Translate

Memaparkan catatan dengan label Rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasuah. Papar semua catatan

19/07/2023

ISU NADIR BUMI : SPRM BUKA KERTAS SIASATAN MELIBATKAN MENTERI BESAR KEDAH


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan
berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang Menteri Besar dalam ISU PERLOMBONGAN UNSUR NADIR BUMI (REE) yang dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Sumber SPRM memaklumkan isu ini telah dilaporkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Gerakan Anti-Sanusi (GAS) pada Mac lepas dan penduduk di kawasan Bukit Enggang Sik di mana kerja-kerja perlombongan haram dilakukan secara besar-besaran sebelum ditumpaskan oleh pihak berkuasa.

“Pada Januari 2023, Umno Kedah juga pernah menggesa SPRM untuk menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan sama ada terdapat campur tangan politik dalam isu kecurian REE yang mendatangkan kerugian besar kepada negara.

“Beberapa individu telah tampil dan membuat aduan rasmi kepada SPRM baru-baru ini bagi menyiasat isu salah guna kuasa dan rasuah melibatkan seorang Menteri Besar hasil daripada satu surat tular berkaitan permohonan kuota pekerja asing kepada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya bagi projek usaha sama antara kerajaan negeri dengan sebuah syarikat tempatan dan syarikat dari China,” katanya.

Difahamkan SPRM Kedah pernah membuka kertas siasatan berhubung isu itu pada awal 2023 dan telah memanggil beberapa saksi NAMUN PERKEMBANGAN TERKININYA TIDAK DIKETAHUI.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(A) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ini termasuk kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM Kedah pada Mac 2023 namun beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada PIHAKNYA AKAN MEMANGGIL MENTERI BESAR TERBABIT DALAM MASA TERDEKAT.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

18/06/2023

MB TERENGGANU SERAH TAPAK PASAR MALAM BERNILAI RM11.84 JUTA KEPADA KOPERASI PEMIMPIN PAS


Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah seluas 14,355 meter persegi atau kira-kira 3.5 ekar bernilai RM11.84 juta kepada sebuah koperasi milik pemimpin PAS.


Tanah yang bernilai tinggi di Lot PT 2866 Penempatan Tok Adis Fasa II Mukim Kuala Ibai itu dijual kepada Koperasi Khidmat Batu Burok Kuala Terengganu Berhad (Kokhidmat).

 

Kokhidmat ditubuh ketika PAS memerintah Terengganu antara tahun 1999 hingga 2004 oleh Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu ketika itu, Dato’ Wan Muttalib Wan Embong yang juga Exco Kerajaan Negeri.

 

Kokhidmat kini dipengerusikan oleh bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu, Wan Musa Wan Embong yang juga abang kepada Wan Muttalib. Timbalan Pengarah PAS DUN Batu Burok, Ustaz Mohd Soud Said yang juga Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) turut menganggotai koperasi itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah.


 UNTUK RUJUKAN KLIK DISINI


23/02/2023

#JANA WIBAWA: PENGURUS SYARIKAT DIDAKWA MINTA, TERIMA SUAPAN M12.87J


Seorang ahli perniagaan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada Rabu, ATAS SEMBILAN PERTUDUHAN MEMINTA DAN MENERIMA RASUAH BERJUMLAH RM12.87 JUTA BERKAITAN PROJEK JANA WIBAWA antara Julai 2021 hingga Oktober tahun lalu, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Bagaimanapun, DATUK TEO WEE CHENG BERUSIA 65 TAHUN itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Tertuduh yang juga Pengarah SSH Furniture Sdn Bhd didakwa atas dua pertuduhan meminta wang suapan sebanyak RM3.9 juta dan RM7.4 yang juga 10 peratus daripada harga kontrak membabitkan program Jana Wibawa yang bernilai RM39 juta dan RM74 juta.

Artikel: https://bit.ly/3ZbQbkt

RUJUK DISINI

04/02/2023

#SPRM SIASAT “BUTLER” HAMZAH ZAINUDIN “PAU” DUIT RM15 JUTA SYARIKAT ASIA CODING CENTRE


Nampaknya PN panas lagi. Isu RM92.5B tak selesai lagi. Ramai ditahan dan siasat SPRM. Kini kroni atau 'BUTLER' Hamzah Zainudin Dato' Stephen pula kena siasat kerana 'pau' pendahuluan RM15 juta. Benarkah Dato' Stephen beri kepada Hamzah?

