Translate

18/07/2014

BELUM TEMBAK LAGI DAH MACAM2 PERSOALAN TIMBUL !!!!


Cadangan 'Shoot On Sight' Undang Reaksi Berbeza Pelbagai Pihak. INI MASALAH PENCEROBOH bukannya PENDATANG TANPA IZIN ??

SEJARAH BERDARAH TAK KAN NAK BERULANG LAGI ???

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama)-- Cadangan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan penceroboh di kawasan perairan Sabah mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata cadangan itu boleh dilaksanakan tetapi prosedur mengenainya perlulah diwujudkan terlebih dahulu dengan segera.


"Kalau tentera tidak diberikan kebenaran untuk tembak, itu menjadi kesukaran buat mereka dalam menjamin kedaulatan negara, jadi saya sememangnya setuju dengan cadangan berdasarkan tujuan tersebut.

"Namun prosedur seperti memberi amaran tembakan di udara perlulah dilepaskan terlebih dahulu, tetapi jika mereka (penceroboh) itu masih enggan dan tegar, barulah tindakan untuk menyerang atau menembak dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zainul Rijal berkata keseimbangan antara keperluan untuk menembak dengan keperluan untuk menjamin hak orang yang disyaki penceroboh perlu diambil perhatian supaya tidak berlaku kepincangan hak asasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...