Translate

Memaparkan catatan dengan label Dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dadah. Papar semua catatan

04/03/2014

KPM SIBUK DENGAN Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), MASALAH PELAJAR BAGAIMANA ???


Kegiatan Salah Guna Dadah Di Kalangan Pelajar Sekolah Membimbangkan - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Pengurusan sekolah dan ibu bapa diingatkan supaya prihatin dengan perubahan tingkah laku pelajar dan anak-anak mereka kerana laporan menunjukkan kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan kanak-kanak seawal usia 10 tahun amat membimbangkan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kegiatan penyalahgunaan dadah kini mula menyusup masuk ke sekolah-sekolah dengan kanak-kanak sekolah kini sering dijadikan 'pusher' oleh pengedar dadah.
"Kita hendak tekankan kekhuatiran kita kerana pengedar (dadah) telah mula cari pasaran baharu apabila kita laksanakan operasi cegah jenayah melalui penyalahgunaan dadah ini.
"Kita tidak dapat terima bila pengedar dadah secara runcit ini telah sasarkan kumpulan anak-anak sekolah rendah seawal 10 tahun," katanya pada sambutan Hari Antidadah 2014 di Pejabat Pendidikan Hulu Langat, Kajang dekat sini Selasa.
Beliau berkata sehubungan itu, pelbagai pihak termasuk pengurusan sekolah dan ibu bapa perlu melakukan sesuatu agar kegiatan ini dapat dibanteras lebih awal.
Ahmad Zahid berkata pada 2010, hanya 173 klien remaja mendapatkan perkhidmatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia namun jumlah itu meningkat kepada 863 orang pada 2011, dan pada 2012 kepada 1,180 orang dan (1,209) tahun lepas.
"Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh klien remaja ini, hampir keseluruhan daripada mereka terlibat dengan dadah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan rasa ingin mencuba dengan rokok adalah bahan awal yang diambil oleh mereka sebelum terlibat dengan penagihan dadah, katanya.
Ahmad Zahid berkata kerajaan komited membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah menjelang 2015, dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk peranan yang dimainkan ibu bapa.
Katanya, sejajar dengan prinsip tiada tolak ansur terhadap dadah, kerajaan melipatgandakan usaha membanterasnya agar tiada kaedah digunakan untuk menembusi pasaran baharu.

24/08/2013

PERBUATAN YANG PERLU DICANTAS SEGERA HINGGA KE AKAR UMBI !!!!

Warden Penjara Kajang ditahan bawa masuk dadah.  Rasanya perkara sebegini bukannya baru, daripada dulu lagi penglibatan segelintir kakitangan penjara yang terlibat dengan pengedaran dadah.

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah di dalam Penjara Kajang dan menangkap seorang warden berusia 34 tahun yang dipercayai menjadi orang tengah membawa masuk dadah ke penjara berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata lelaki itu yang bertugas di penjara berkenaan sejak setahun empat bulan lalu, diberkas polis pukul 11.45 pagi kelmarin di hadapan sebuah pasar raya di Kajang.

Pemeriksaan polis ke atas suspek menemukan dadah jenis heroin seberat 104.8 gram di dalam poket seluarnya dan dia dipercayai baharu mengambil bekalan dadah ketika ditahan, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Ab Rashid, siasatan lanjut mendapati suspek sudah empat kali membawa masuk dadah ke penjara itu dan menerima upah RM800 setiap kali.

03/06/2013

Polis Sepanyol rampas dadah 3 tan

MADRID – Polis Sepanyol berjaya merampas sebuah bot yang membawa tiga tan dadah jenis kokain di lautan Atlantik dan menahan 21 orang pada Jumaat.
 
“Polis telah menahan sebuah bot nelayan di Lautan Atlantik dan menemui tiga tan bungkusan dadah kokain di dalamnya. Seorang kapten bot warga Korea dan empat anak kapal warga Indonesia ditahan. Sementara 16 orang lagi suspek di tahan di darat pada Khamis,” kata polis Sepanyol dalam satu kenyataan. 

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa dadah tersebut ada kaitan dengan sebuah organisasi jenayah dari Venezuela. Operasi yang diberi nama Albatross itu menyaksikan banyak tangkapan dibuat di bahagian barat laut Galicia. 

Dalam operasi terbabit, polis telah melakukan sepuluh serbuan di pelbagai lokasi serta merampas senjata api, komputer, dokumen dan beberapa buah kenderaan. 

