Translate

Memaparkan catatan dengan label Lim Guan Eng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lim Guan Eng. Papar semua catatan

11/08/2020

LIM GUAN ENG BUAT LANTIKAN KHAS 30 ORANG CINA DALAM MOF

Makin lama makin banyak CERITA PASAL DAP MULA TERBONGKAR lepas dia orang dah tak ada dalam kerajaan. Baru2 ni pendedahan pasal LIM GUAN ENG masa dia jadi Menteri MOF dulu. Benda pertama yang LIM GUAN ENG buat bila jejak kaki dalam MOF adalah menubuhkan pasukan “PEGAWAI KHAS” seramai 30 orang yang dilantik oleh dia sendiri.

Kesemua 30 orang tu terdiri dari orang CINA berumur antara 20an hingga paling tua 30an dan diketuai oleh SetPol LIM GUAN ENG iaitu TONY PUAKA. Pasukan “Pegawai Khas” ni bukannya buat kerja free  tapi dibayar dengan gaji setaraf dengan Gred Gaji Jusa. Tahu ke berapa gaji Jusa? RM8,000 SAMPAI RM15,000 SEBULAN!

Tujuannya untuk dedahkan kes2 melibatkan orang UMNO, menguruskan segala aset yang diletakkan bawah MOF dan ‘tolong’ LIM GUAN ENG dalam sediakan laporan belanjawan negara yang berat sebelah kepada kaum dia. Tugasan dia orang ni jgk bercanggah dengan kerja pegawai MOF (penjawat awam bukan lantikan politik).

LIM GUAN ENG sanggup sewakan sebuah kondo mewah yang diubahsuai menjadi pejabat untuk team TONY PUAKA ni bekerja dan dirahsiakan untuk elak orang ramai tahu. Nampak betapa dahsyatnya DAP bila dia orang dh pegang kerajaan.

Dia orang tak percaya pegawai2 MOF sendiri yang kebanyakkannya orang Melayu dan buat pelantikan khas dari kaum dia untuk buat kerja2 belakang tabir demi kepentingan dia orang. Segala penjualan aset negara pun sebenarnya dirancang team ni. Banyak aset negara dijual kepada syarikat yang berpengkalan di Singapura.

Jadi tak terkejut la bila banyak aset2 Khazanah dengan Tabung Haji yang berkepentingan dekat orang Melayu kena jual oleh LIM GUAN ENG. Sebab dibelakang dia ada satu ‘team khas’ yang dibayar ratusan ribu ringgit sebulan dengan menggunakan MOF sebagai kapasiti  untuk jalankan agenda DAP dan kerja jahat mereka demi kepentingan kroni dan sahabat terdekat.

Rujukan: 


https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=230139141714113&id=123677742360254

