Translate

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

10/12/2010

TAKLIMAT PEPERIKSAAN RAE

9M2VOT Pak Rasad
9M2VOT Pak Rasad sedang memberikan taklimat secara ringkas kepada ahli-ahli baru Pemancar Zon Kuala Terengganu/Marang/Kuala Nerus yang akan menduduki peperiksaan RAE pada 22/12/2010 mendatang.










Hebat Pak Rasad

14/11/2010

BAGAIMANA UNTUK JADI OPERATOR

Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur

1.  Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.  Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

2.  Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

3.  Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur? 

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

4.  Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.

5.  Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?

Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.  Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.  Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.

6.  Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan  Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”) atau Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia “ASTRA” dll.


7.  Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

         Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau
         Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.

8.  Siapakah yang mengeluarkan  Sijil Perakuan itu?


Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.

9.  Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.

10.  Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?


Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia! 

BIRO TATATERTIB

PEMANCAR TERENGGANU


Lesen Klas B

Freq  Band(MHz):                    28.0      –          29.7
                                               50.0      –          54.0
                                               144.0    –          146.0
                                               146.0    –          148.0
                                                 430.0 –            440.0

Max Tx Power level     50W(PEP) – Peak Envelop Power.
Class of Emission          A3E, F1A, F2A, F3A, J3E, R3E.

1.         Lesen ASAA (Amateur Station Apparatus Assignment) hendaklah berada berhampiran dengan alat transceiver dialamat yang dinyatakan pada lesen itu.

2.         Station bergerak perlu membawa salinan lesen ASAA sebagai bukti operator yang sah.

Perkara Mengenai Penggunaan Radio Amateur

a.         Jangan gunakan Radio Amateur yang melibatkan perniagaan atau apa jua jenis perbualan yang  menghasilkan pendapatan keewangan.

b.         Ditegah sama sekali digunakan untuk penyiaran awam. Radio Amateur hanya boleh digunakan  memancar kepada satu-satu station Radio Amateur yang lain.

c.         Untuk memancar melalui Radio Amateur seseorang itu perlu mempunyai lesen AROAC (Amateur Radio Operator’s Certificate) kelas A atau B.


Amateur Radio Station Log Book


Log Book ini mengandungi:             

  • ·         Tarkh semua pemancaran.
  • ·         Masa permulaan perhubungan dan masa tamat perhubungan.                 
  • ·         Frequency/Band digunakan.
  • ·         Gaya pancaran – suara/morse/………..
  • ·         Kekuatan memancar (Watt).
  • ·         Callsign station yang dihubungi.
  • ·         Nama/handle jika diketahui.
  • ·         Lokasi apabila berada di tempat yang  sementara./mobile
  • ·         Record bernombor mengikut turutan 1 2 3 4 5 ………


Pegawai berkuasa MCMC berhak memereksa dan menguji mana-mana  Station Radio Amateur dan  boleh menggantung/membatalkan mana-mana  ASAA  Station Radio Amateur yang tidak mematuhi sharat-sharat yang dinyatakan pada ASAA.


Mengendalikan Station Amateur

a)         Semasa hendak memulakan penggunaan radio amateur hendaklah mendengar seketika samaada  jaluran itu kosong atau jika sedang digunakan, boleh menyertai qso dengan menyebutkan callsign  sendiri semasa laluan 3 saat selepas tiap-tiap “OVER”.
b)         Jangan sesekali menyebut perkataan “BREAK” jika ingin menyertai qso dijalur yang sedang digunakan.
c)         Perkataan “BREAK” hanya digunakan semasa KECEMASAN sahaja.
d)         Diwaktu kecemasan, terus sebut “BREAK” diikuti dengan callsign sendiri. Lain-lain station dikehendaki  melepaskan PTT masing-masing  dan bersedia untuk memberi bantuan jika diperlukan.
e)         Sekurang-kurangnya lepaskan PTT selama 3 saat  bagi satu minit pancaran.
f)          Perhubungan melalui “Simplex” hendaklah menyebutkan callsign sendiri dipermulaan qso dan juga dalam masa  tiap-tiap 10 minit pancaran.
g)         Perhubungan melalui “Repeater” sebutkan callsign sendiri dipermulaan qso dan juga sekurang-sekurangnya sekali dalam masa tiap-tiap 3 minit pancaran.
h)         Semua callsign  hendaklah disebut mengikut Fonetik Alfabet Antarabangsa dan begitu juga dengan nombor-nombor.
i)          Apabila mengendalikan Station Radio Amateur melalui pancar-ulang, penggunaan turutan utama adalah seperti berikut:-

