Translate

17/03/2012

Saddam Hussein dituduh miliki dadah

 
KOTA BHARU- Seorang lelaki yang namanya sama dengan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menarik perhatian awam apabila dia dituduh memiliki dadah di Mahkamah Majisteret di sini semalam.

‘Saddam Hussin Kelantan’ atau nama sebenarnya Nour Saddam Hussin, 19, didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 90 pil eramin 5 seberat 1.8 gram, Selasa lalu.
Saddam Hussin dituduh miliki dadah 
Nour Saddam yang berasal dari Tanjung Mas dan bekerja sebagai penjual kain dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 1.10 petang, 13 Mac 2012.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.
Kelibatnya mendapat perhatian apabila juru bahasa yang membacakan pertuduhan menyebut namanya sama dengan bekas pemimpin negara Islam tersebut.
Dia juga mengaku bersalah pada pertuduhan itu bagaimanapun hukuman ditangguhkan bagi mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah berkenaan.
Kes disambung semula 10 Jun depan, sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...