KUALA TERENGGANU – “Hampir 30 tahun menjadi pemandu teksi, ini kali pertama saya diberi anugerah peringkat kebangsaan yang disampaikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.”
Demikian luah penerima Anugerah Penyerlahan Amalan Nilai-nilai Murni peringkat Kebangsaan, Engku Aziz Engku Mansor, 59.
Engku Aziz yang juga bekas kerahan tentera era 80-an berkata, dia tidak menyangka akan membawa pulang kejayaan yang menjadi kebanggaannya dan Persatuan Teksi Melayu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) apabila menggondol anugerah berprestij berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) berjumlah RM10,000 berserta trofi.
“Ini kali pertama saya menyertai anugerah seperti ini dan ia kenangan terindah kerana dinobatkan pemenang pada usia yang agak lanjut.
Selain menjadi pemandu teksi, dia juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Baru dan turut memegang jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO)
peringkat Dun Seberang Takir antaranya Ahli Panel Kesihatan Dun berkenaan.
“Mungkin kerana pernah menyertai bidang ketenteraan, nilai murni yang disemai ketika berkhidmat menjadi amalan ketika melayan karenah pelanggan dan inilah kelebihan saya berbanding pemandu teksi lain,” katanya.
Engku Aziz yang juga Bendahari Persatuan Teksi Melayu LTSM berkata, dia bukan sahaja mengamalkan nilai murni ketika bekerja te-tapi turut melaksanakannya dalam setiap tanggungjawab
yang diamanahkan.
“Elok benar jika semua pemandu teksi menerapkan nilai murni sebagai amalan bagi memenuhi tuntutan Islam yang menyuruh manusia bersikap baik terhadap orang lain.
“Tidak salah untuk kita bertanya khabar, mengucapkan selamat datang dan sebagainya kepada pelanggan supaya mereka suka berurusan dengan kita,” katanya yang turut disenangi rakan.