Peserta Himpunan Pakatan Harapan Biadab, Duduk Atas Jalur Gemilang
Selain sambutan hambar Himpunan
Pakatan Harapan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur,
Petaling Jaya, pada Sabtu lepas, himpunan tersebut dicemari dengan insiden
penghinaan terhadap bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.
Kelihatan
seorang wanita dan seorang lelaki duduk di atas Jalur Gemilang yang dihamparkan
di atas padang berkenaan.
Tindakan kedua-dua mereka dimuatnaik pengguna
Facebook dengan nama akaun, Joe Najib.
Menyifatkan tindakan berkenaan
sebagai tidak
menghormati lambang kebanggaan negara, Joe menegaskan bahawa ramai perajurit negara
telah berkorban mempertahankan maruah bendera negara.
“Tidak kisah
anda penyokong politik sebelah mana.
“Tetapi
ramai askar dan nenek moyang kita sudah mati dalam usaha untuk mengibarkan
bendera kita. Dan kamu menggunakannya untuk memastikan punggung bersih.
“Tak payah
nak sibuk panggil orang pendatang bila kamu sendiri tak hormat bendera tanah
air.
“Semakin
melampau diorang ni,” tulisnya.
Memalukan,
Malaysiakini Pun Nafikan Jumlah Kehadiran Yang Diumum Oleh Pakatan
Dakwaan yang sangat keterlaluan
sehingga Malaysiakini pun terpaksa memberikan penafian. Betapa
memalukannya perkara ini?
Malah 25,000
hanya 25% daripada 100,000. Markah 25 daripada 100 adalah kegagalan teruk.
Penganjur sebelum ini menyasarkan
100,000 penyertaan. Himpunan itu dijangka bermula pukul 4 petang ini
sehingga lewat malam.
Ikuti laporan langsung Malaysiakini sekitar
himpunan itu.
Jumlah kutipan bagi sumbangan
dana pula ialah RM68,329. Wang itu akan digunakan untuk menampung kos
penganjuran himpunan, dan bakinya diagihkan kepada empat parti komponen
HARAPAN.
Sumber: KLIK DISINI
dan DISINI