Translate

Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Khalid Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Khalid Ibrahim. Papar semua catatan

27/06/2015

PKR TAKUT DENGAN BAYANG2 TAN SRI KHALID JADI MB ???

Mustahil Khalid Kembali Jadi MB Selangor - PKR

PETALING JAYA: Cita-cita Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kembali menduduki kerusi menteri besar Selangor adalah mustahil, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Hairan dengan tawaran Khalid, Shamsul berkata menteri besar sedia ada, Mohamed Azmin Ali mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada PKR, DAP dan PAS.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang menyokong Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan PKR melalui Azmin. Jadi tidak berbangkit sebarang isu berkenaan kehilangan sokongan majoriti ke atas Azmin pada ketika ini.

30/03/2015

DAP BERKUASA KE ATAU UNDANG-UNDANG ??


LIM GUAN ENG JANGAN TUNJUK ANGKUH DAN BESAR KEPALA ????

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pakatan pembangkang yang diwakili oleh Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng hari ini gagal dalam usaha menyekat pihak polis melakukan tangkapan berkaitan himpunan #KitaLawan.

Beliau yang bangun di dalam Dewan Rakyat dengan tujuan mengecam tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menahan rakan seperjuangannya ditegur oleh Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Lim menggunakan usul memerintah KPN memberi kemudahan laluan kepada semua ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen sebagai alasan kepada menghalang tindakan tersebut.

13/11/2014

AZMIN ALI LETAK JAWATAN MB SELANGOR ???


Baru Azmin tahu susah senang jadi MB Selangor

Ada beza bercakap sebagai dari kerusi Menteri Besar dan dari kerusi ADUN PKR biasa sahaja... itu pengajaran yang Mohamed Azmin Ali kena akui sejak dua tiga minggu ini.
Bermula dari kisah rampasan Bible, Lebuhraya Kidex, dan terbaru isu air.
Sekali pandang Azmin macam orang lain sebab sebelum ini beliau bukan main galak kritik bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ketiga-tiga isu ini.
Akhirnya... dari kerusi Menteri Besar barulah Azmin tahu payah rupanya hendak 'bermain dengan kuasa' ini jadi terpaksalah ikut saja apa yang diwarisi dari Abdul Khalid.
Pada Rabu beliau bersetuju  dengan pembelian saham Pengurusan Air Selangor (PNSB) dengan Puncak Niaga Holdings Bhd dengan alasan memudahkan Kerajaan Selangor melalui Air Selangor mengambil alih dan menyusun semula operasi kedua-dua syarikat berkenaan.

11/08/2014

JUBOR NUAR MENGEMUT DISINDIR OLEH KHALID !!!

Khalid minta Anwar istiqamah SEMUGA PANJANG UMUR DAN PENDEK NAFAS ???

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim istiqamah dengan agenda reformasi.


Perkara itu disampaikan melalui laman sosial Twitternya sempena hari jadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ke-67 tahun pada 10 Ogos.

“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat DS @anwaribrahim. Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk istiqamah dengan agenda reformasi” katanya.

05/08/2014

BUBAR DUN SELANGOR DAN LOMPAT UMNO !!!


DAP menyokong pertukaran menteri besar Selangor kerana tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu melibatkan hal ehwal Islam menyerlahkan jiwanya sebagai "nasionalisme Umno", kata Tan Sri Zainuddin Maidin.

Zainuddin berkata, Khalid berhati-hati dalam perkara menyentuh kesucian dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, sultan sebagai ketua agama dan kuasa majlis dan institusi agama negeri.

"Hal ini terserlah dalam masalah bible, hudud dan lain-lain. Jiwa Khalid masih nasionalisme  Umno," kata bekas menteri penerangan itu yang lebih dikenali sebagai Zam. 

Menulis dalam blognya, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu juga mengaitkan kemarahan DAP terhadap Khalid dengan dakwaan budaya rasuah masyarakat Cina.

01/03/2014

KHALID AKAN TENTANG AZMIN HABIS2AN HINGGA KE LIANG LAHAD !!!


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan PKR sebagai timbalan presiden parti sekaligus menentang Mohamed Azmin Ali.


Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, fokus utama perlu diberikan pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini sebagai salah satu langkah untuk memenangi jawatan tersebut.

"Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggung jawab.

"Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.

"Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan sayanak jadi timbalan presiden PKR," katanya pada Majlis Kasih Bertaut, di kediaman rasminya, malam ini.

Tambahnya, keputusan itu dilakukan berikutan menerima sokongan rakan dalam parti.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu menasihatkan pengikutnya supaya menjadikan perkara itu sebagai fokus kedua.

"Saya sudah terangkan sebab menawarkan diri bertanding timbalan presiden PKR, saya harap rakyat menjadikan hal ini perkara kedua.

"Saya tak nak ada yang cakap menteri besar salah guna kuasa," katanya.

Selain itu, Abdul Khalid juga menyatakan keputusan yang dilakukannya tidak melibatkan spekulasi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

"Saya tak tahu pun Nurul Izzah nak bertanding atau menarik diri," katanya.

Sumber:sinarharian

BOM JANGKA AKAN MELETUP DI SELANGOR - KHALID ???


Sekiranya didedahkan, akan memberi kesan kepada nilai saham berkaitan dengan aset-aset air.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin parti dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba untuk mempengaruhi terhadap penilaian aset air di negeri itu.
Beliau berkata, beberapa pemimpin parti telah memperkenalkannya kepada beberapa pihak yang cuba untuk membuat kes mereka mengenai mengapa penentuan harga aset air perlu lebih tinggi.
"Saya pernah menjadi pegawai bank pelaburan sekian lama bahawa saya melihat prinsip penilaian itu sebelum menentukan harga (aset). Saya berpendirian dengan prinsip saya mengenai penilaian dan menetapkan harga pada RM9.65 bilion.
"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk memberikan justifikasi pada harga mereka," katanya dalam temuramah bersama The Star pada Khamis.
Khalid juga menjelaskan mengapa mekanisme daripada perjanjian itu tidak dapat didedahkan kepada pihak dalaman mahupun di luar parti sebelum perjanjian itu ditandangani bersama Kerajaan Persekutuan pada Rabu.

07/02/2014

22 KUNCU UMNO DISINGKIR DARI PKNS HOLDINGS


MB Pertahan Tamat Kontrak 22 Kakitangan PKNS Holdings

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Katanya dengan penamatan kontrak tersebut, PKNS berjaya menjimatkan kos operasinya sebanyak RM7 juta setahun.
Tambah beliau, Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah merupakan individu yang bertanggungjawab mencadangkan penyusunan semula organisasi perbadanan berkenanan termasuk penamatan kontrak 22 kakitangan tersebut.
"Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS untuk buat kajian terperinci organisasi termasuk melibatkan sumber manusia.
"Arahan ini dibuat selepas kita menerima aduan daripada pemberi maklumat dalaman bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji tinggi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...