02/06/2020

TOMMY THOMAS TERIMA HABUAN JUTAAN RINGGIT MELALUI LIM GUAN ENG

Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah, pada bulan Mei 2019, meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, untuk membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik seorang jutawan hartanah dipercayai bernama Tan Sri Lim Soon Peng dan permintaan ini ditunaikan oleh Tan Sri TOMMY THOMAS YANG MENGARAHKAN SPRM MELAKUKANNYA dalam tempoh dua minggu walaupun SPRM memaklumkan kepada Tan Sri Tommy Thomas bahawa wang bernilai RM3.9 juta belum boleh diperolehi.
Laporan portal berita Free Malaysia Today ini telah segera disahkan oleh TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, yang dilaporkan menyebut: “Ahli politik terbabit (LIM GUAN ENG) TELAH MENGGUNAKAN PENGARUH BELIAU UNTUK MEMBOLEHKAN PEGUAM NEGARA KETIKA ITU (TAN SRI TOMMY THOMAS) MENGELUARKAN ARAHAN agar SPRM melepaskan keempat-empat akaun milik taikun berkenaan (Tan Sri Lim Soon Peng)… SPRM akan melihat isu kebocoran butir-butir sulit penyiasatan didedahkan kepada ahli politik untuk kepentingan pihak yang disiasat.”
Dalam reaksi segera beliau, Lim Guan Eng dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini sebagai tidak menafikan laporan portal berita Free Malaysia Today ini. Sebaliknya beliau dilaporkan sebagai berkata “(sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan) kes-kes yang tidak berada di bawah bidang kuasa beliau dirujuk ke pihak berkuasa berkaitan”, “adalah satu kesalahan sekiranya beliau tidak merujuk kes-kes berkenaan ke pihak berkuasa yang berkaitan” dan “beliau percaya Tan Sri Tommy Thomas telah bertindak dengan sewajarnya setelah kes berkenaan dirujuk ke AGC”.
Laporan ini segera mengingatkan saya kepada empat pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap kesalahan oleh Hakim Datuk S Augustine Paul pada 14 April 1999, iaitu:
(1) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban.
(2) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah.
(3) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan salah laku seks dan liwat untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban.
(4) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah.
Cuma yang saya sedikit tertanya-tanya ialah, dalam kes Lim Guan Eng ini, sekiranya pada akhirnya fakta-fakta yang dikemukakan oleh laporan portal berita Free Malaysia Today ini TERBUKTI BENAR, APA AGAKNYA MOTIF YANG ADA PADA LIM GUAN ENG BILA DIA MEMINTA TAN SRI TOMMY THOMAS MEMBATALKAN ARAHAN PEMBEKUAN KE ATAS 4 AKAUN BANK MILIK TAN SRI LIM SOON PENG.
APA AGAKNYA FAEDAH YANG LIM GUAN ENG DAPAT daripadanya, jika ada?
Rujukan: KLIK DISINI

04/03/2020

KERAKUSAN DAP, LIM GUAN ENG DIBONGKAR > JANGAN DILEPASKAN

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Suraya Yaacob MELAHIRKAN KEMARAHAN TERHADAP DAP ekoran pendedahan oleh Zul Fikri Zamir (ZF Zamir) iaitu bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

ZF Zamir mendedahkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) yang didominasi DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengawal segala keputusan dilakukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu.

“Jika ini benar, jelaslah agenda DAP, wajah sebenar hipokrasi DAP, pembohongan, tipu daya DAPCELAKALAH GUAN ENG. Moga jahanamlah pihak yang sanggup menjadi talibarut DAP!” tegas Suraya yang juga ADUN Sungai Tiang dalam kenyataan menerusi Facebooknya, hari ini.

Dalam pendedahan itu, dikatakan antaranya ialah bajet keselamatan sekolah yang dipotong RM50.7 juta manakala bajet kebersihan sekolah pula dipotong RM427.3 juta, maka, 1,382 syarikat terjejas dan 10,406 pekerja dibuang.

Selain itu Institut Terjemahan Buku Negara (ITMB) juga diarahkan tutup yang mana 96% daripada pekerjanya adalah orang Melayu dan 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) diarahkan tutup semata-mata untuk menjimatkan RM213 juta kerana tidak perlu bayar elaun pelatih guru.

Di sekolah pula, bajet kokurikulum tidak lagi turun, hinggakan sekolah tidak lagi mempunyai wang untuk membuat program keagamaan seperti Maulidur Rasul atau untuk membeli air mineral bagi murid yang mewakili sekolah ke kejohanan olahraga.

Ribuan program badan beruniform seperti kawad kaki dan program sukan di sekolah dibatalkan.

Namun yang peliknya berjuta diberikan kepada sekolah-sekolah SJKC oleh Lim Guan Eng dan Teo Nie Ching.

Dilaporkan, semalam ZF Zamir mendedahkan menerusi tulisan di Malaysian Insight, dalam beberapa mesyuarat bersama, MOF menekan supaya KPM memotong pelbagai bajet hinggakan banyak perkara tidak boleh dilaksana oleh KPM ekoran dipotong atau disekat oleh MOF di bawah Lim Guan Eng.

Dedahnya, satu insiden berlaku dalam sebuah mesyuarat membabitkan Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Dr Maszlee.

