Tak ramai yang mahu menebang hutan.
Terpaksa berdepan dengan binatang buas, mungkin disengat ular, kala jengking
atau tebuan. Di sana juga ada duri-duri berbisa selain hantu jembalang yang
khabarnya berpuaka.
Begitulah
ibaratnya ketika idea KETUA MENTERI MELAYU pertama
Pulau Pinang julung kali saya lontarkan. Umpama menebang hutan—terutama ketika
belum pernah dalam sejarah Malaysia mempunyai ketua menteri Melayu di Pulau
Mutiara.
Pembenci
akan terus membenci dan yang otaknya negatif kekal keras kepala.
Samalah halnya ketika gesaan menukar
menteri besar Selangor selepas PRU ke-13 lalu. Ramai yang
melatah dan mengamuk seperti orang dirasuk saka.
Konon
kalau MB Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor
akan tumbang. BN akan mengambil alih. Paling tidak setahun setengah selepas PRU
diperlukan untuk akhirnya idea itu berjaya.
Selepas
Khalid diganti, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor berjalan elok. Rizab negeri
tak berkurang sesen pun.
Saya
menyebutkan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon
ketua menteri Melayu Pulau Pinang dalam forum di pejabat Malaysiakini Jumaat
lepas sebagai reaksi balas kepada cadangan seorang lain panel, Khalid Samad.
Beliau sebelumnya ditanya siapakah calon terbaik AMANAH dan diberikan nama Dr
Mujahid Yusuf Rawa.
Sebagai ahli panel saya juga punya
cadangan. Bagi berlaku adil, saya tak menamakan hanya Dr Wan Azizah. Terlebih
dahulu saya sebutkan pimpinan dari DAP iaitu Datuk Zaid Ibrahim, dan dari
AMANAH iaitu presidennya, Mohamad Sabu. Juga berlegar nama-nama lain seperti
ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan mantan ahli parlimen Balik
Pulau, Yusmadi Yusuf.
Nama
Zaid daripada DAP saya tegaskan dengan keyakinan beliau bukan sahaja boleh
diterima oleh Melayu Pulau Pinang, tetapi juga kaum Cina, India dan lain-lain.
Beliau seorang pemimpin yang terbuka, selalu rasional dan punya pengalaman
sebagai menteri di era PM Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tidak
ada alasan kenegerian Zaid tak boleh diangkat, kerana ketua menteri sekarang
pun bukan anak jati Pulau Pinang. Pelantikan Zaid akan sangat menguntungkan
DAP.
Begitu juga dengan nama Mohamad, atau
mesra dipanggil “Abang Mat”. Umum tahu hubungan baik antara Abang Mat dengan
Lim Guan Eng menjadikan Abang Mat ada kelebihan berbanding calon lain. Saya
amat yakin wakil-wakil DAP tidak akan menolak Abang Mat. Dalam sekian banyak
isu, Abang Mat mempertahankan DAP mati-matian.
Memang
saya tak begitu pasti apa alasan sebenar Khalid menamakan Dr Mujahid. Mungkin
kerana Dr Muhajid anak jati Pulau Pinang. Mungkin juga kerana Dr Muhajid
merupakan pengerusi AMANAH negeri atau berkeperibadiannya yang berhemah sebagai
antara pemikir utama di dalam AMANAH.
Sumber: KLIK DISINI