Translate

Memaparkan catatan dengan label Parti KITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parti KITA. Papar semua catatan

15/02/2012

Baru Zaid Ibrahim tahu langit itu tinggi atau rendah


BERCAKAP dan mengkritik itu mudah. Bila sampai giliran kita menjadi ketua atau pemimpin barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah.


Inilah yang berlaku kepada Zaid Ibrahim presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA). Semasa menganggotai Kabinet selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri (Portfolio Undang-Undang) beliau banyak melakukan tindakan yang dilihat tidak selari dengan parti yang disertainya. Kononnya untuk menegakkan keadilan dan sebagainya. Dalam banyak hal kenyataannya cukup lantang dan melihat orang lain semuanya tidak betul dan tidak pandai.

19/01/2012

LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT TAPI PDRM GAGAL MENGAMBIL TINDAKAN KEATAS AMBIGA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan terhadap ribuan laporan dibuat ke atas pergerakan haram Bersih yang diketuai Datuk S. Ambiga agar golongan pengacau itu tidak menjadi besar kepala.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, perkara itu perlu memandangkan Ambiga serta konco-konconya kian biadab membuat ugutan untuk mengadakan perhimpunan haram sekali lagi sebelum pilihan raya akan datang.

20/01/2011

PELANCARAN PARTI KITA - KUDA ITU TIADA ANGIN (KITA)

Tok Kuda telah melancarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) yang bersikap berkecuali.  Motto KITA, adalah moderat(sederhana), demokratik dan liberal.  

Majlis pelancaran Parti KITA ini turut dihadiri oleh Datuk M. Kayveas, Presiden PPP, Gobala PKR Padang Serai, bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin dan beberapa pembangkang dari Sabah Sarawak.  

Turut sama menghadiri ialah K.S. Kotappan, ex PKR yang mengumumkan menyertai KITA berikutan kekecewaan terhadap Anwar.  

Perhatikan terus pergerakan parti ini, kerana mgkin ramai yg kecewa akan menyertai mereka!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...