Rujukan: KLIK DISINI

13/10/2019

LTTE: POLIS TAK BUAT KENYATAAN ITU, MANA GUAN ENG DAPAT MAKLUMAT? – DATUK AYOB KHAN

KUALA LUMPUR – Polis menafikan KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG DAP LIM GUAN ENG BAHAWA PIHAK BERKUASA ITU MEMBERI JAMINAN TIDAK ADA LAGI PEMIMPIN DAP YANG ADA KAITAN DENGAN KUMPULAN PENGGANAS HARIMAU PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LTTE) AKAN DITAHAN.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau sendiri tidak pasti dari mana Lim mendapat maklumat berkenaan, namun menegaskan TIADA SEBAB PIHAKNYA MENGHENTIKAN SIASATAN sekiranya ada pemimpin DAP dikaitkan dengan LTTE.

“Saya tidak pasti dari mana dia dapat input (maklumat). Yang pastinya bukan dari saya. Saya tidak pernah keluarkan kenyataan bahawa kita akan hentikan siasatan, tidak ada sebab kita hentikan siasatan. Kenyataan itu bukan dari saya.

“KENAPA KITA PERLU HENTIKAN SIASATAN, ADAKAH KERANA DISEBABKAN PARTI DAP, KITA PERLU HENTIKAN SIASATAN? TIDAK ADA. Kita akan terus menjalankan siasatan kalau ada cukup asas dan bukti,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Khamis lalu, Lim dilaporkan berkata polis memaklumkan bahawa tidak ada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan dalam operasi membanteras perkembangan gerakan LTTE di Malaysia.

Kenyataan Lim itu dibuat selepas polis menahan seorang EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA, G SAMINATHAN yang juga merupakan ADUN GADEK dan ADUN SEREMBAN JAYA P GUNASEKARAN.

Ayob Khan berkata, tangkapan dibuat polis bukanlah menjurus kepada segelintir pemimpin dari parti politik tertentu, khususnya DAP, tetapi menegaskan tangkapan yang dibuat adalah bersifat secara menyeluruh.

Rujukan: KLIK DISINI

18/04/2019

EKONOMI NEGARA MAKIN PARAH? DASAR POPULIS PH GAGAL… MANA GUAN ENG?

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki MEMPERSOALKAN DIMANA MENTERI KEWANGAN LIM GUAN ENG dalam KEADAAN EKONOMI NEGARA YANG SEMAKIN PARAH.
Tegasnya, sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang makin parah, rakyat marhain yang harus dibela namun sebaliknya yang berlaku.
“Lebih meresahkan apabila Menteri Kewangan LIM GUAN ENG DILIHAT LEBIH MEMENTINGKAN TAUKE-TAUKE KAYA berbanding rakyat marhain. Tauke-tauke yang selama ini berjaya melarikan diri dari membayar cukai yang sepatutnya dibayar kepada negara (BLACK ECONOMY) melalui sistem percukaian lama, bukan sahaja dibela dengan pemansuhan GST tetapi dikhabarkan Guan Eng telah membayar balik RM 19 bilion nilai input cukai GST walaupun pihak kastam hanya mengesahkan cukai input setakat ini RM5 bilion.
Duit Petronas RM82 bilion yang dijarah sewajarnya diutamakan untuk menambah bantuan kepada rakyat marhain berbanding membayar balik cukai input GST kepada tauke-tauke yang kaya.
“Ternyata, dasar populis Pakatan Harapan (PH) memansuhkan GST yang terbukti bukan sahaja gagal menurunkan harga barang dan kos sara hidup rakyat sebagaimana yang dijanjikan, malah mula MENAMPAKKAN KESAN BURUK TERHADAP PRESTASI KESELURUHAN EKONOMI DAN KEYAKINAN PELABUR ASING TERHADAP KEMAPANAN KEWANGAN NEGARA.”
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini yang disiarkan menerusi laman Facebooknya selepas menonton ulasan penganalisis kewangan daripada UBS Group AG, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa di Bloomberg TV.
“… yang pastinya amat menakutkan dan menggusarkan kita semua. Sentimen pelabur antarabangsa terhadap kedudukan ekonomi dan kewangan negara nampaknya semakin buruk.”
Katanya, baru-baru ini Tabung Persaraan Global Norway telah mengeluarkan semua pelaburan yang dibuat di pasaran Malaysia baik Bon atau Ekuiti berjumlah RM8.0 billion.
“Semalam FTSE RUSSEL YANG BERPANGKALAN DI LONDON menggambarkan kemungkinan akan MENGELUARKAN BON MALAYSIA DARI INDEKS BON GLOBAL mereka. Manakala pasaran Bursa Malaysia KLSE adalah satu-satunya pasaran Asia yang mencatatkan kerugian.
“Malaysia juga dikatakan bakal mengalami aliran keluar modal asing sehingga mencecah RM42 billion. Kalau ini berterusan kita akan menyaksikan kesuraman pasaran modal negara, setelah nilai saham-saham di Bursa Malaysia mengalami kerugian RM270 bilion tahun lepas akibat HARGA SAHAM JATUH TERUK SELEPAS PRU14.”
Jelasnya, kelmarin sahaja Ringgit Malaysia (RM) mencatatkan kejatuhan nilai tertinggi sejak tahun 2016 dan kini diperdagangkan pada kadar USD1 BERBANDING RM4.12.
Rujukan: KLIK DISINI