            Pertama:         Pemancaran dharurat dan panggilan kecemasan.
            Kedua   :         Kuasa rendah dan radio tangan.
            Ketiga   :         Station-station bergerak (mobile).
            Keempat:        Base station dan station-station mudah-aleh yang
                                   berkuasa tinggi.


Tegahan-tegahan Pemancaran oleh Station Radio Amateur:-

1.         Perhubungan yang menyentuh hal-hal menentang kerajaan.
2.         Perhubungan / Perbincangan mengenai agama / bangsa.
3.         Apa jua corak music, perhubungan untuk kemudahan melakukan jenayah, mesej berupa code atau perkataan-perkataan rahsia yang mengaburkan makna sebenar, mesej yang mengandungi perkataan-perkataan lucah, yang menyakitkan hati, yang palsu, pengenalan yang kabur/palsu.
4.         Tidak dibenarkan samasekali melibatkan diri dalam komunikasi bertujuan untuk hebahan kepada orang ramai atau berita harian, pengiklanan serta perhubungan urus niaga, apa jua komunikasi yang menghasilkan hadiah berupa keuntungan/keewangan, mesej bagi pehak orang lain.
5.         Jangan membuat/melakukan gangguan untuk merosakkan kegunaan frequency amateur radio atau apa jua tindakan yang menyebabkan gangguan-gangguan yang tidak diingini.
6.         Mengulang pancaran dari mana-mana station radio selain dari Station Amateur kecuali maklumat mengenai ramalan cuaca bagi kegunaan orang ramai yang dikeluarkan oleh station yang dipunyai oleh kerajaan Malaysia sahaja.


Q-kod.

Q-kod digunakan oleh operator CW yakni Morse-Code. Q-kod bertujuan untuk merengkaskan penghantaran mesej melelaui Morse-Code.
Bagaimanapun Q-kod juga adalah sebahagian daripada budaya radio amateur dan digunakan diudara. Janganlah ghairah sangat dengan penggunaan Q-kod ini. Gunakan sesekali sahaja bukannya sepanjang perbualan.


Disenaraikan Q-kod yang biasa digunakan oleh pengguna VHF/UHF


QRA     -           Nama station/handle atau alamat?
QRK     -           Setakat manakah bacaan (suara) saya? (R1 – R5).
QRL      -           Jalur sedang digunakan atau Sebok.
QRM    -           Adakah anda mendapat gangguan? atau Gangguan dari station lain.
QRO  -             Perlukah saya meningkatkan kuasa pancaran? atau Kuasa tinggi.
QRP   -             Perlukah saya merendah kuasa pancaran? atau Kuasa rendah.
QRT   -              Berhenti dari memancar atau tutup station.
QRU  -              Ada apa-apa lagi untuk saya? atau saya tiada apa-apa lagi untuk anda  atau  itu sahaja dari saya.
QRV  -              Anda bersedia? atau saya bersedia sekarang.
QRX  -              Berhenti sementara (akan masok balek ke jaluran) atau  saya akan panggil anda nanti, jam …………  atau  tunggu dijaluran  atau  bila nak panggil saya balek?
QRZ  -              Siapa yang memanggil saya ini? atau  anda dipanggil oleh 9W2…… di V…..
QSA  -              Setakat manakah kekuatan signal saya? (S1 -  S9)
QSB  -               Adakah signal saya kian menurun (menghilang)? atau  signal anda kian menurun (menghilang).
QSD  -              Penghantaran kurang baik  atau  pemancaran terok.
QSL  -               Diterima dan faham.
QSN  -              Anda dengar saya? atau  saya dengar anda.
QSO  -             Perhubungan radio  atau  perbualan di radio.
QSP  -               Boleh sampaikan pesanan saya kepada  …………..?  atau  saya akan sampaikan pesanan kepada ……………..
QSY  -                          Tukar ke jaluran lain.
QTH  -              Anda berada dilokasi mana sekarang?
QTR  -               Jam pukul berapa sekarang?  atau  sekarang pukul  …………..


