kedudukan kita di tahap malaikat dan seperti nak mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan kita.

"Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang UMNO kerana yang menentukannya hanya Allah," katanya ketika dihubungi di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...