29/03/2019

SAYA “RASA, RASA, RASA”, SPV PROKHAS ITU BAWAH MUJAHIL – LGE

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERI BOLEH MAIN RASA, RASA, RASA AJE KE????
KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menegaskan URUSTADBIR AHLI LEMBAGA PENGARAH URUSHARTA JAMAAH SDN BHD (UJSB) ADALAH DI BAWAH KELOLAAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, syarikat TUJUAN KHAS (SPV) YANG MEMEGANG SEJUMLAH ASET LEMBAGA TABUNG HAJI BUKANNYA DI BAWAH PORTFOLIO KEMENTERIAN KEWANGAN.
SAYA RASA (SPV Prokhas) itu bawah Datuk Dr Mujahid (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) biar beliau yang jawab…,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Mujahid sebelum ini memberitahu kepada Dewan Rakyat bahawa Ahli Lembaga Pengarah UJSB yang telah dilantik adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan.
Beliau menegaskan kesemua mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang kewangan dan yang berkaitan.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar sebelum itu juga enggan mengumumkan nama individu yang menerajui SPV .
Ia ekoran soalan tambahan Awang Hashim (Pendang – PAS) yang mendesak beliau mendedahkan nama individu berkenaan.
Tarik balik
MUJAHID JUGA KELIHATAN EMOSI APABILA MENGELUARKAN PERKATAAN ‘TAHI’ hingga menyebabkan ramai penyokong pembangkang bangun untuk meminta beliau menarik balik perkataan yang dianggap menghina dewan yang mulia.
“Mereka kata macam-macam sedang kita ini hendak buat, SELAMAT DARIPADA ORANG DULU YANG BUAT TAHI,” katanya dalam nada tegas.
Perkataan ‘tahi’ ditujukan kepada kerajaan dan pengurusan TH dahulu yang didakwa telah menyebabkan institusi tersebut mengalami defisit RM4.1 bilion.
Mujahid yang akur dengan desakan supaya menarik balik perkataan tersebut bagaimanapun menggantikan perkataan ‘tahi’ dengan ‘onar’.
Pergerakan Pemuda UMNO dalam kenyataannya kelmarin terkilan kerana jawapan Mujahid itu menunjukkan  aset-aset Tabung Haji bernilai RM19.9 Billion telah dijual dan dipindahkankepada sebuah SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) yang hakikatnya diurus sepenuhnya oleh Prokhas Sdn Bhd yang mana CEOnya adalah Chen Yin Heng. -MalaysiaGazette

