Translate

Memaparkan catatan dengan label APMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APMM. Papar semua catatan

01/09/2014

APMM TAK MAMPU MENYAINGI PASUKAN MERIN POLIS ?


Memang tidak dinafikan ketangkasan serta keberkesanan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Pasukan Polis Merin (PPM) semakin menyerlah, walaupun dalam keadaan yang daif.

PPM dalam serba kekurangan ketika ini satelah banyak aset diserah kepada APMM, namun begitu bagi membendung gejala jenayah merentas sempadan yang kian membimbangkan diperairan Malaysia aset baru perlu ditambah.

Pelabuhan Klang: Pasukan Polis Marin (PPM) terus memperkukuhkan aset mereka bagi membendung kegiatan jenayah di pesisir pantai di seluruh negara.

16/07/2014

SIASATAN TERPERINCI PERLU DIJALANKAN UNTUK MENGETAHUI PUNCA KEMALANGAN ???



Dua Maut, 19 Pati Warga Indonesia Dikhuatiri Lemas, Bot Pancung Karam Di Tanjung Piai

JOHOR BAHARU, 15 Julai (Bernama) -- Dua pendatang asing tanpa izin warga Indonesia maut manakala 19 dikhuatiri lemas selepas bot pancung yang dinaiki kira-kira 80 orang dilaporkan karam di perairan Tanjung Piai, dekat Pontian awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat) negeri Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 1.33 pagi itu, berlaku kira-kira tiga batu nautika dari Tanjung Piai.

Beliau berkata kejadian berlaku akibat pelanggaran bot pancung itu dengan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semasa Ops Tumpas.

13/07/2014

MANA APMM, MANA TLDM ???



Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman  mengarahkan polis menjalankan siasatan daripada semua sudut mengenai insiden serang hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota polis marin.

"Saya diberi taklimat. Semua motif sedang disiasat termasuk kemungkinan membalas dendam susulan langkah mengetatkan penguatkuasaan di perairan Sabah. Pihak berkuasa berkenaan mesti menyiasat daripada semua aspek bagi menangani insiden itu.

"Kumpulan itu semakin berani dalam tindakan mereka," kata beliau dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Musa berkata lebih banyak yang perlu dilakukan dalam konteks meningkatkan risikan dan penyelarasan dengan rakan sejawatan di Filipina.


18/06/2014

JPA TERLEPAS PANDANG - PTD DILANTIK MENGETUAI AGENSI PENGUATKUASA ???





Malaysia ada banyak agensi. Antara agensi yang sepatutnya besar dan bertindak sebagai Coast Guard adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Dengan peruntukan, dengan aset serta dengan kemahiran yang dipaksa pindah ke dalam APMM, sepatutnya agensi tersebut jauh lebih baik berbanding Polis Marin.

Bagaimanapun, ia tidak seperti yang diharapkan. APMM dari semasa ke semasa telah gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dalam sebarang cara. Dari cerita kawalan perairan negara, sehinggalah kepada rompakan, penculikan dan penyeludupan di laut.

Apa lagi masalah kepada APMM?

28/05/2014

JAWAPAN TIDAK MASUK AKAL ???



*Sukar tangkap penyeludup di laut.
*maklumat yang kita terima daripada nelayan agak lambat.
*pihaknya sukar untuk menahan bot .
*tetap sukar untuk menahan kerana tempoh yang diambil .

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Timur menghadapi kesukaran untuk menahan bot yang terlibat dalam aktiviti pemindahan diesel kepada bot haram di laut.

Pengarah Operasi Wilayah Maritim Timur, Kapten Maritim Yusof Ali berkata, pemantauan di laut sukar kerana kebanyakan maklumat yang diterima khususnya daripada nelayan agak lewat.

“Biasanya kes tangkapan penyeludupan diesel yang berlaku di darat agak senang tetapi apabila kes di laut, kita mengalami sedikit masalah dari segi masa yang diambil untuk sampai ke bot atau kapal yang disyaki.

"Kadang-kadang maklumat yang kita terima daripada nelayan agak lambat dan apabila kita sampai di lokasi yang dimaklumkan, mereka dah hilang," katanya.


20/04/2014

SHAHIDAN KASSIM BUAT HAL LAGI ??? SIAPA MENTERI DALAM NEGERI SKG ???


ZAHID HAMIDI KAN ADA !!!. Jangan lah nak buat 'CARCA MARBA' ??

KOTA KINABALU, 20 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyarankan supaya diwujudkan tiga jawatan timbalan ketua pengarah untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Katanya tiga jawatan itu untuk diisi oleh wakil agensi utama dalam Esscom iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"(Jawatan ketua pengarah) Esscom itu sendiri mungkin dinaikkan tarafnya. Sekarang ialah (peringkat) Jusa B, mungkin boleh ditingkatkan," katanya yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kot Kinabalu hari ini.

Terdahulu beliau melawat Beaufort dan mengagihkan bantuan wang ihsan banjir bagi penduduk yang terjejas bencana itu pada Februari lepas.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata setiap agensi terbabit mempunyai peranan masing-masing namun dalam konteks Esscom, tugas utama mereka ialah mengekang pencerobohan.

"Yang penting dalam Esscom tugas ketiga-tiga agensi ini diselaraskan," katanya.

Mengenai wang ihsan banjir, Shahidan berkata hanya mangsa banjir di Tenom belum menerima sumbangan itu.

