Translate

Memaparkan catatan dengan label PM Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PM Malaysia. Papar semua catatan

19/08/2012

Syukuri nikmat keamanan



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat dan umat Islam di negara ini untuk memastikan negara ini kekal aman dan selamat serta menginsafi bahawa kesejahteraan dan keselamatan yang dinikmati hari ini "bukanlah datang secara bergolek".
Dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri beliau, Najib berkata, kerajaan menyedari bahawa sebuah Malaysia maju perlulah juga sebuah Malaysia yang selamat dan sejahtera.
"Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman daripada ancaman luar dan dalaman, di mana kawasan kejiranan dan jalan-jalannya bebas daripada jenayah.
"Sebuah negara di mana rakyatnya merasa aman dan selamat. Kesimpulannya, sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak Malaysia," katanya.
Bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan, Perdana Menteri berkata, ia memerlukan pendekatan yang bersepadu serta rakyat Malaysia yang lebih prihatin dan peduli kepada keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.
"Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab memerangi jenayah kepada pihak berkuasa tanpa sumbangan kita sebagai rakyat yang prihatin.
"Jika kita membiarkan jenayah berlaku tanpa tindakan, kita sebenarnya akan hanya menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan bersama," katanya.

02/07/2012

Syabas dan tahniah Pak Engku


Terima anugerah daripada PM

KUALA TERENGGANU – “Hampir 30 tahun menjadi pemandu teksi, ini kali pertama saya diberi anugerah peringkat kebangsaan yang disampaikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.”

Demikian luah penerima Anugerah Penyerlahan Amalan Nilai-nilai Murni peringkat Kebangsaan, Engku Aziz Engku Mansor, 59.

Engku Aziz yang juga bekas kerahan tentera era 80-an berkata, dia tidak menyangka akan membawa pulang kejayaan yang menjadi kebanggaannya dan Persatuan Teksi Melayu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) apabila menggondol anugerah berprestij berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) berjumlah RM10,000 berserta trofi.

“Ini kali pertama saya menyertai anugerah seperti ini dan ia kenangan terindah kerana dinobatkan pemenang pada usia yang agak lanjut.

25/01/2012

BN boleh rampas Kelantan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.


23/09/2011

Parti Yang Sanggup Berubah Turut Buka Minda Rakyat


KUALA SELANGOR, 22 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antara faktor yang penting untuk mendapatkan sokongan rakyat ialah kesanggupan parti membawa perubahan dalam negara.

17/09/2011

Najib Tegur Sikap Beri 'Laporan Tipu' Dalam BN

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar.
Malah tegas beliau, penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
"Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 dalam sesuatu kawasan.

05/04/2011

Model Baru Politik BN Tumpu Selesaikan Masalah Rakyat : Najib

KUALA LUMPUR, 25 Mac  — Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata model baru politik Barisan Nasional bukan sahaja untuk memahami permasalahan rakyat tetapi menjurus ke arah menyelesaikanya dengan mengambil tindakan yang berkesan.
Perdana Menteri berkata ini berbeza dengan pendekatan lama di mana tumpuan lebih diberi kepada soal intra politik seperti urusan cawangan dan bahagian serta membuat desakan kepada kerajaan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan rakyat.

27/03/2011

Pelajar SPM Terbaik Diiktiraf, Wajar Mendapat Bantuan Kewangan - PM

17 pelajar yang telah mengharumkan nama negeri dengan mencapai keputusan cemerlang
dalam peperiksaan SPM 2010
Kerajaan mengiktiraf bahawa semua pelajar yang mencapai keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajar mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inilah sebabnya mengapa semakin banyak agensi kerajaan dan sektor swasta tampil menyediakan biasiswa dan geran.

"Tahun lepas saya mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa kepada semua pelajar yang mendapat 9A+ atau lebih, tidak kira etnik atau kepercayaan mereka.

12/03/2011

Kerajaan Pastikan Bahasa Melayu Sentiasa Diperkasa, Kata Najib

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan dasar-dasar yang digubal sentiasa menyokong ke arah usaha mengembang dan memperkasa bahasa Melayu.

"Bahasa Melayu yang sekian lama menjadi bahasa pertuturan rasmi dan juga bahasa kebangsaan Malaysia akan terus terpelihara, diperkemas dan dikembangkan di dalam mahupun luar negara," katanya ketika merasmikan Pertandingan Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di sini Jumaat.

11/03/2011

Najib bantu orang muda, Anwar jadikan hamba seks

Pembangkang sering mendakwa mereka mendapat sokongan orang muda berdasarkan saluran mengundi untuk orang muda yang seringkali memihak kepada mereka, waima dalam kempen yang membawa kepada kemenangan BN 4 kali berturut-turut.

Tapi pernahkah orang muda bertanya, apa yang sumbangan kembali pembangkang atas sokongan orang muda yang diberikan kepada mereka?

Pernahkah orang muda bertanya apa program yang dijalankan kerajaan pembangkang atau parti pembangkang yang mendatangkan faedah kepada golongan muda secara spesifik?

27/02/2011

PM, Pas dan Pluralisme Agama

1. Ramai cendekiawan Islam tempatan yang menghargai kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak minggu lalu mengenai fenomena pluralisme agama yang merbahaya kepada akidah umat Islam. Jika sebelum ini isu pluralisme agama ini tidak mendapat perhatian umum kerana ia hanya menjadi topik perbincangan di kalangan cendekiawan, ahli akademik dan tokoh agama, dengan kenyataan lantang Perdana Menteri ini ia memberi nafas baru kepada perbincangan permasalahan ummah ini. 

2. Isu pluralisme ini bukan baru, namun ia kembali "panas" sejak setahun dua lalu apabila timbul beberapa isu yang membabitkan pertikaian pendapatan antara agama Islam dan agama lain membabitkan soal pentadbiran, perundangan dan polisi. Yang menggusarkan ada pemimpin politik beragama Islam dari Pakatan Rakyat, Pas dan segelintir dari UMNO dilihat sanggup berkompromi sehingga ke tahap membawa idelogi pluralis ini. Kemuncaknya ialah ucapan seorang bekas tokoh pemimpin nombor wahid Angkatan Belia Islam Malaysia yang secara terang-terangan membawa ideologi kesamarataan agama ini dalam ucapan beliau di London tahun lalu.

25/12/2010

Perdana Menteri Malaysia



Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).
Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.

Isi kandungan

 [sorok]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...