Menurut sumber SPRM mereka telah menyiasat orang kanan atau pembuka pintu bagi Hamzah Zainudin DATO’ STEPHEN SIM  CHOO THIAM di pejabat mereka Publika tentang  wang pendahuluan RM 15 juta yang diminta Dato’ Stephen daripada Asia Coding untuk PROJEK RUNDINGAN TERUS PEMBINAAN PELABUHAN AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA ( APMM) DI TERENGGANU BERJUMLAH RM 420 JUTA.

Urusniaga ini dibuat oleh Dato’ Stephen dan Dato’ Syed Abu Zafran “ Kassim Baba”  kepada Tan Sri Muhamad Ikmal Opat ( Widad Group) yang merupakan pemilik Syarikat Data Prep Holdings Berhad  dan bayaran RM 15 juta dibuat melalui anak syarikat mereka Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Menurut siasatan mendedahkan, dua beg berisi RM 15 juta telah diserahkan oleh Asia Coding kepada wakil Hamzah Zainudin, Dato’ Stephen dan Syed Abu Zafran di basement B6 block B4 PUBLIKA dan dimasukkan ke dalam kereta Dato’ Stephen Audi 8 bewarna hitam no pendaftaran RL 8282 pada julai 2021. Menurut sumber siasatan dan penyataan bersuara telah direcordkan oleh SPRM dari Dato’ Stephen, RM 15 juta diambil dan diserahkan kepada Hamzah Zainudin untuk pembelian pejabat mewah di block D Publika.

BUTLER KESAYANGAN HAMZAH ZAINUDIN

Rentetan dari Projek tersebut, pihak SPRM juga telah menyiasat Dato’ Stephen dan menahan reman 4 hari 3 malam Syed Abu Zafran di lokap SPRM Putrajaya mengenai penyelewengan tender Projek Saringan Covid ( Projek Imigresen dan KKM ) di KLIA dan laporan dibuat oleh MyEG kerana tidak berpuas hati di atas kekalahan projek tersebut yang dikatakan ada penyelewengan tender tersebut.

Hamzah Zainudin bukan hanya memakai seorang “Door Keeper” Dato’ Ariffin Tobias, SUSK beliau merupakan orang kanan yang terkenal dengan membuat deal dengan meminta 5% hingga 10% setiap projek yang berkaitan di KDN dan Hamzah berjaya menutup setiap kes yang berkaitan beliau dengan menjual nama Azam Baki KP SPRM.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

ARIFIN TOBIAS SUSK HAMZAH PENENTU PROJEK KRONI DI KDN

Hamzah jugak bersekongkol dengan TS Vignesswaran (Presiden MIC) dan Saravanan Bekas Menteri Sumber Manusia membela Dato’ Amin Bangla ( FWCMS) BESTINET dengan memberi projek rundingan terus sistem Imigresen di kementeriannya KDN dan projek BRA ( Bangladesh Retruitment Agenci) di Kementerian sumber manusia di bawah kelolaan Dato’ Saravanan. Dari sinilah mereka berjaya mengumpul Dana yang besar dan digunakan untuk membantu PN di PRU 15 yang lalu.

Projek FWCMS yang digunakan di negara ini kecoh selepas pelbagai pihak mempersoalkan pemilihan 25 syarikat Bangladesh sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia yang dimiliki semuanya oleh pengasas Bestinet Dato’ Sri Aminul. Kisah skandal Saravanan dan BESTINET ini boleh dibaca di sini;

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu pekerja asing: Mengapa Saravanan Menteri KSM pertahan Taikun Bangladesh pemilik Bestinet? ]

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

[ARTIKEL BERKAITAN- Rasuah ejen RM1500 'Satu kepala', 345,861 kuota pekerja asing, CEO Bestinet direman SPRM

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes rasuah Bestinet, HRD Corp, seleweng Penjana Kerjaya RM100 juta bila SPRM heret Saravanan MIC, Shahul Hameed?

