Translate

Memaparkan catatan dengan label Sultan Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sultan Kelantan. Papar semua catatan

22/08/2012

PAS Kelantan menderhaka dan menjatuhkan maruah Sultan Kelantan ???

Dahulu PAS suka mengatakan BN menyalahgunakan khutbah dengan propaganda. Namun begitu selalunya hanya ciri-ciri tertentu yang disebut dan bukan menuduh mana-mana pihak. Pasal mereka tahu diri bersalah maka mereka terasa.

Rakan-rakan yang pulang berhari raya di Kelantan memberitahu khutbah sembahyang Hari Raya di masjid masing-masing dipolitikkan. Yang anihnya khutbah yang diwartakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan mengkritik kerajaan PAS.

Khutbah kerajaan itu menyeru jemaah supaya menjatuhkan kerajaan yang zalim pada pilihanraya akan datang. Sebaik keluar ayat sedemikian, jemaah meluat mendengar khutbah berpolitik yang tiada tersirat tetapi hentam buta.

14/11/2011

SULTAN KELANTAN MURKA KEATAS MAT SABU YANG LUPA FAKTA SEJARAH !!


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

12/02/2011

Daulat Tuanku Sultan Ismail Petra ?????

Apa hal sampai sistem kehakiman Mahkamah ni pun dah macam Bangsat bila di lihat cuba nak perkotak katikkan Sultan Ismail Petra? Gomo nak mengulas mengenai kes Mahkamah yang mana telah di tolak oleh Mahkamah


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra untuk mencabar pelantikan putera sulung baginda, Sultan Muhammad V, menaiki takhta.


01/02/2011

Tengku Razaleigh Akui Tuanku Sultan Ismail Petra Semakin Sihat Ketika Ini

Pada minggu yang lalu Tengku razaleigh telah di soal siasat oleh pihak Polis berhubung satu kenyataan yang di keluarkan oleh Akhbar berbahasa Cina mengenai kemelut istana Kelantan. Dalam sidang media itu ada Wartawan yang bertanyakan Kesihatan baginda Tuanku Ismail Petra pada waktu ini.

Tengku razalegh menyatakan kepada semua Media yang hadir pada hari itu bahawasanya

"Tuanku Ismail Petra semakin sihat dan boleh bertutur dengan lancar, Melihat dengan jelas dan kesihatan baginda juga semakin baik dari masa ke semasa."

Gomo ingin anda semua membaca segala yang terkandung di bawah ini hasil petikan dari sebuah Blogg Kickdeffela.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...