KUALA LUMPUR 22 Julai - PKR dan DAP
akan menubuhkan pakatan pembangkang baharu yang akan turut disertai oleh
Gerakan Harapan Baru (GHB) sekali gus menyisihkan Pas dalam kerjasama tersebut.
Walaupun dalam kenyataan Penasihat PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya bagi mengumumkan penubuhan pakatan
baharu itu tidak menyatakan dengan jelas kedudukan Pas, namun Penasihat DAP,
Lim Kit Siang secara terbuka menegaskan, Pas tidak akan dilibatkan atas alasan,
‘menjadi punca kematian pakatan pembangkang’ sebelum ini.


