Translate

Memaparkan catatan dengan label Pemandu Teksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemandu Teksi. Papar semua catatan

21/10/2018

TAHNIAH PM LETAK JAWATAN

LANGKAWI - MAJLIS PERJUMPAAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad BERSAMA PERSATUAN PEMANDU TEKSI DI LANGKAWI HARI INI KECOH seketika apabila beberapa orang ahli persatuan bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Kira-kira 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu hanya berlaku kira-kira dua minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.

“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.

SAYA BUKAN NAK JADI PERDANA MENTERI. SAYA BERSARA DAH TAPI ORANG PANGGIL BALIK. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri HARI INI PUN SAYA LETAK JAWATAN. Tak ada masalah bagi saya,” katanya. - Bernama

09/08/2013

HAI...HAI...HAI PEMANDU TEKSI PUN ADA PISTOL ????

Gambar hiasan

Pemandu teksi tertembak tangan sendiri

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi yang memiliki pistol secara haram terbongkar selepas dia tertembak tangannya sendiri dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, akibat takut ditahan atas kesalahan memiliki pistol lelaki berkenaan menggunakan alasan pistol berkenaan ditemui di dalam teksinya yang didakwa ditinggalkan seorang pelanggan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur , Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Desa Sri Hartamas itu, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai baru selesai membawa penumpang ke lokasi berkenaan untuk mengutip hasil jualan harian. 

Katanya, berdasarkan keterangan lelaki itu selepas menghantar pelanggannya, dia ke tempat duduk penumpang untuk mengambil minuman sebelum terjumpa sebuah beg sandang hitam.

"Kemudiannya, lelaki itu cuba mengeluarkan pistol dalam beg berkenaan dan dalam proses buka magazine pistol, dia terlepas satu das tembakan.

"Tembakan itu menembusi tapak tangan kiri dan slug peluru tersangkut pada paha kaki kiri mangsa," katanya kepada media. 

Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan. 

Katanya, pembedahan dijalankan jam 12.40 petang dan kini dia dilaporkan stabil. 

Ku berkata, pihaknya percaya pistol berkenaan sebenarnya milik pemandu teksi itu dan menggunakan alasan milik pelanggan akibat takut.


18/03/2013

Kejadian Rompak, Rogol Jejas Imej Pemandu Teksi

KUALA LUMPUR – Kejadian rompak dan rogol ke atas seorang pelancong Amerika Syarikat baru-baru ini satu tamparan hebat terhadap golongan pemandu teksi dan industri pelancongan negara ini, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, jenayah itu telah menjejaskan nama baik industri pengangkutan awam negara khususnya teksi meskipun kejadian itu sebenanrya tidak melambangkan sikap pemandu teksi Malaysia secara keseluruhannya.

02/07/2012

Syabas dan tahniah Pak Engku


Terima anugerah daripada PM

KUALA TERENGGANU – “Hampir 30 tahun menjadi pemandu teksi, ini kali pertama saya diberi anugerah peringkat kebangsaan yang disampaikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.”

Demikian luah penerima Anugerah Penyerlahan Amalan Nilai-nilai Murni peringkat Kebangsaan, Engku Aziz Engku Mansor, 59.

Engku Aziz yang juga bekas kerahan tentera era 80-an berkata, dia tidak menyangka akan membawa pulang kejayaan yang menjadi kebanggaannya dan Persatuan Teksi Melayu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) apabila menggondol anugerah berprestij berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) berjumlah RM10,000 berserta trofi.

“Ini kali pertama saya menyertai anugerah seperti ini dan ia kenangan terindah kerana dinobatkan pemenang pada usia yang agak lanjut.

25/06/2012

Rekod...10,000 buah teksi di pelancaran TR1M

pm-teksi
Program Teksi Rakyat 1Malaysia (Tr1Ma) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Stadium Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur pagi Ahad catat sejarah yang tersendiri.

Ini adalah kali pertama himpunan terbesar teksi yakni 10,000 buah serentak.

Ia akan dimasukan dalam Malaysia Book of Records.

Pada majlis berkenaan yang dihadiri 25,000 pemandu teksi selain memberi baucer tayar bernilai RM520 kepada 66,538 pemandu teksi di seluruh negara,Perdana Menteri juga umum skim insuran untuk mereka.

Najib berkata di bawah program TR1Ma ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...