Sepanyol merupakan pusat kemasukan utama dadah ke Eropah dari Amerika Selatan dan sumber-sumber lain. Pada 6 Mei lalu, polis telah merampas 52 tan dadah jenis hashish di sebuah gudang di Cordoba dan menahan tiga suspek. 

Pada Mac pula, polis berjaya merampas tiga tan kokain daripada sebuah bot yang datang dari Venezuela.

21/08/2012

46 Pemandu Bas Ekspres Dikesan Positif Dadah Dalam Op Selamat

KOTA BAHARU, 20 Ogos (Bernama) -- Empat puluh enam pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam Op Selamat, disahkan positif dadah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata pengesanan itu dilakukan melalui ujian saringan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 32 terminal bas yang diperiksa di seluruh negara dalam tempoh 12 Ogos hingga Jumaat lepas.

"Kami akan mendapat laporan daripada pihak AADK sebelum mengambil tindakan mengikut peraturan terhadap pemandu terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.

07/07/2012

SENJATAPI HARAM DI MALAYSIA KIAN MEMBIMBANGKAN ???



KUALA LUMPUR - Polis merampas empat pucuk pistol dan 697 peluru dalam serbuan narkotik di sebuah rumah di Hulu Gombak semalam, kata polis.
Serbuan pada pukul 2 petang itu turut menyaksikan empat lelaki ditahan dan sebanyak 140 pil eramim 5 dirampas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 34 dan 60 tahun dengan seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah, antaranya samun berkawan dan dadah
"Mereka pada awalnya ditahan kerana disyaki memiliki 140 pil dadah Eramin 5 tetapi setelah menggeledah rumah itu, polis menemui empat pistol semi-automotik jenis Glock, Smith and Wesson, dan Browning, peluru dan satu penyerap bunyi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noor Rashid berkata polis masih menyiasat tujuan mereka menyimpan pistol dengan sejumlah peluru yang banyak itu.
Beliau berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Bernama

11/06/2012

TANAH PERKUBURAN CINA DI BACHOK DIJADIKAN TEMPAT MAKSIAT / PENAGIH


 Jirat jadi lokasi perbuatan tidak bermoral

BACHOK - Pengerusi Persatuan Perkuburan Cina Bachok Kelantan, Datuk Dr Alex Ong berkata, akibat perbuatantidak bermoral itu, jarum suntikan dan kondom banyak ditemui bertaburan di kawasan tersebut.

Menurutnya, untuk mengelak kejadian sama berulang, pihaknya membersihkan kawasan jirat tersebut secara berkala.

“Kami amat kesal dengan perbuatan tidak bermoral yang dilakukan di kawasan ini. Ia menjadi tumpuan golongan penagih dan perbuatan sumbang disebabkan lokasinya di pedalaman dan jauh dari laluan utama.

17/03/2012

Saddam Hussein dituduh miliki dadah

 
KOTA BHARU- Seorang lelaki yang namanya sama dengan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menarik perhatian awam apabila dia dituduh memiliki dadah di Mahkamah Majisteret di sini semalam.

25/10/2011

HISHAMUDDIN PERLU LEBIH TEGAS DALAM MEMBENDUNG WARGA AFRIKA / DADAH

Image Detail

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa kementerian lain sedang meneliti semula pengeluaran pas pelajar asing, terutama dari Afrika, berikutan laporan masalah yang timbul dengan kehadiran pelajar asing di negara ini.

Sudah beberapa tahun nak teliti pengeluaran pas pelajar, tetapi semakin menjadi-jadi.


"Keputusan penelitian ini akan dimaklumkan kemudian," kata menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat.

24/04/2011

Hampir Separuh Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Kerana Dadah - Richard Riot

Hanya hiasan saja

PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) -- Daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada di antaranya terpedaya menjadi 'keldai dadah' selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial seperti Facebook.

28/01/2011

Rekod Terengganu terus tercalar

- Penagih meningkat 21%, Pengedar Bertambah 24%, 11,539 keseluruhan

Terengganu adalah antara negeri yang paling 'top' berkaitan penagihan dadah dan pengedaran dadah di Malaysia apabila pada bulan September tahun lalu dilaporkan Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi.

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/dadah4jan2011.jpgSepanjang tujuh bulan pertama tahun 2010, sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

Sehubungan itu, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu telah berjaya menangkap seramai 357 pembekal dadah di negeri ini Sepanjang tahun lalu (2010)

Ketuanya, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, jumlah itu meningkat seramai 68 orang, iaitu sebanyak 24 peratus pada 2009, yang hanya berjumlah 289 orang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...