Mahathir Pernah Ingatkan Pelajar Universiti,
Al-Quran Tidak Ajar Untuk Berdemonstrasi
Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah
memberikan ucaptama dalam Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (Nusa’14)
pada Disember 2014 dengan intipati ucapannya mengingatkan pelajar universiti
bahawa Al-Quran tidak mengajar mereka untuk berdemonstrasi.
Sebaliknya, sebagai pelajar Mahathir
berkata mereka diamanahkan untuk belajar bersungguh-sungguh, apatah lagi banyak
wang telah dibelanjakan oleh ibu bapa.
Beliau berkata, jika pelajar tidak
belajar secukupnya sampai menjadi pakar, ia menunjukkan bahawa pelajar itu
belum menunaikan janji kepada ibu bapanya.
Itu kisah kira-kira tiga tahun
lepas. Tetapi kini nada Mahathir yang juga PENGERUSI PAKATAN HARAPAN telah berubah.
Daripada
seorang yang amat bencikan demonstrasi dan himpunan jalanan, beliau kini akan MENGETUAI
HIMPUNAN HAPUS KLEPTOKRASI yang akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu.
Segala
nasihat yang disampaikan oleh Mahathir menunjukkan beliau sendiri CAKAP
TIDAK SERUPA BIKIN.
Mahathir
kini telah berubah 180 darjah. Mungkin disebabkan
faktor usia hingga beliau terlupa apa yang
pernah dibencinya suatu masa lalu.
Sumber: KLIK DISINI