Translate

Memaparkan catatan dengan label PAS Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS Kelantan. Papar semua catatan

10/05/2013

HOT!!!! NIK AZIZ PENCEN, HUSAM MUSA JADI MANGSA !!!!!

SEBAHAGIAN penyokong Husam yang menyertai demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu

Penyokong Husam Musa bantah


KOTA BHARU - Kegembiraan kerajaan Pas Kelantan meraikan kejayaan mengekalkan pemerintahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tercalar apabila ia kini terpaksa berdepan dengan krisis dalaman yang serius.
Semalam, hampir 200 penyokong Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengadakan demonstrasi di hadapan kompleks pentadbiran kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim, di sini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pucuk pimpinan negeri.
Kumpulan tersebut mula berkumpul kira-kira pukul 9.30 pagi untuk menyatakan rasa kecewa selepas Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan tidak dilantik memegang jawatan sama ada sebagai Timbalan Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri.

19/02/2013

TAHNIAH DAN SYABAS GELOMBANG MERAH - TUKAR

mustapha-anakkelantanxx
Datuk Seri Mustapa Mohamed bukanlah pemimpin yang suka cakap besar atau omong kosong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu tahu hakikat betapa sukar untuk UMNO atau Barisan Nasional (BN) Kelantan menawan negeri yang sudah ditadbirkan PAS lebih 23 tahun.

Malah, Ahli Parlimen Jeli itu melihat bagaimana rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang terus memangkah PAS termasuk mereka yang berhijrah tetapi kembali ke negeri asal ketika pilihan raya 1999, 2004 dan 2008.

04/11/2012

PRU 13: PAS Pasti Tersungkur Di Kelantan

Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.
Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.
Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.

15/09/2012

Husam Akan Umum Bina Stesen Angkasa Lepas Pula ?

Selepas Highway Prepaid & Bullet Train, Adakah Husam Akan Umum Bina Stesen Angkasa Lepas Pula ?


Bila orang kata pilihan raya bulan 3, Pas Kelantan umum nak buat stadium islam.....

Bila orang kata pilihan raya bulan 6, Husam umum nak bina lebuh raya prepaid.....

Bila orang kata pilihan raya bulan 11, Husam umum pula nak bullet train.....

22/08/2012

PAS Kelantan menderhaka dan menjatuhkan maruah Sultan Kelantan ???

Dahulu PAS suka mengatakan BN menyalahgunakan khutbah dengan propaganda. Namun begitu selalunya hanya ciri-ciri tertentu yang disebut dan bukan menuduh mana-mana pihak. Pasal mereka tahu diri bersalah maka mereka terasa.

Rakan-rakan yang pulang berhari raya di Kelantan memberitahu khutbah sembahyang Hari Raya di masjid masing-masing dipolitikkan. Yang anihnya khutbah yang diwartakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan mengkritik kerajaan PAS.

Khutbah kerajaan itu menyeru jemaah supaya menjatuhkan kerajaan yang zalim pada pilihanraya akan datang. Sebaik keluar ayat sedemikian, jemaah meluat mendengar khutbah berpolitik yang tiada tersirat tetapi hentam buta.

17/08/2012

SIRI PAS IS DEAD : TALKIN UNTUK KERAJAAN PAS KELANTAN

1. Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal beberapa hari lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua nantikan.

2. Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak
saudara.

3. Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.

08/08/2012

MASALAH bekalan AIR Kelantan bukan kerja Pok Nik - EH? Dia buat kerja ke selama nih?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TIDAK ramai yang tahu masalah BEKALan AIR di Kelantan ketika ini sangat-sangat KRITIKAL.. Bayangkan kalau BEKALan AIR ke rumah pun diCATU hinggakan dalam 24 JAM, anda hanya boleh menDAPATkan BEKALan air hanya untuk 4 atau 5 JAM sahaja? Itu bukanlah AIR yang keluar lancar sebaliknya boleh diKATAkan umpama AIR yang meleleh macam lembu KENCING.. Setakat ini apakah yang telah diLAKUkan oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' untuk menyelesaikan MASALAH ini? Apakah peRANCANGan yang telah dilakukan oleh Pok Nik untuk meningkatkan KAPASITI BEKALan AIR sejak penSWASTAan BEKALan AIR di Kelantan pada dekad 90-an? Takkan nak KATA kat ARAB pun takde AIR?

