Translate

Memaparkan catatan dengan label Seksualiti Merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seksualiti Merdeka. Papar semua catatan

06/11/2011

Seksualiti Merdeka suatu penghinaan kepada negara

Tindakan penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam dan berakhir 13 November depan, mengadakan program yang di luar tabie itu disifatkan sebagai penghinaan terhadap undang-undang dan budaya bangsa negara ini.

Pengarah Strategik Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Wira Rosli Mat Hassan berkata, perkara pgogram itu boleh dianggap biasa bagi negara luar seperti Amerika, tetapi ia amat luar biasa bagi negara kita Malaysia.


“Undang-undang dan budaya yang ada di negara kita tidak boleh menerima sama sekali apa yang ingin dituntut oleh golongan yang mewakili 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu,” katanya dalam sidang media di majlis Graduasi Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu.

04/11/2011

Polis Haramkan Program Seksualiti Merdeka

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai Khamis mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program 'Seksualiti Merdeka' demi ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuranprogram itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

03/11/2011

Pemuda Pas bantah Seksualiti Merdeka, Pemimpin PAS yang lain sokong???

Image Detail

Pemuda Pas membantah program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijangka dirasmikan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga minggu depan.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, program itu tidak sepatutnya diadakan kerana ia budaya negatif yang tidak membantu perkembangan tamadun manusia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...