Beliau turut meminta mangsa banjir yang tercicir daripada senarai wang ihsan agar merujuk pejabat daerah di kawasan masing-masing untuk dipertimbangkan.  BERNAMA

27/12/2013

Ops Bali - Pengarah Syarikat Perikanan Di Denda RM 200,000


KUALA LUMPUR - Pengarah sebuah syarikat perikanan yang dituduh memberi rasuah kepada penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Oktober lalu, dikenakan denda RM 200,000 dan penjara sehari setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Choh Chaw Khiang, 41, Pengarah Syarikat Gabungan Mesra Sdn Bhd mengaku bersalah pada tiga pertuduhan pilihan dibawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang dihadapkan kepadanya.

Pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa telah memberikan wang tunai RM 100,000.00 kepada seorang individu kononnya untuk diberikan kepada pegawai APMM, Putrajaya.

Suapan tersebut diberikan tertuduh dalam dua transaksi berbeza pada tarikh yang sama iaitu pada 8 Jun 2013.

Pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah memberikan wang tunai RM 50,000.00 pada 23 Mei 2013 kepada seorang individu kononnya untuk diberikan kepada Pegawai Atasan APMM, bagi melepaskan dua bot yang ditahan.

Perbuatan tersebut dilakukan di Restoran Melting Pot, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

08/11/2013

APMM ada Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah !!!

Organisasi yang begitu lengkap perlu mempertingkatkan lagi keberkesanannya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, terutamanya kes-kes penyeludupan, pencerobohan nelayan warga asing dan lain2 kesalahan yang melibatkan keselamatan diperairan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Operasi rondaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa dipertingkat bagi mengesan kegiatan jenayah maritim termasuk penggunaan lesen pengusaha bot nelayan tempatan oleh nelayan asing.
Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata, tumpuan turut diberikan terhadap kegiatan penggunaan pukat tunda ganding oleh nelayan asing sehingga merosakkan hidupan laut. 
"Penggunaan lesen pengusaha bot nelayan tempatan yang digunakan oleh nelayan asing merupakan satu kesalahan dan perlu dibanteras, begitu juga dengan penggunaan pukat tunda ganding (diharamkan di Malaysia). 

"Kita lakukan pemeriksaan di laut sama ada kapal-kapal kita disewa atau dipajak (kepada nelayan asing)," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

01/10/2013

Lapan ditahan bantu siasatan sindiket rasuah pukat tunda - SPRM


PUTRAJAYA: Lapan lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai kes rasuah nelayan asing membabitkan penggunaan pukat tunda secara haram di perairan negara. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata SPRM telah memantau perkara itu sejak kes itu dilaporkan tahun lepas dan setakat ini sejumlah RM1.2 juta wang tunai untuk tujuan merasuah dirampas. 

Beliau berkata masing-masing dua orang ditangkap di Kuala Lumpur; Kota Tinggi, Johor; Kuantan, Pahang; dan di Kota Baharu, Kelantan. 

Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 35 hingga 60 tahun dan kini direman antara empat hingga enam hari," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

24/09/2013

6 BOT PUKAT TUNDA KUANTAN BERSAMA 36 AWAK2 THAILAND DITAHAN

6 bot pukat tunda Thailand ditahan
KENAPA JABATAN PERIKANAN TRG BOLEH TANGKAP, TAPI APMM TIDAK BERJAYA MENANGKAPNYA ????????

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perikanan Terengganu menahan enam bot pukat tunda bersama 36 awak-awak warga Thailand, termasuk seorang tekong warga tempatan dalam satu operasi berhampiran Pulau Kapas, Marang, malam kelmarin.

Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, awak-awak dan tekong yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah malam, kira-kira enam batu nautika dari perairan Pulau Kapas, Marang.

“Semasa serbuan dijalankan, kesemua mereka ini sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan pantai dan sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada di antaranya cuba melarikan diri, namun gagal.

21/03/2012

Pukat pari antara punca 11 penyu Agar mati - APMM, Jabatan Perikanan perlu bertindak tegas

Image Detail 
Sekurang-kurangnya 11 ekor penyu Agar ditemui mati di pantai-pantai negeri ini sepanjang tempoh dua bulan lalu.

Pegawai Komunikasi Program Marin Semenanjung Tabung Alam (WWF) Malaysia, Nadiah Rosli berkata, ia suatu yang makin membimbangkan dan menuntut kepada penguatkuasaan undang-undang lebih tegas.

27/07/2011

APMM Ambil Alih 91 Kapal Marin Dan Kastam 15 Ogos Ini


KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengambil alih 91 kapal daripada Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mulai 15 Ogos ini.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sebanyak 60 kapal diambil alih daripada PGM manakala 31 lagi daripada Kastam.

17/01/2011

Bot Karam di perairan Pelabuhan Chendering

Kejadian berlaku pada 16 JAN 2011 jam 4.30 pagi sebuah bot pukat tunda nombor pendaftaran TRF 303 dengan seorang tekong dan 2 orang awak2 keluar ke laut.  Jam 5.30 pagi tekong mendapati botnya bocor dan cuba melabohkan pukat di 2 Batu Nautika dari pantai.  Tapi malangnya ketika itu angin monsoon bertiup dengan kelajuan diantara 60 hingga 70 km/j menyebabkan bot mangsa tenggelam.  Dua daripada mangsa berjaya berenang ke tepi pantai, dan ditemui terdampar kira-kira jam 1.00 t/hari.  Manakala seorang lagi mangsa tidak ditemui sehinggalah hari ini 18 JAN 2011.   Mangsa yang masih belum ditemui dikenali dengan nama ABDULLAH  BIN SALLEH, Um: 58 tahun, manakala 2 orang lagi mangsa dikenali dengan nama YUSOF BIN SALLEH, 49 th dan MD ALI BIN MUSA, 61 th, masih lagi dirawat di Hospital SNZ, Kuala Terengganu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...