Translate

Memaparkan catatan dengan label Hindraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hindraf. Papar semua catatan

17/11/2018

SIAPAKAH WAYTHA INI SEBENARNYA? MARI KITA LIHAT SEDIKIT LATAR BELAKANG BELIAU.

Nama Waytha tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia secara umum kerana beliau merupakan salah seorang  daripada 6 orang peguam yang bertanggungjawab menganjurkan  demonstrasi secara besar-besaran pada 25 November, 2007 dimana berpuluhan ribu kaum India turun merusuh ke jalanraya menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pemerintah pada masa itu, iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN).

RUSUHAN HINDRAF PADA 25 NOVEMBER, 2007
Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas demonstrasi tersebut 5 orang peguam telah ditangkap di bawah akta ISA termasuk abang beliau P. Uthayakumar pada 13 Disember, 2007.

Waytha bagaimanapun sempat melarikan diri ke London dan mendapat perlindungan politik atau ‘Political Asylum’ dari kerajaan British.

Hindraf diistyiharkan sebagai pertubuhan haram di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) oleh Menteri dalam Negeri pada masa itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga ianya diharamkan.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

Pertubuhan tersebut yang di pimpin oleh Waytha, telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

Semasa berada di London, Waytha juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka.

KEGIATAN DAN AKTIVITI WAYTHA TELAH MEMBERI KESAN BURUK PADA IMEJ NEGARA.

Waytha yang kemudiannya kembali ke Malaysia pada 1 ogos, 2012 mengambil pendirian untuk beralih angin dengan menyokong BN pada PRU13 pimpinan Dato Seri Najib Razak.

Setelah BN menang PRU 13, NAJIB TELAH MELANTIK BELIAU SEBAGAI SENATOR dan memberinya jawatan TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI.
Tetapi, selepas Sembilan bulan, Waytha meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri pada 10 February, 2014 dan menuduh Najib kononnya beliau tidak berhasrat untuk membantu menaik taraf kehidupan kaum India di Malaysia.

Tuduhan ini memang tidak berasas kerana fakta membuktikan Najib ialah satu-satunya perdana menteri yang banyak membantu kaum India.

Selepas perletakan jawatan, Waytha mula menyuarakan isu-isu membabitkan perkauman.

Antaranya ialah isu pendakwah bebas Islam Dr Zakir Naik.

PENDAKWAH BEBAS DR ZAKIR NAIK.

Malah, Waytha yang mengetuai 18 yang lain untuk memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi pendakwah tersebut.

Tindakkan Waytha jelas menunjukkan beliau mencabar penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam malah, agama rasmi Malaysia juga adalah agama islam.

Tidakkah tindakan ini akan menggugat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama?

Bukan itu saja, Waytha juga telah mewakili beberapa kes penukaran agama (murtad) tetapi semuanya telah gagal.

Berbalik kepada perlantikkan beliau yang dicadang Tun Dr Mahathir Mohamad, APAKAH RANCANGAN MAHATHIR SEBENARNYA?

Tidakkah Mahathir sebagai seorang yang berpengalaman harus tahu dan faham dengan keadaan semasa serta kehendak rakyat yang majoritinya yang beragama Islam?

HARAP MAHATHIR SEDAR DENGAN APA YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG.

20/02/2014

NAJIB SEDIH P. WAYTHAMOOOOOOOOOOTHY LETAK JAWATAN !!!!


LANTIK TIM. MENTERI YANG TIADA KUALITI HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.... TARAK MASUUUUUUUKKKKKK !!!!!! KONON NAK BANTU MASYARAKAT INDIA....???


PUTRAJAYA - P. Waythamoorthy meletak jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas gagal menuntut semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata tuntutan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) itu adalah keterlaluan dan tidak wajar, justeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memenuhi tuntutannya.

"Saya diberitahu seolah-olah Hindraf mahu mengawal kesemua pembiayaan dan mekanisme penyampaian untuk masyarakat India...ini sudah tentu sukar bagi perdana menteri untuk bersetuju."Sudah tentu ada banyak kaedah untuk menyampaikan pembiayaan," kata Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mendakwa Waythamoorthy juga sentiasa mencari jalan untuk bekerja secara keseorangan tanpa menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan MIC dalam usaha menyelesaikan masalah kaum India."Beliau bekerja secara keseorangan dan kami tidak tahu banyak apa yang beliau lakukan," katanya.

Katanya kerajaan dan MIC sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kaum India dan segala kekurangan dalam sistem penyampaian sedang diatasi."Pada mesyuarat Kabinet hari ini, perdana menteri telah menjelaskan macam mana kerajaan boleh melaksanakan cadangan pelan tindakan pembangunan sekolah Tamil," katanya.

Pada 14 Februari lepas, Najib mengesahkan menerima surat peletakan jawatan oleh Waythamoorthy. - Bernama

19/02/2014

MOU, MOU...LETAK JAWATAN LAGI BAIK. JANGAN NAK SALAHKAN ORANG LAIN


Waythamoorthy Temui PM Sebanyak 16 Kali Sebelum Letak Jawatan dan SERTAI PKR ??