Saravanan, Aminul Islam dan Shahul Hameed (HRD Corp) bagaikan isi dengan kuku

Akrab- Saravanan dan Dato' Aminul Islam Bangla

Tidak cukup dengan itu, Hamzah Zainudin melalui SUSK beliau Dato’ Ariffin Tobias juga menggunakan Taikon-taikun judi cina seperti JP Tan dan Wan Kuok Toi untuk mendapatkan Dana PRN Johor dan PRU 15. PN berjaya mengumpul berbillion ringgit untuk menghadapi pru 15 tersebut yang digunakan untuk membeli undi sebagaimana video tular. Taikun-taikun judi ini mudah masuk ke pejabat Hamzah Zainuddin.

23/01/2023

SIAPA HARUS BERTANGGUNGJAWAB KERUGIAN RM10 BILION EKORAN PEMBAZIRAN ENAM JUTA DOS VAKSIN?

Benarkah seperti didakwa portal "The Coverage" melalui artikelnya bertajuk "KHAIRY DAN MUHYIDDIN MENJADI SANGAT KAYA DARI PEMBELIAN TERLEBIH 6 JUTA DOS VAKSIN COVID SECARA SENGAJA"?

Berikut adalah terjemahan artikel berbahasa Inggeris itu;

Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bekas Menteri Sains, Teknologi, Inovasi secara terbuka mengumumkan pada Februari 2021 lalu bahawa KERAJAAN "PINTU BELAKANG" Muhyiddin Yassin akan memastikan "tiada satu dos" vaksin Covid-19 dibazirkan sebaik sahaja program imunisasi kebangsaan bermula pada penghujung bulan itu.

Vaksin itu sangat berharga sehingga orang ramai berebut untuk mendapatkan suntikan.

Disebabkan kekurangan vaksin ketika itu, Khairy berkata orang ramai tidak boleh memilih jenama vaksin kerana ia akan membawa kepada kekeliruan, berat sebelah, diskriminasi dan masalah logistik.

Terdapat khabar angin nakal bahawa etnik Cina diberi vaksin buatan China yang lebih rendah manakala etnik Melayu telah divaksin dengan jenama Pfizer yang unggul namun orang ramai tidak begitu peduli selagi mereka mendapat suntikan.

"Kami tidak mahu ia disimpan untuk tempoh lebih lama daripada yang diperlukan dari kemudahan penyimpanan ke pusat vaksinasi. Kami mahu mewujudkan sistem logistik yang menepati masa kepada permintaan dan bekalan", kata Khairy.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang gagal menghadiri pelantikan vaksin tanpa alasan yang kukuh boleh dikenakan tindakan.

Setahun kemudian, apabila lebih ramai rakyat Malaysia telah diberi vaksin sepenuhnya, kadar vaksinasi semakin perlahan dan ini membawa kepada kebimbangan orang ramai tentang pembaziran vaksin kerana sesetengahnya mungkin akan tamat tempoh tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberi jaminan kepada orang ramai bahawa vaksin Covid-19 tidak akan dibazirkan.

Bermula Februari 2022, Malaysia melancarkan vaksinasi Covid untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.

Sehingga Okt 2022, lebih 72 juta dos vaksin Covid telah diberikan - 28.1 juta orang menerima sekurang-kurangnya 1 dos, 27.5 juta menerima dua dos dan 16.2 juta menerima suntikan penggalak.

Hanya 2% daripada populasi (640,000 orang) telah menerima dos keempat mereka dan sejumlah 61.2% menerima jenama Pfizer, manakala 29.8% mengambil Sinovac dan 7.9% orang diberi vaksin AstraZeneca.

PM10 ANWAR IBRAHIM YANG BARU MENGAMBIL ALIH TERAJU KERAJAAN  MENDEDAHKAN PADA 4 JAN 2023 LALU BAHAWA SEBANYAK 6 JUTA DOS VAKSIN COVID-19 MASIH BERBAKI DALAM STOK DAN TELAH TAMAT TEMPOH AKIBAT TIADA SAMBUTAN VAKSINASI LANJUTAN.

https://thecoverage.my/5735/rm10-billion-gone-missing-khairy-muhyiddin-became-very-rich-from-deliberate-over-purchase-6-million-doses-of-covid-vaccine/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...