"Bukan KERJA ambo!" Itulah kata Pok Nik sebelum ini.. ->KLIK<-

Sebenarnya, tak ada seorang pun TAHU apa sebenarnya KERJA Pok Nik sebagai MB selain dok MAKAN GAJI BUTA! Sejak dia menJAWAT JAWATAN MB pada TAHUN 1990 lagi, apakah KERJA yang dia telah LAKUkan? Apakah MASALAH INFRASTRUKTUR dan PRASARANA di Kelantan yang pernah diSELESAIkannya?Cuba kita pakat TENGOK:-

1) MASALAH BANJIR DAN HAKISAN

Setiap kali berlaku BANJIR, Pok Niklah orang yang paling LIAT untuk meninjau keadaan.. ALASAN dia KONONnya tak boleh kena air HUJAN.. ->KLIK<- 

Begitu jugak dengan MASALAH HAKISan PANTAI.. Ada ke patut hanya SURUH orang buat BENTENG pakai batang pokok NYOR? ->KLIK<-

2) MASALAH JALAN ROSAK DAN PEMBINAAN JAMBATAN

Jalan ROSAK di Kelantan hanya diTURAP bila Lebai-Lebai DUNGU PAS rasa PRU dah DEKAT.. Kalau TAK, jangan HARAPlah nak 'MAINTENANCE' terMASUKlah di kawasan Pok Nik sendiri.. ->KLIK<-

Begitu jugak dengan pemBINAan JAMBATAN Palekbang yang sampai HARI ini hanya jadik TUGU yang untuk Lebai-Lebai DUNGU PAS menyuarakan keTAKSUBan mereka kepada Pok Nik! ->KLIK<- 

Sumber: thesense dan KLIK DISINI

25/07/2012

GARA-GARA KETIDAK PRIHATINAN KERAJAAN NEGERI ???



Kubah nyaris hempap jemaah

Kubah nyaris hempap jemaahPASIR MAS - Seramai 15 jemaah Masjid Mukim Padang Pauh, nyaris dihempap kubah, selepas ribut petir, jam 8.20 malam, kelmarin. Imam tua, Mohd Zain

Omar berkata, kesemua jemaah yang baru sahaja selesai berbuka puasa di masjid, pulang lebih awal, kerana mahu mengelak daripada dibasahi hujan.

Menurutnya, ada penduduk yang melihat kubah masjid ini berputar beberapa kali, sebelum jatuh di pekarangan masjid.

Dentuman kuat itu juga, katanya mengejutkan semua penduduk sekitar yang baru sahaja mahu menunaikan solat Isyak.

“Kubah masjid yang dibina sejak 1977 ini, terlalu usang dan mula berkarat.

“Sejak itu, masjid ini tidak pernah dibaik pulih, untuk keperluan penduduk,” katanya.

Sementara itu, imam muda, Ibrahim Daud berkata, pihaknya memohon kepada semua yang prihatin, membantu untuk menambahkan dana bagi pembinaan kubah baru. Beliau berkata, pihaknya memerlukan pembiayaansebanyak RM50,000 bagi pembinaan kubah, di samping bantuan untuk membaiki bumbung yang bocor.

Menurutnya, pembaikan masjid ini, akan digunakan 6,000 penduduk dari lapan kampung.

Sumbangan boleh disampaikan kepada Masjid Mukim Padang Pauh di akaun Bank Islam, 03027010046146.

15/12/2011

Sebumbung Dengan Kambing – Serius, PAS Perlu Digantikan


PENULIS tak rasa pada 1990 ketika orang Kelantan bagi 100% kemenangan kepada PAS, akan terbayang pada 2011 ini masih ada lagi di antara mereka yang duduk sebumbung dengan kambing!!  Penulis tak tahu apa masalahnya tapi itulah yang dilapor dalam Berita Harian semalam dan Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Penulis rasa kambing itu diletak didapur rumah kerana pemilik rumah tiada wang untuk membina kandang kambing.  Penulis boleh faham kalau ayam dan burung duduk dalam rumah tapi kambing?

11/12/2011

Tak Hairan Cuma Satu Masjid Lepas 20 Tahun Sebab Islam Versi Pas Berbeza

Image Detail
Pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Islam versi Pas berbeza dengan Islam sebagai ad-din.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pandangan Pas berkaitan Islam berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh UMNO kerana Pas melihat Islam sebagai parti sedangkan UMNO melaksanakan cara hidup Islam keseluruhannya termasuklah dalam pentadbiran dan pengurusan.

19/10/2011

Hukuman penjara, sebat akan dilaksanakan oleh PAS Kelantan


KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan akan mempertimbangkan untuk melaksanakan undang-undang yang lebih berat termasuk hukuman penjara dan sebat bagi kes perceraian tanpa sebab munasabah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan perkara itu bagi mengelakkan peningkatan jumlah perceraian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...