PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Pakatan Harapan perlu mendapatkan
kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan PENGGUNAAN
SATU LOGO SAHAJA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd
Hashim Abdullah.
Bagaimanapun, katanya SPR masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan penggunaan satu logo itu daripada Pakatan Harapan dan cuma mendapat maklumat mengenainya melalui laporan media.
"Kebenaran menggunakan logo adalah daripada kita (SPR).
"Kalau dia mahu guna logo baharu dan sebagainya, kita (SPR) kena beri kelulusan," katanya dalam sidang media bersempena Simulasi Bilik Gerakan PRU14 di ibu pejabat SPR di sini hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu program di Pasir Gudang, Johor semalam mengumumkan keempat-empat parti dalam pakatan itu akan MENGGUNAKAN SIMBOL PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) untuk PRU14 nanti.
"Kalau parti politik, dia dah daftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kemudian dia kena kemuka kepada kita. Kita tengok jika logo itu tidak bertentangan (dengan peraturan), kita luluskan saja," kata Mohd Hashim lagi.