Translate

03/11/2011

Pemuda Pas bantah Seksualiti Merdeka, Pemimpin PAS yang lain sokong???

Image Detail

Pemuda Pas membantah program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijangka dirasmikan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga minggu depan.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, program itu tidak sepatutnya diadakan kerana ia budaya negatif yang tidak membantu perkembangan tamadun manusia.

Seksualiti Merdeka 2011 berupa program tahunan meraikan hak asasi manusia merentasi pelbagai orientasi seksual dan identiti, dianjurkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu.

Pengisian program yang diadakan sejak 2008 itu termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. Bagi edisi tahun ini, ia berlangsung 9 hingga 13 November.

Nasrudin berkata, jika dibiarkan, program berteras perjuangan hak dan kebebasan seksualiti itu boleh merebak dan sukar dibendung.

“Ini yang kita tidak mahu berlaku dalam masyarakat. Ia hanya merosakkan,” katanya.

Menurutnya, pada suatu masa kelak, hal seumpama itu memberi persepsi bahawa sebarang aktiviti seks yang tidak berlandaskan hukum dan norma termasuk homoseksual, diberi pengiktirafan dan diterima oleh rakyat negara ini.

“Ini boleh berlaku atas nama hak asasi manusia. Tujuan penganjur yang berjuang atas nama demokrasi dan hak asasi tidak menghalalkan aktiviti negatif seperti ini diadakan.

“Tidak semua perkara boleh dilakukan atas nama kebebasan kerana perkara yang mendatangkan musibah dan kemudaratan tidak boleh dianjurkan,” katanya.

Nasrudin berkata, bukan Islam sahaja, tetapi semua kepercayaan juga menolak sebarang aktiviti yang tidak bermoral seperti itu.

“Ini kerana hal yang seperti ini bertentangan dengan fitrah manusia,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...