Hakikatnya kini Anwar Ibrahim sudah terkepung dari segenap penjuru…impiannya yang dibina kira-kira 13 tahun yang lalu untuk menjadi pemimpin politik tertinggi negara ini telah hancur berkecai, ibarat kaca terhempas ke batu. Harapan yang dibina setinggi gunung itu, kini telah ranap. Perancangannya untuk terus dijunjung dan disanjung sebagai tokoh utama bagi Pakatan Pembangkang yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan, juga mulai kendur, malap dan tidak bermaya.
Ini adalah lantaran sikap angkuhnya yang tidak pernah mahu mengubah kecanduan dan perlakuan nafsu negatifnya, yang membuatkannya semakin terbelit dan terikat dengan masalah peribadi yang berpanjangan dan tidak terselesaikan.
Senario ini telah mula mengubah pemikiran umum terhadap Anwar Ibrahim. Kilauan jaket kalis peluru bersadur emas sebagai tonggak Pejuang Islam yang memukau para penyokong PAS sebelum ini mulai luntur, dan tembaganya mulai jelas kelihatan, bahkan mula berkarat.