Slang/Jargon Ham:-

73  -                             ucapan sejahtera atau selamat berpisah.
88  -                             pelok cium.
DX –                            perhubungan dengan station yang amat jauh.
Elmer -                         Operator yang penuh pengalaman membantu operator baru.
Fundamentals –          Ibu bapa / mertua.
Harmonic –                 anak-anak.
Handy,  HT  -                Radio tangan.
Home-brew  -              Alat-alat radio buatan sendiri.
Jalopy –                      kereta /kenderaan tua (lama).
OM  -                           Old man (Orang laki-laki tua,  suami,  mana-mana ham lelaki, tidak kira umur).
OT –                             Old timer (orang tua/berumur).
Rig –                            Peralatan radio amateur.
Saltmine –                   tempat kerja/pejabat.
Ticket  -                        Lesen amateur radio.
XYL  -                           Isteri.
YL  -                             Young lady  (Remaja / mana-mana ham perempuan, tidak kira umur).
Lima-lima –                 pertalian talikom.
Loceng terbang –       Telefon tangan.

13/11/2010

PERJUMPAAN AHLI PEMANCAR ZON KT/MRG/K-NERUS

9W2BNO & 9M2VOT
9M2BAL & 9W2DIB


9W2KYA & 9W2

9W2TDM & 9W2WSB
Tidur pulak En. 9M2MSL& 9W2SEH

9W2CDT
Senyum En. Baharum - 9W2CMX

Panjang senyuman 9W2KTJ & 9W2JYA

Rakan-rakan HAM yang sedang mendengar taklimat

Diantara rakan2 HAM yang sedang mendengar taklimat

Entah apa yang diperkatakan oleh 9W2BNO

9W2KCG &  9W2ZLE
9M2VOT, 9M2MSL dan 9W2KTB (dibelakang)

Rakan2 HAM yang sedang mendengar taklimat
yang diberi oleh 9W2BNO

Apa yang disenyumkan oleh 9W2KTB tu...tak tau la...

RUJUKAN RINGKAS RADIO AMATUR - PEMANCAR


DEFINISI


Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.

Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai “Ham Radio” dan terdapat lebih 3 juta pengendali diserata dunia yang mana mereka akan berpeluang berhubung diantara sama lain.

SEJARAH

Sejarah  Radio  Amatur  bermula  dengan  kejayaan  seorang berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh pada tahun 1894.   Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel) pada  tahun  1899.  Seterusnya  membuat  penghantaran  isyarat radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902.  Guglielmo Maconi Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan  radio.  Barulah  kemudian  pada  tu,  bila  terjadi  bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika Syarikat  telah  meluluskan  undang-undang  pertama  bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat.

Apakah yang dikatakan hobi radio amatur?

Radio Amatur atau dikenali sebagai “HAM” merupakan sejenis hobi yang menggunakan radio untuk berkomunikasi dan hobi ini juga memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik dan radio.  Eksperimen juga turut digalakkan, membolehkan kita mengembangkan lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan antenna dan sebagainya. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antennanya dan juga jaluran (frekuensi) yang digunakan.

Siapa yang boleh menyertai?

Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur  (14 tahun keatas), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan.  Sebagai seorang pengendali Radio Amatur,  mereka akan dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAINYA?

Pada peringkat awalnya, kita boleh menjadi seorang pendengar sahaja [ SWAL (short wave amateur listener) ] tetapi jika kita hendak berkomunikasi iaitu memancarkan isyarat, kita perlu mempunyai lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk mendapatkan lesen Radio Amatur kita perlu menduduki R.A.E (Radio Amatur Examination), satu ujian teori yang mana bila lulus ujian ini kita layak memohon lesen kelas "B" (B License) yang mana membenarkan kita untuk menggunakan band VHF,UHF dan juga sebahagian dari HF. Dan jika kita memerlukan jalur frekuensi dan kuasa memancar yang lebih besar yang membolehkan kita meletakkan dunia didalam gengaman, kita perlu menjalani satu lagi ujian iaitu "CW Test" (Ujian Morse Kod).  Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut, maka kita jadilah sebagai seorang pengendali Radio Amatur yang profesional.



TUJUAN PENGGUNAAN

Penggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara:

AKTIVITI KOMUNIKASI

Pengendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan pengguna dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak terbatas.

AKTIVITI UJIKAJI TEKNIKAL

Pengendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji-kaji dalam  pembuatan  radio,  antena  dan  perkara-perkara  yang berkaitan dengan teknikal

PERKHIDMATAN KOMUNIKASI SEMASA KECEMASAN

Di dalam keadaan darurat peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dlm. memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman.  Begitu juga semasa menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.

Memantau (monitoring)

Pengendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi didalam dan diluar negara serta stesyen angkasalepas.

BADAN KAWAL SELIA ITU

International Telecommunication Union (ITU) atau Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa merupakan sebuah badan kawal selia dalam menetapkan segala frekuensi dan aktivti komunikasi radio didunia.

IARU

International Amateur Radio Union (IARU) atau Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa merupakan sebuah badan dunia mengenai
radio amatur yang dianggotai terdiri dari lebih 189 negara.

SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia segala perkhidmatan yang melibatkan komunikasi di Malaysia.

MARTS

Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (MARTS) atau Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia adalah satu-satunya persatuan radio amatur yang mewakili Malaysia didalam Kesatuan Radio  Amatur Anatarabangsa.

Perkara Yang Dibenarkan Dalam Radio Amatur

  • Berkomunikasi dengan radio HF seluruh dunia.
  • Berkomunikasi menggunakan radio VHF/UHF.
  • Memberi khidmat komunikasi semasa bencana.
  • Pembuatan radio, pancaran, penerimaan dan antena.
  • Berkomunikasi di orbit satelit tanpa kos.
  • Menjalankan kajian berkaitan ATV, slow scan TV dan hantaran gambar menggunakan faksimili.
  • Mengambil bahagian dalam pertandingan radio amatur.
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti menacari dan menyelamat.
Perkara Yang Tidak Dibenarkan Dalam Radio Amatur
  • Dilarang menggunakan untuk tujuan sosial. 
  • Sebarang penghebahan atau siaraya umum.
  • Untuk tujuan politik, keugaman dan unsur-unsur lucah.
  • Menyinggung perasaan orang lain atau pengendali radio amatur lain.
CALLSIGN ( TANDA PANGGILAN)

Dalam penyiaran dan komunikasi, “Call Sign” (Tanda Panggilan) adalah sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur.  Ianya dibezakan dengan lokasi atau negara dari mana stesen tersebut memancar. “Call Sign” (Tanda Panggilan) ini mengandungi Dua bahagian yang terdiri dari “Prefix” dan “Suffix”.

“Prefix” ini telah dikeluarkn oleh ITU (International Telecommunication Union) yang mana ianya mengandungi pengenalan negara, kelas dan kawasan geograpi pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) tersebut,

manakala “Suffix’ merupakan pengenalan pilihan pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) mengikut huruf yang bersesuaian dan bergantung kepada kekosongan jika belum digunakan lagi semasa permohonan “Call Sign” (Tanda Panggilan) dari SKMM.

Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut :
  • S. MALAYSIA KELAS A                                9M2xxx
  • S. MALAYSIA KELAS B                                9W2xxx
  • SABAH KELAS A                                         9M6xxx
  • SABAH KELAS B                                         9W6xxx
  • SARAWAK KELAS A                                    9M8xxx
  • SARAWAK KELAS B                                    9W8xxx
CARA BEROPERASI

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu

Simpleks ( simplex )

Operasi simpleks ialah komunikasi secara dua hala iaitu dari stesen ke steen tanpa menggunakan repeater . Jarak komunikasi bergantung kuat kepada jenis antena, ketinggian antena dan kekuatan kuasa pancaran. Jika kesemua faktor tersebut dapat diselaraskan dengan sempurna, jarak komunikasi yang agak jauh dapat dicapai dengan jarak 20-30km

Pancar ulang ( repeater)

Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti digunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.  Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti
struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung.  Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan.

Q-KOD

Q-kod digunakan oleh operator CW yakni Morse-Code. Q-kod bertujuan untuk merengkaskan penghantaran mesej melelaui Morse-Code.  Bagaimanapun Q-kod juga adalah sebahagian daripada budaya radio amateur dan digunakan diudara.  Janganlah ghairah sangat dengan penggunaan Q-kod ini. Gunakan sesekali  sahaja bukannya sepanjang perbualan.

QRA       -        Nama station/handle atau alamat?

QRK       -        Setakat manakah bacaan (suara) saya? (R1 – R5).
QRL       -        Jalur sedang digunakan atau Sebok.
QRM      -        Adakah anda mendapat gangguan?
QRO      -        Perlukah saya meningkatkan kuasa pancaran?/Kuasa tinggi.
QRP      -        Perlukah saya merendah kuasa pancaran?  Kuasa rendah.
QRT      -        Berhenti dari memancar atau tutup station.
QRU      -       Ada apa-apa lagi untuk saya? atau saya tiada apa-apa lagi untuk anda  atau  
                    itu sahaja dari saya.
QRV      -       Anda bersedia? atau saya bersedia sekarang.
QRX      -      Berhenti sementara (akan masok balek ke jaluran) atau  saya akan panggil 
                   anda nanti jam …………  atau  tunggu dijaluran  atau  bila nak panggil saya 
                   balek?
QRZ      -      Siapa yang memanggil saya ini? atau  anda dipanggil oleh 9W2…… di V…..
QSA      -      Setakat manakah kekuatan signal saya? (S1 -  S9)
QSB      -      Adakah signal saya kian menurun (menghilang)? atau  signal anda kian menurun 
                   (menghilang).
QSD     -        Penghantaran kurang baik  atau  pemancaran terok.
QSL     -        Diterima dan faham.
QSN     -        Anda dengar saya? atau  saya dengar anda.
QSO     -        Perhubungan radio  atau  perbualan di radio.
QSP     -        Boleh sampaikan pesanan saya kepada …..?  atau saya akan sampaikan pesanan 
                   kepada ……………..
QSY     -       Tukar ke jaluran lain.
QTH    -        Anda berada dilokasi mana sekarang?
QTR    -        Jam pukul berapa sekarang?  atau  sekarang pukul

CARA BERKOMUNIKASI ( Cara memanggil stesyen )

CARA MEMANGGIL STESYEN DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA PANGGILAN STESYEN YANG HENDAK DI PANGGIL (9W2MIE) DAN  BARU LAH MENGENALKAN TANDA PANGGILAN STESYEN YANG MEMANGGIL (9M2DA) CONTOH:

“NINE WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO”
DI SINI
“NINE MIKE TWO DELTA ALPHA GOLF”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...