Translate

Memaparkan catatan dengan label Pemuda PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemuda PAS. Papar semua catatan

22/11/2013

ANGAN-ANGAN MAT JENIN BERKUMANDANG DI MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KE 54


PETALING JAYA - Pemuda Pas bakal mengagaskan program anak muda ke Putrajaya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu disuarakan Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucaptama di Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Pemuda Pas turut menyasarkan peningkatan sokongan undi anak muda dalam PRU14 kelak.

"...untuk mengagaskan satu program anak muda ke Putrajaya untuk PRU14.

"Dengan sasaran ditingkatkan 15 peratuslagi ke 20 peratus undi anak muda di setiap Dun dan Parlimen dalam negara kita ini," katanya.

Dalam ucapan sama, beliau menyentuh soal pemilihan Pemuda yang bakal berlangsung esok.

"Saya tidak mahu pemilihan dalam muktamar kali ini merosakkan hubungan dan ukhwah sesama kita.

"Apa yang lebih penting, tidak mengganggu agenda yang kita gariskan sejak lama.

"Saya tidak mahu pemilihan kali ini merancakkan fitnah antara satu sama lain," katanya.

18/08/2013

RAKAN BARU PBB - PEMUDA PAS AKAN MELOBI NEGARA ARAB ????

Naik gelak aku membacanya, biar betul Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda PAS meneruskan usaha untuk melobi negara2 arab dalam OIC. Beliau akan menghantar seberapa ramai UNIT AMAL nya ke Mesir ????

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malasysia (DPPM) akan meneruskan usaha melobi pihak antarabangsa untuk bersama-sama memberi tekanan kepada rejim Mesir yang menindas rakyat negara itu. 

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, DPPM akan melobi negara yang berada dalam Liga Arab, OIC dan sebagainya bagi tujuan itu.

Menurutnya, pemerintahan sementara di Mesir mencabul hak demokrasi, tambahan pula dengan kezaliman yang dilakukan.

"Kita akan melobi di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media selepas Himpunan Munajat 100K, di sini.

Beliau menambah, DPPM juga akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan Dun untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahas isu kekejaman kerajaan sementara Mesir.

"Kita minta Dewan Rakyat dan Dun adakan sidang tergempar, itulah langkah yang sepatutnya diambil bagi menekan rejim tentera di bumi Mesir.

"Kita akan hantar surat pada Isnin ini, kita telah draf surat itu," katanya. KLIK SINI UNTUK BERITA SELANJUTNYA

12/06/2013

TARIAN GELEK PUN SALAH UMNO ???? PEMUDA PAS YANG BANGGANG

Tarian gelek hina wanita, kata Pemuda PAS

Apalah bodoh bin banggang sangat. Takkan lah tarian gelek pun nak salahkan UMNO??. Cuba fikir kan baik-baik janganlah terlalu bodoh sangat. Yang berjoget tu kan wanita !!! dan yang ramai datang menonton tarian tersebut juga adalah orang PAS.

Namun begitu apa yang dapat dirumuskan bahawa pertunjukan tarian gelek tersebut tidak mendapat kepuasan daripada PEMUDA PAS kerana wanita tersebut tidak menelanjangkan keseluruhan badannya. KLIK SINI

03/11/2011

Pemuda Pas bantah Seksualiti Merdeka, Pemimpin PAS yang lain sokong???

Image Detail

Pemuda Pas membantah program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijangka dirasmikan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga minggu depan.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, program itu tidak sepatutnya diadakan kerana ia budaya negatif yang tidak membantu perkembangan tamadun manusia.

05/04/2011

VIDEO SEKS - PEMUDA PAS PROTES.. DESAK TANGKAP ANWAR!!?

Kedengaran suara dari beberapa Jawatankuasa PAS di kawasan2 sekitar Selangor yang mendesak agar Anwar Ibrahim disiasat dengan lebih terperinci. Mereka yang menonton Video tersebut menganggap hanya orang yang tidak punyai akal sahaja mengatakan lelaki tersebut bukan Anwar Ibrahim. Secara jelas lagi terang raut wajah, rambut, gaya jalan dan senyuman yang terpapar di dalam Video terbabit merupakan individu yang juga merupakan Ketua Pembangkang. Anwar sewajarnya secara sukarela menerima Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat Video terbabit jika beliau benar2 tidak bersalah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...