Translate

Memaparkan catatan dengan label Jalur Gemilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalur Gemilang. Papar semua catatan

16/10/2017

PAKATAN HAPRAK , BIADAP DAN MEMALUKAN RAKYAT MALAYSIA DIMATA DUNIA

Peserta Himpunan Pakatan Harapan Biadab, Duduk Atas Jalur Gemilang
Selain sambutan hambar Himpunan Pakatan Harapan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, Petaling Jaya, pada Sabtu lepas, himpunan tersebut dicemari dengan insiden penghinaan terhadap bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.
Kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki duduk di atas Jalur Gemilang yang dihamparkan di atas padang berkenaan.
Tindakan kedua-dua mereka dimuatnaik pengguna Facebook dengan nama akaun, Joe Najib.
Menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak menghormati lambang kebanggaan negara, Joe menegaskan bahawa ramai perajurit negara telah berkorban mempertahankan maruah bendera negara.
“Tidak kisah anda penyokong politik sebelah mana.
“Tetapi ramai askar dan nenek moyang kita sudah mati dalam usaha untuk mengibarkan bendera kita. Dan kamu menggunakannya untuk memastikan punggung bersih.
“Tak payah nak sibuk panggil orang pendatang bila kamu sendiri tak hormat bendera tanah air.
“Semakin melampau diorang ni,” tulisnya.

Memalukan, Malaysiakini Pun Nafikan Jumlah Kehadiran Yang Diumum Oleh Pakatan

Dakwaan yang sangat keterlaluan sehingga Malaysiakini pun terpaksa memberikan penafian. Betapa memalukannya perkara ini?
Malah 25,000 hanya 25% daripada 100,000. Markah 25 daripada 100 adalah kegagalan teruk.
Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan. Himpunan itu dijangka bermula pukul 4 petang ini sehingga lewat malam.
Ikuti laporan langsung Malaysiakini sekitar himpunan itu.

Jumlah kutipan bagi sumbangan dana pula ialah RM68,329. Wang itu akan digunakan untuk menampung kos penganjuran himpunan, dan bakinya diagihkan kepada empat parti komponen HARAPAN.


Sumber: KLIK DISINI dan DISINI

10/09/2012

MPM cadang tubuh pusat pemulihan sivik untuk kumpulan biadab dan kurang ajar


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mencadangkan supaya Jabatan Perpaduan Negara menubuhkan sebuah Pusat Pemulihan Sivik bagi menempatkan kumpulan yang berkelakuan biadab dan tidak menghormati undang-undang negara. 

Setiausaha Agungnya, Hasan Mad, berkata pusat itu dipercayai dapat memberi pengajaran dan penjelasan kepada kumpulan berkenaan akan akibat perlakuan mereka kepada negara. 

31/08/2012

'Janji Demokrasi' - Risalah Tukar Bendera Jalur Gemilang Diedar.

alt
PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK TEGAS

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direkabentuk khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.

09/08/2012

Manusia Biadap lidah bercabang berkokok kembali !!!

Nizar Biadap Lidah Bercabang: 'Umno hina Jalur Gemilang, bukan saya'

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.
Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.
Dipetik Harakahdaily, Nizar berkata, pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiring bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.

19/09/2011

PAS bantah Tukar Rekabentuk Jalur Gemilang


KUALA LUMPUR, 19 Sept. - PAS menegaskan tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara.
Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan.

MANOHARAN "PUNDA MUNIK" - KOMUNIS INDIA ???


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Biadab dan kurang ajar.

Itu reaksi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

27/08/2011

SEMANGAT KEMERDEKAAN BERKOBAR-KOBAR DI KUALA TERENGGANU ?????


KUALA TERENGGANU 27/08/2011 - Sungguh menyedihkan, setibanya di Bandar Kuala Terengganu (Bandaraya Persisir Pantai) indah kabar dari rupa. Kerajaan pusat melaung-laungkan Pengibaran Jalur Gemilang disetiap bangunan, kenderaan dan hiasan dijalanan, sebaliknya yang berlaku di Kuala Terengganu. Kerajaan Negeri tidak bersungguh-sungguh apa yang direncanakan. Lihat sendiri Bangunan Kerajaan teraju utama kerajaan negeri tidak menunjukkan kesungguhan. Sedangkan menyambut hari kemerdekaan tinggal empat hari lagi.


23/02/2011

Satu Malaysia: Jati Diri Bangsa

Tiada satu pun etnik di negara ini terpinggir daripada arus kemajuan negara malah semuanya menikmati hasil kekayaan dibumi yang amat bertuah ini. Malah, Malaysia turut menjadi ” Syurga” kepada pendatang asing mencari rezeki untuk menanggung keluarga mereka di negara asal.
Tidak dapat dinafikan dalam era dunia tanpa sempadan, masih terdapat segelintir rakyat dinegara ini yang hidup dalam arus kemiskinan. Namun , perlu diingatkan bahawa segala dasar dan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan berjaya menurunkan paras kemiskinan daripada 52.2% pada 1970 kepada 3.6% pada tahun 2007. Begitu juga peratusan miskin tegar sebanyak 4.0% pada 1990 berjaya diturunkan pada 0.7% pada tahun 2007. Taraf kehidupan rakyat Malaysia kini jauh lebih sempurna berbanding dengan sebelum merdeka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...