Translate

Memaparkan catatan dengan label Revolusi Mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Revolusi Mesir. Papar semua catatan

18/08/2013

RAKAN BARU PBB - PEMUDA PAS AKAN MELOBI NEGARA ARAB ????

Naik gelak aku membacanya, biar betul Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda PAS meneruskan usaha untuk melobi negara2 arab dalam OIC. Beliau akan menghantar seberapa ramai UNIT AMAL nya ke Mesir ????

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malasysia (DPPM) akan meneruskan usaha melobi pihak antarabangsa untuk bersama-sama memberi tekanan kepada rejim Mesir yang menindas rakyat negara itu. 

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, DPPM akan melobi negara yang berada dalam Liga Arab, OIC dan sebagainya bagi tujuan itu.

Menurutnya, pemerintahan sementara di Mesir mencabul hak demokrasi, tambahan pula dengan kezaliman yang dilakukan.

"Kita akan melobi di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media selepas Himpunan Munajat 100K, di sini.

Beliau menambah, DPPM juga akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan Dun untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahas isu kekejaman kerajaan sementara Mesir.

"Kita minta Dewan Rakyat dan Dun adakan sidang tergempar, itulah langkah yang sepatutnya diambil bagi menekan rejim tentera di bumi Mesir.

"Kita akan hantar surat pada Isnin ini, kita telah draf surat itu," katanya. KLIK SINI UNTUK BERITA SELANJUTNYA

10/07/2013

SANDIWARA ANWAR telah DIRANCANG ????

HURU-HARA DIRANCANG DENGAN LAMPU HIJAU PENTAGON AMERIKA!


Seperti yang dijangka, revolusi yang berlaku di Mesir turut melibatkan kuasa asing. Michel Chossudovsky, penganalisis politik dari Pusat Penyelidikan Mengenai Globalisasi yang berpusat di Montreal mendedahkan bahawa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir.

Menyifatkan tentera Mesir sebagai "penerima terbesar bantuan ketenteraan AS selepas Israel" dan "sekutu kuat" Washington, Chossudovsky berkata rampasan kuasa telah dirancang dengan lampu hijau dari Pentagon.

"Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan juga Ketua AS Staf Jeneral Martin Dempsey berada dalam perhubungan kekal dengan arkitek rampasan kuasa itu dalam tempoh dua minggu sebelum pengambilalihan oleh tentera," tambah Chossudovsky.

MiM percaya kita masih ingat lagi apabila negara kita juga telah menyaksikan campurtangan pemimpin kuasa asing. Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat pernah cabul mulutnya mengkritik dan memihak kepada Anwar Ibrahim sebelum ini.  KLIK DISINI BACA LAGI

07/02/2011

Pesawat Pertama Dari Jeddah Akan Disambut Oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...



Insya allah jam 10 pagi nanti bersamaan 7 Februari, Isnin ketibaan kumpulan pertama pelajar pelajar Malaysia yang berjaya dibawa pulang dari Cairo, Mesir.

Seramai 770 pelajar akan tiba tiba Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dengan menaiki dua pesawat MAS dan satu pesawat Air Asia. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan berada di Balai Ketibaan untuk menyambut kepulangan mereka.

Para pelajar yang tiba ini nanti akan diketuai oleh Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom.

Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas doa semua kerana Misi ini berjaya dilaksanakan. Kepada Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Abd Azeez yang masih berada di Cairo, " You Really A Great Man,,,"

Berita terbaru daripada Mesir KLIK DISINI : http://medan-info-kita.blogspot.com/

05/02/2011

URGENT..!! Dari Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Di Cairo, Sebarkan..!!!!

Dari kiri; Duta Malaysia di Mesir – Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Ketua Delegasi Misi Ke Mesir Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Hj Abd Azeez, Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Sahlan Ismail.

04/02/2011

Krisis Mesir: Haram Syarie Bawa Pulang Orang Pas, Wajib Syarie Bawa Pulang Orang Umno ?

Posted by ruang bicara faisal

Tulisan saya sebelum ini agar Kerajaan BN mengutamakan pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN dibawa pulang terlebih dahulu dari Mesir menerima pelbagai respon. Ada yang menyokong dan ada yang menentang, tidak kurang juga yang memaki hamun saya. Tulisan tersebut telah mengundang sebanyak 430 komen dari pembaca.

Baguslah kalau begitu. Itu menunjukan provokasi yang saya lakukan berjaya. Walaupun ramai yang menghentam saya, saya tidak akan menarik balik artikel berkenaan atau nak buat u turn atau pun nak meminta maaf.

Pasca-Hosni: Ikhwanul Muslimin kuasa tak boleh dipandang sepi

ANALISIS, 4 Feb — Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu — antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir.
Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era pasca-Hosni ialah Ikhwanul Muslimin.
Bagaimanapun persoalannya ialah sejauh mana pentadbiran Obama akan berurusan dengan kumpulan Islam ini jika ia menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan baru.
Di sebalik perkembangan itu, dipetik msnbc, pakar strategi kumpulan Islam ini mahu Hosni dan orang kanannya ditanggungjawabkan atas “perbuatan jenayah” mereka terhadap rakyat Mesir selama ini.

Hosni: Saya bosan jadi presiden, mahu undur tapi bimbang nasib Mesir

KAHERAH, 4 Feb — Hosni Mubarak berkata beliau sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.
Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang.
Sementara kebangkitan rakyat masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin, Hosni awal minggu ini memberitahu dunia bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.
Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan antikerajaan, Hosni memberitahu ABC News, beliau “sudah bosan” dengan tampuk kuasa.
Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika beliau meletakkan jawatan sekarang.
BBC pula melaporkan kata-kata itu adalah versi naratif yang digunakan oleh presiden itu masa-masa lalu untuk menjustifikasikan sebab mahu terus menerajui negara utara benua Afrika itu.

03/02/2011

Revolusi Mesir, Apa Pengaruhnya Bagi Masa Depan Palestina?

Ketegangan politik di Mesir ibarat gempa dahsyat yang getarannya mengguncang dunia Arab. Seluruh perhatian dunia menuju ke Negeri Piramid dengan tanda tanya besar akan seperti apa akhir revolusi berdarah itu.
Ali Abunimah, pendiri dan penulis di situs Electronic Intifadamenyatakan bahwa krisis politik di Mesir akan memberikan dampak dramatis bagi negara-negara di kawasan Timur Tengah, termasuk bagi masa depan Palestina.
Sejauh mana revolusi berdarah akan berpengaruh pada nasib Palestina nantinya, Abunimah dalam analisanya mengungkapkan, jika rezim Mubarak tumbang dan penggantinya adalah tokoh yang tidak terlalu terikat pada Israel dan AS, maka itu artinya kekalahan besar buat Israel.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...