Translate

Memaparkan catatan dengan label Polis Bantuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis Bantuan. Papar semua catatan

09/02/2011

SELANGOR – MAHU TUBUH PASUKAN POLIS SENDIRI ?

Permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menubuh pasukan polis sendiri atas nama polis bantuan telah dihantar kepada Menteri dalam Negeri semalam kata  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Surat itu sebagai susulan kepada surat  Julai 2009 masih belum mendapat jawapan.

Mengapa minta tubuh polis bantuan?. Katanya “ Keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri, dan tiada alasan munasabah Kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang tenaga dalam usaha bersama menjaga keselamatan rakyat” dalam kenyataan media semalam.

Adakah sekarang rakyat negeri itu tidak selamat?.  Jawapannya  mudah, memang tidak berapa selamat kerana kadar jenayah meningkat.  Ini sudah tentu Majlis Keselamatan Negeri melapurkan hal itu kepada Kerajaan Negeri dari masa kesemasa. Ia bukan zaman PKR memerintah sahaja, MKN membuat penilaian sejak Negara ini mula merdeka  lagi. Kerana Isu keselamatan adalah isu keutamaan Kerajaan Persekutuan.


11/01/2011

Polis Bantuan Belasah Jurugambar BERNAMA

D
ipukul Dan Digari Polis Bantuan, Jurugambar Buat Laporan Polis



Gambar: Jurugambar BERNAMA, Hairul Nizam Baharin, 37, menunjukkan bekas pergelangan tangannya yang cedera akibat digari oleh polis bantuan selepas mengambil gambar di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini hari ini.


Seorang jurugambar membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis bantuan yang didakwanya telah memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini Ahad.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...