Translate

Memaparkan catatan dengan label TLDM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TLDM. Papar semua catatan

18/07/2014

BELUM TEMBAK LAGI DAH MACAM2 PERSOALAN TIMBUL !!!!


Cadangan 'Shoot On Sight' Undang Reaksi Berbeza Pelbagai Pihak. INI MASALAH PENCEROBOH bukannya PENDATANG TANPA IZIN ??

SEJARAH BERDARAH TAK KAN NAK BERULANG LAGI ???

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama)-- Cadangan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan penceroboh di kawasan perairan Sabah mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata cadangan itu boleh dilaksanakan tetapi prosedur mengenainya perlulah diwujudkan terlebih dahulu dengan segera.


14/07/2014

TEMBAK, TEMBAK, TEMBAK ITU SAJA JAWAPANNYA KEPADA PENCEROBOH !!!

TLDM Mohon Kebenaran Tembak Penceroboh, Pengganas

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata cadangan peraturan itu sebagai salah satu usaha untuk menghalang kumpulan pengganas dari Filipina menceroboh masuk ke negara ini.
Beliau berkata peraturan sedia ada tidak membenarkan pasukan keselamatan menembak apabila ternampak (shoot on sight) yang menghalang pasukan keselamatan termasuk TLDM untuk membanteras kumpulan pengganas.

13/07/2014

MANA APMM, MANA TLDM ???



Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman  mengarahkan polis menjalankan siasatan daripada semua sudut mengenai insiden serang hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota polis marin.

"Saya diberi taklimat. Semua motif sedang disiasat termasuk kemungkinan membalas dendam susulan langkah mengetatkan penguatkuasaan di perairan Sabah. Pihak berkuasa berkenaan mesti menyiasat daripada semua aspek bagi menangani insiden itu.

"Kumpulan itu semakin berani dalam tindakan mereka," kata beliau dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Musa berkata lebih banyak yang perlu dilakukan dalam konteks meningkatkan risikan dan penyelarasan dengan rakan sejawatan di Filipina.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...