DEFINISI
Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.
Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai “Ham Radio” dan terdapat lebih 3 juta pengendali diserata dunia yang mana mereka akan berpeluang berhubung diantara sama lain.
SEJARAH
Sejarah Radio Amatur bermula dengan kejayaan seorang berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh pada tahun 1894. Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel) pada tahun 1899. Seterusnya membuat penghantaran isyarat radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902. Guglielmo Maconi Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan radio. Barulah kemudian pada tu, bila terjadi bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat.
Apakah yang dikatakan hobi radio amatur?
Radio Amatur atau dikenali sebagai “HAM” merupakan sejenis hobi yang menggunakan radio untuk berkomunikasi dan hobi ini juga memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik dan radio. Eksperimen juga turut digalakkan, membolehkan kita mengembangkan lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan antenna dan sebagainya. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antennanya dan juga jaluran (frekuensi) yang digunakan.
Siapa yang boleh menyertai?
Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur (14 tahun keatas), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.
BAGAIMANA UNTUK MENYERTAINYA?
TUJUAN PENGGUNAAN
Penggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara:
AKTIVITI KOMUNIKASI
Pengendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan pengguna dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak terbatas.
AKTIVITI UJIKAJI TEKNIKAL
Pengendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji-kaji dalam pembuatan radio, antena dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal
PERKHIDMATAN KOMUNIKASI SEMASA KECEMASAN
Di dalam keadaan darurat peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dlm. memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.
Pengendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi didalam dan diluar negara serta stesyen angkasalepas.
BADAN KAWAL SELIA ITU
International Telecommunication Union (ITU) atau Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa merupakan sebuah badan kawal selia dalam menetapkan segala frekuensi dan aktivti komunikasi radio didunia.
IARU
International Amateur Radio Union (IARU) atau Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa merupakan sebuah badan dunia mengenai
radio amatur yang dianggotai terdiri dari lebih 189 negara.
SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia segala perkhidmatan yang melibatkan komunikasi di Malaysia.
MARTS
Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (MARTS) atau Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia adalah satu-satunya persatuan radio amatur yang mewakili Malaysia didalam Kesatuan Radio Amatur Anatarabangsa.
Perkara Yang Dibenarkan Dalam Radio Amatur
- Berkomunikasi dengan radio HF seluruh dunia.
- Berkomunikasi menggunakan radio VHF/UHF.
- Memberi khidmat komunikasi semasa bencana.
- Pembuatan radio, pancaran, penerimaan dan antena.
- Berkomunikasi di orbit satelit tanpa kos.
- Menjalankan kajian berkaitan ATV, slow scan TV dan hantaran gambar menggunakan faksimili.
- Mengambil bahagian dalam pertandingan radio amatur.
- Mengambil bahagian dalam aktiviti menacari dan menyelamat.
- Dilarang menggunakan untuk tujuan sosial.
- Sebarang penghebahan atau siaraya umum.
- Untuk tujuan politik, keugaman dan unsur-unsur lucah.
- Menyinggung perasaan orang lain atau pengendali radio amatur lain.
Dalam penyiaran dan komunikasi, “Call Sign” (Tanda Panggilan) adalah sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur. Ianya dibezakan dengan lokasi atau negara dari mana stesen tersebut memancar. “Call Sign” (Tanda Panggilan) ini mengandungi Dua bahagian yang terdiri dari “Prefix” dan “Suffix”.
“Prefix” ini telah dikeluarkn oleh ITU (International Telecommunication Union) yang mana ianya mengandungi pengenalan negara, kelas dan kawasan geograpi pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) tersebut,
manakala “Suffix’ merupakan pengenalan pilihan pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) mengikut huruf yang bersesuaian dan bergantung kepada kekosongan jika belum digunakan lagi semasa permohonan “Call Sign” (Tanda Panggilan) dari SKMM.
Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut :
- S. MALAYSIA KELAS A 9M2xxx
- S. MALAYSIA KELAS B 9W2xxx
- SABAH KELAS A 9M6xxx
- SABAH KELAS B 9W6xxx
- SARAWAK KELAS A 9M8xxx
- SARAWAK KELAS B 9W8xxx
Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu
Simpleks ( simplex )
Operasi simpleks ialah komunikasi secara dua hala iaitu dari stesen ke steen tanpa menggunakan repeater . Jarak komunikasi bergantung kuat kepada jenis antena, ketinggian antena dan kekuatan kuasa pancaran. Jika kesemua faktor tersebut dapat diselaraskan dengan sempurna, jarak komunikasi yang agak jauh dapat dicapai dengan jarak 20-30km
Pancar ulang ( repeater)
Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti digunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti
struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan.
Q-KOD
Q-kod digunakan oleh operator CW yakni Morse-Code. Q-kod bertujuan untuk merengkaskan penghantaran mesej melelaui Morse-Code. Bagaimanapun Q-kod juga adalah sebahagian daripada budaya radio amateur dan digunakan diudara. Janganlah ghairah sangat dengan penggunaan Q-kod ini. Gunakan sesekali sahaja bukannya sepanjang perbualan.
QRA - Nama station/handle atau alamat?
QRK - Setakat manakah bacaan (suara) saya? (R1 – R5).
QRL - Jalur sedang digunakan atau Sebok.
QRM - Adakah anda mendapat gangguan?
QRO - Perlukah saya meningkatkan kuasa pancaran?/Kuasa tinggi.
QRP - Perlukah saya merendah kuasa pancaran? Kuasa rendah.
QRT - Berhenti dari memancar atau tutup station.
QRU - Ada apa-apa lagi untuk saya? atau saya tiada apa-apa lagi untuk anda atau
itu sahaja dari saya.
itu sahaja dari saya.
QRV - Anda bersedia? atau saya bersedia sekarang.
QRX - Berhenti sementara (akan masok balek ke jaluran) atau saya akan panggil
anda nanti jam ………… atau tunggu dijaluran atau bila nak panggil saya
balek?
anda nanti jam ………… atau tunggu dijaluran atau bila nak panggil saya
balek?
QRZ - Siapa yang memanggil saya ini? atau anda dipanggil oleh 9W2…… di V…..
QSA - Setakat manakah kekuatan signal saya? (S1 - S9)
QSB - Adakah signal saya kian menurun (menghilang)? atau signal anda kian menurun
(menghilang).
QSD - Penghantaran kurang baik atau pemancaran terok.
QSL - Diterima dan faham.
QSN - Anda dengar saya? atau saya dengar anda.
QSO - Perhubungan radio atau perbualan di radio.
QSP - Boleh sampaikan pesanan saya kepada …..? atau saya akan sampaikan pesanan
kepada ……………..
QSY - Tukar ke jaluran lain.
QTH - Anda berada dilokasi mana sekarang?
QTR - Jam pukul berapa sekarang? atau sekarang pukul
CARA BERKOMUNIKASI ( Cara memanggil stesyen )
CARA MEMANGGIL STESYEN DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA PANGGILAN STESYEN YANG HENDAK DI PANGGIL (9W2MIE) DAN BARU LAH MENGENALKAN TANDA PANGGILAN STESYEN YANG MEMANGGIL (9M2DA) CONTOH:
“NINE WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO”
DI SINI
“NINE MIKE TWO DELTA ALPHA GOLF”