Translate

Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan

16/06/2014

Najib tidak hormat mahkamah syariah



Cadangan Perdana Menteri agar kes perebutan hak penjagaan anak melibatkan mualaf Izwan Abdullah dan Muhammad Ridzuan Abdullah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan bagi mengatasi kemelut tersebut tidak menghormati mahkamah syariah, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Presiden Abim, Amidi Abdul Manan (gambar) berpendapat cadangan tersebut dilihat tidak menghormati bidang kuasa mahkamah syariah serta menafikan keistimewaan mahkamah syariah dalam membicarakan kes yang tidak boleh dicabar oleh mahkamah sivil. 

13/08/2013

Cabaran paling utama, bagaimana untuk menautkan kembali anggota warganegara yang berfikir sebagai orang Malaysia.



100 Hari: Cabaran Besar PM Najib Untuk Kekalkan Perpaduan Kaum

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Genap 100 hari selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri hari ini, menangani cabaran pendamaian dilihat terus menjadi komitmen beliau dalam usaha mengekalkan kestabilan negara.

Beberapa pihak turut berpendapat ia cabaran terbesar perdana menteri ekoran perpecahan masyarakat yang dilihat ketara selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling berkata usaha pertautan dan kesepaduan masyarakat adalah tugas utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara selepas pilihan raya umum ke-14 pula.

"Cabaran paling utama, bagaimana untuk menautkan kembali anggota warganegara yang berfikir sebagai orang Malaysia.

"Itulah cabaran pilihan raya ke-14 nanti untuk melihat sama ada pengundi mengundi sebagai orang Malaysia seluruhnya atau terus mengundi mengikut kaum masing-masing," katanya kepada Bernama.

Dari segi pembangunan, beliau berkata, apa yang penting adalah rakyat dapat melihat kerajaan melaksanakan sepenuhnya apa yang telah dirancang kerana perancangan pembangunan dirangka sejak sebelum pilihan raya lagi.

Turut menyuarakan pendapat yang sama ialah aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye, yang mahu melihat perpaduan kaum di bawah gagasan 1Malaysia, terus diperkukuh.

NEGARA TIMBUL BERMACAM-MACAM MASALAH DARI SEGI ANCAMAN BERPUNCA DARIPADA ???

Hapus akta: 'Kalau Najib masih peduli'
Hapus akta: 'Kalau Najib masih peduli' - Kenapa Singapura masih mengekalkan akta tersebut ???

Pak Lah jadi PM bebas Anuar, Najib jadi PM hapus ISA... ghairah sangat kot....

MUNGKIN saya ketinggalan zaman. Mungkin saya haiwan purba (dinosaur) yang tidak pupus.

Mungkin kerana itu dari awal-awal lagi saya mementang pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) dan Akta Buang Negeri.

Saya berpegang kepada falsafah bahawa undang-undang tahanan perlindungan terbukti berguna.

Ia bukan sahaja melindungi 99 peratus rakyat jelata yang mematuhi undang-undang dan hidup aman damai malah ia juga melindungi penjenayah, ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis daripada membunuh satu sama lain.

Cuba tanya, berapa banyakkah ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis yang mati atau cedera kerana saling tembak menembak ketika dalam tahanan perlindungan?

Bandingkan pula dengan bilangan mereka yang dibunuh dan membunuh selepas Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Parlimen dengan begitu gembira sekali memansuhkan undang-undang perlindungan di atas pada tahun 2011.

Saya rasa PM, ahli Kabinet beliau dan ahli Parlimen yang menyokong pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri wajib bertanggungjawab ke atas rakyat jelata yang menjadi mangsa tindakan mereka.

Alhamdulillah, nampaknya sebahagian daripada mereka yang ikhlas, peduli dan berani telah menyedari “folly” mereka dan, secara tersurat atau tersirat, mula mengakui bahawa pemansuhan undang-undang berkenaan telah membawa mudarat kepada negara dan rakyat jelata yang cintakan keamanan.

12/08/2013

RANCANGAN BARU ANWAR UNTUK MELAGA-LAGAKAN NAJIB DAN PAK LAH ???

Siapa Bridget Welsh yang bantu Anwar di Malaysia ?


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, hari ini, menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.
Dalam kenyataan media hari ini, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan 
mesra `Pak Lah' berkata, beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, James

Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan. 

Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku itu 
ditulis oleh `Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri'. 

"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. 

"Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan insyaAllah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya," katanya. 

Katanya, beliau juga tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku itu 
kerana tidak mahu orang membuat andaian yang buku itu ditulis dan ditaja oleh beliau. 

"Berita yang mengatakan pemimpin daripada parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," tegas Pak Lah. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...