20/03/2019

#ECRL: LIM GUAN ENG TAK LAYAK KERANA RASUAH

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan mengapa kerajaan meminta TUN DAIM ZAINUDDIN BERUNDING SEMULA dengan China untuk projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) DAN BUKANNYA LIM GUAN ENG.
Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu memilih seorang wakil yang boleh diterima negara lain, selain kebolehan tertentu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, pemilihan Daim berdasarkan KELAYAKAN DAN KEUPAYAANNYA untuk berunding dengan China.
“Kita pilih berdasarkan kemampuan kerana kadang-kadang apabila kita berunding, kita memerlukan seseorang yang boleh diterima oleh pihak lain.
“Kita juga mempunyai sekatan tertentu dalam memilih orang itu untuk menjadi perunding kita. Sebab itulah kita memilih orang lain (Daim), yang kami nilai sebagai orang yang mahir dan mampu berunding dengan China.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau-BN) yang bertanya mengapa Guan Eng tidak mengetuai rundingan semula projek ECRL dengan China.
Perjanjian dengan China akan dimuktamadkan dan bakal diumumkan tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

11/07/2018

KHIR TOYO DI PENJARA SETAHUN, LIM GUAN ENG BILA LAGI ATAU KES DITUTUP ???

KHIR TOYO DI PENJARA SETAHUN selepas permintaan bekas menteri besar Selangor tersebut supaya dibenarkan membuat khidmat masyarakat bagi mengelak hukuman penjara ditolak hakim Mahkamah Persekutuan hari ini. – Gambar TMI
Khir Toyo Di Penjara 2015-2016
Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana menyalahgunakan pengaruhnya ketika mentadbir negeri itu untuk membeli sebidang tanah dan banglo pada 2007.
Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan demikian terhadap Mohamad Khir selepas menolak rayuan motigasi hukuman Mohamad Khir yang memohon supaya dia diberi hukuman denda atau perintah khidmat masyakat atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, HARTANAH BERNILAI RM6.5 JUTA DENGAN HARGA RM3.5 JUTA lapan tahun lalu.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menyampaikan keputusan itu juga mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah melucutkan hak terhadap hartanah berkenaan.
Hakim berkata, khidmat masyarakat seperti dicadangkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sesuai dalam kes ini.
“Hukuman seumpama itu akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

29/06/2018

NAK TUTUP KESALAHAN SENDIRI, PERHEBOH KESALAHAN ORANG LAIN

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia (LIM GUAN ENG) akan menjual barang kemas dan barangan mewah termasuk rantai berlian, tiara dan beg tangan berjenama yang disita dalam siasatan wang haram yang didakwa milik bekas pemimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenyataan itu dijelaskan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada The Associated Press (AP).

Sebelum ini polis mendedahkan sebanyak 12,000 barang kemas, 567 beg tangan, 423 jam tangan dan 234 cermin mata hitam telah dirampas bulan lalu dari beberapa premis yang dikaitkan dengan Najib.

Polis menganggarkan ia jumlah terbesar dalam sejarah negara, bernilai lebih dari AS$273 juta.

Guan Eng memberitahu dalam temu bual pada Jumaat bahawa kerajaan akan 'cuba untuk menjual apa sahaja yang boleh'.

"Kami akan berusaha untuk menjual apa sahaja yang kami boleh, tetapi perlu diingat bahawa ia tidak ada apa-apa berbanding jumlah yang telah dirompak dari negara," katanya, sambil menambah beliau terkejut dengan penyitaan barang-barang itu.

Rakyat Malaysia memberi pelbagai reaksi di media sosial selepas pendedahan tersebut.

Sementara itu, Najib mendakwa kebanyakan barang itu adalah hadiah daripada para pembesar asing selama beberapa dekad dan menyatakan penilaian polis keterlaluan dan kelihatan sebagai 'balas dendam politik' terhadap keluarganya.

"Bayangkan jika jumlah itu ditemui atau didedahkan di Amerika Syarikat, ia akan membimbangkan walaupun untuk sebuah negara yang kaya raya seperti Amerika Syarikat," kata Guan Eng.

"Untuk negara kecil seperti Malaysia, 'ia benar-benar di luar dunia ini'," katanya. 

Baca lebih lanjut: KLIK DISINI

25/06/2018

KRONI MAHATHIR MEMONOPOLI PROJEK ECRL

ECRL KINI MILIK KRONI MAHATHIR

Hari ini Menteri Kewangan telah mengumumkan projek ECRL akan diteruskan.

MENGAPA DITERUSKAN?