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang juga bekas Timbalan Menteri P. Waythamoorthy berkata, beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 16 kali tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.
"Saya ingin menyatakan bahawa dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini, " katanya.jelasnya.
Waytha selain itu turut menjadikan kegagalan kerajaan menunaikan janji seperti yang ditandatangani dalam MOU antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf pada 18 April 2013 sebagai punca beliau meletak jawatan.
"Saya melakukannya (meletak jawatan) selepas berbulan bersabar selain sentiasa cuba untuk bekerja menerusi perjanjian MOU yang telah ditandatangani antara BN dengan Hindraf," jelasnya.
Pada 10 Februari lalu, Waythamoorthy meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta senator selepas didakwa kecewa.

28/02/2011

Pemimpin HINDRAF Salah Guna Kepercayaan Dengan Heret Penyokong - Kayveas

MELAKA, 27 Feb (Bernama) -- Pemimpin kanan HINDRAF dan Hak Asasi Manusia (HRP) telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan dengan menyeret penyokong mereka untuk berdemonstrasi secara haram bagi membantah novel 'Interlok' di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas berkata tindakan kumpulan itu hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan dua atau tiga pemimpin kanan dalam pertubuhan itu.

Beliau berkata tindakan demonstrasi bukan cara untuk mengubah atau meminda sesuatu isu tetapi sebaliknya ianya mesti dilakukan menerusi saluran yang betul dan mengikut peraturan undang-undang negara.

26/02/2011

Najib: Polis perlu tindak, kaum India wajar tolak Hindraf

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Masyarakat India tidak perlu bergantung harap pada pertubuhan haram, Hindraf dalam memperjuangkan nasib mereka kerana kerajaan telah menjaga kepentingan kaum itu dengan sewajarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kaum India seharusnya bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil berat terhadap masa depan dan kepentingan setiap kaum di negara ini.
“Soal kepentingan kaum India kita telah ambil tindakan, maknanya mereka tidak perlu pada Hindraf, mereka hanya perlu pada BN sahaja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
Najib (gambar) berkata beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang supaya pertubuhan itu tidak muncul kembali dan bergerak bebas walaupun ia telah diharamkan.

13 Mei dan Hindraf...27 Feb..

Bagai satu kebenaran nyata dan terserlah NOVEL INTERLOK pujaan saya. Kisah nyata dan jelas..bagaimana pelayaran dalam sebuah Kapal belayar mencari satu kehidupan baru yang damai dnamakn TANAH MELAYU, penuh sahdu dan sopan bila mula menjejakan kaki ke Tanah Bertuah Melayu...namun setelah berjaya dan senang, aman, tiada lapisan kasta...nialai murni telah berubah, menjadi biadab dan lupa diri, anak peribumi yang pernah melindungi Datuk Nenek Moyang mula dan telah di gigit...Melayu bagai melepaskan ANJING tersepit.

Wahai HINDRAF dan para penyokong mu..silalah sila lah memprovokasi Melayu...buatlah demontrasi jalanan...kerana kamu memang tiada kerja..itulah kerja kamu..pokok getah dan estate pun telah berkurangan...INGATKAH kamu 13 MEI..bagaimana perarakan kaum Cina DAP Gerakan...mencaci Melayu..meludah...menghina...hingga Melayu yang ketika itu amat bersabar..hilang pertimbangan. Adakah kamu ingin mengulangi lagi..kali ini...antara Hindraf India dan Melayu.Siapa sebenarnya lebih Rasis...

17/02/2011

REVOLUSI NEO - 13 MEI?


Salam 2 all.


Nampak gaya ada pihak cuba menangguk di air keruh untuk mengujudkan kekecohan dan kekacauan dalam negara dengan meniru cara rusuhan perkauman 13 Mei 1969. Malah ada yang cuba menyamakannya dengan rusuhan dan kekacauan yang berlaku di Tunisia, Mesir, dan lain-lain negara di Timur Tengah.


Antaranya ialah cubaan bekas pimpinan Hindraf bernama Waytha Moorthy yang melarikan diri ke Britain meninggalkan rakan-rakannya di Malaysia setelah kegagalan cubaan mencetuskan rusuhan di Kuala Lumpur pada bulan November 2007.


Demikian menurut lapuran yang disiarkan dilaman web pro-Anwar dan pro-pembangkang, www.humanrightspartymalaysia.com, www. malaysianmirror.com dan www.malaysiantoday.com yang menyiarkan rancangan demonstarsi revolusi tersebut dan surat W. Moorthy kepada pimpinan Pakatan pembangkang Anwar Ibrahim, Kit Siang & Ustadz Hj. Hadi Awang untuk menyertai himpunan dan demonstrasi bantahan besar-besaran pada 27 Februari 2011 depan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...