WarkahDaily – Tak serik-serik membahanakan wang dan nyawa rakyat sendiri. Memang patut pun orang gelar ‘Darul Runtuh’ bahkan rakyat Terengganu sendiri pun tumpang sekaki gelarkannya. Bukan kerana mahu hinakan negeri sendiri tapi bosan dengan karenah pemimpin sendiri yang bangsat taruhkan nyawa mereka dan bazirkan duit rakyat.
Kalau satu bangunan aje yang runtuh, takdaklah sampai orang cuak sangat tapi kalau dah berderet yang runtuh, dah pasti ada benda yang tak kena dengan pemerintah bangsat BN. Yang paling masyhur, Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang tak sampai setahun digunakan telah pun runtuh tanpa ada gempa bumi atau bencana lain yang mengakibatkan berlakunya runtuhan berkenaan. Namun, belum lagi stadium berkenaan dibaik-pulih, ada satu lagi binaan di negeri berkenaan runtuh. Memang betul-betul ‘Darul Runtuh’. Woi! hangpa ni tahu perintah ke tak. Sembang cam hebat je.

Awal pagi semalam, satu kejadian runtuh telah berlaku di Bandaraya Kuala Terengganu. Kejadian itu berlaku terhadap satu lagi projek membazir BN yang berhadapan dengan Bazar Warisan, berhampiran Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.