Walaupun pada asalnya telah dibatalkan oleh kerajaan ia diteruskan juga mungkin kerana kerajaan menyedari kepentingan dan manfaat besar projek ini terutamanya bagi membawa pembangunan ke negeri-negeri Pantai Timur.

At least inilah yang difikirkan oleh kebanyakan orang.

Padahal SEBENARNYA DIBALIK TABIR ada tangan-tangan yang telah lakukan sesuatu tentang projek ini.

Sebelum ini antara syarikat yang dianugerahkan kontrak projek ECRL oleh Kerajaan Terengganu adalah Syarikat T7 Global di mana jajaran terpanjang ECRL adalah milik mereka.

Pada 16 Mei 2018, VINCENT TAN TELAH MEMBELI (Kroni Mahathir) dan menjadi pemegang saham penting Syarikat T7 Global.

Beliau telah membeli saham syarikat yang akan membina ECRL walaupun ‘tahu’ ECRL akan dibatalkan.

Selain pengumuman projek ECRL diteruskan, Lim Guan Eng juga mengumumkan kos projek ECRL telah meningkat kepada RM70 BILLION DARI RM55 BILION ketika di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Ada tambahan RM 15 billion secara tiba-tiba.
KENAPA????

Nampaknya, tidak perlu tunggu lama untuk mereka mula memfaraidkan harta-harta negara. Tapi apakan daya, Malaysia telah memilih.

06/01/2018

GUAN ENG KETERLALUAN MENUDUH PAS ADALAH PARTI SESAT ???

TIDAKLAH GUAN ENG dan DAP itu tahu Islam, siyasah syariyah apa lagi fikah politiknya. Jauh sekali dia alim dan arif tentangnya.
Tapi dia dengan kekurangan dan kejahilannya itu sanggup tempelak dan berani kata PAS, golongan yang paling arif dengan siyasah Islami sebagai sesat.

Sesat itu bukan sekadar tidak jumpa jalan yang dicari, tetapi apabila ia pakai dalam kehidupan orang beragama, SESAT ITU ADALAH AJARAN DAN AMALAN YANAG MENYIMPANG DARI MANHAJ DAN TASAWUR ALLAH/ISLAMI.

Yang terbabas dari Islam itu dinamakan ajaran sesat. Tidak ajaran dan amalan selain dari Islam dan penggunakan kalimah itu dikata ajaran sesat. Salah guna senjata nuklear disebut ajaran sains/teknologi sesat atau pelajaran akademik yang tidak betul dikatakan ajaran sesat. 

Pelancaran roket ke bulan mungkin tersasar tetapi orang tidak kata ia hasil penemuan sesat. Selain dari dipakai terhadap ajaran Islam yang menyeleweng ia diguna pada peribahasa peluru sesat.

AJARAN SESAT ADALAH MANHAJ JAHILIYAH. Pengamal jahiliyah adalah isi neraka. Mengatakan PAS sesat adalah membangsakan politik yang PAS ambil sekarang bakal menjadi isi neraka.

Inilah logik dan sifir atas politik sesat PAS itu sedang tindakan dan fikiran politik yang PAS ambil dan amal adalah berpaksi kepada Islam yang difahaminya.

26/06/2017

Lim Guan Eng: Rakyat Pulau Pinang Buta?

Lim Guan Eng fikir rakyat Pulau Pinang buta? Sesiapa yang memandu di sekitar Pulau Pinang akan melihat cerun dan puncak bukit teruk digondol.
Lim Guan Eng terlupa tentang beberapa bukit telah dibotakkan atau terlupa Ambiga mengecamnya kerana meluluskan 51 blok pembangunan di cerun bukit dan puncak bukit sejak tahun 2008?
Ketua Menteri Lim Guan Eng telah memberi jaminan bahawa Pulau Pinang kekal sebagai negeri hijau, sambil membangga diri sebagai satu-satunya negeri dengan rizab hutan tetapnya tidak disentuh.

Beliau berkata walaupun ada kerja yang dilakukan di lereng bukit, ia hanya sementara untuk membolehkan pembinaan jalan pintas yang sangat diperlukan bagi keselesaan penduduk Pulau Pinang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...