Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi yg menggantikan Tun
Mahathir menghadapi masalah demi masalah sebaik mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri. Harga minyak dunia yg melambung sehingga USD200 telah
menyebabkan kerajaan menanggung subsidi yang teruk. Kegawatan
ekonomi dunia diambil peluang oleh Tun untuk memanipulasi keadaan bagi
menyerang Pak Lah.
Akhirnya
Pak Lah terpaksa menaikkan harga minyak sebanyak 60 sen yg mencetus kemarahan
rakyat dan Mahathir mula menyerang Pak lah mengambil peluang dari kenaikan
harga minyak dunia itu. Tun mendesak Pak Lah berbelanja seperti biasa ketika
krisis ekonomi meruncing. Kata pak Lah NEGARA BAKAL BENGKRAP SEKIRANYA BELIAU
MENGIKUTI KEHENDAK MAHATHIR berbelanja seperti biasa.
Pak Lah
menghadapi PRU dengan tekanan berterusan dari Mahathir. Kerajaan PAK LAH DITUDUH MENGAMALKAN RASUAH DAN TUDUHAN DIBUAT OLEH TUN MAHATHIR
sendiri.
Akhirnya
keputusan PRU 12 lima negeri hilang. Pak
Lah mentadbir negara ini cukup sebentar sebelum melepaskan jawatannya.
Sebelum bersara Pak lah telah mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri.
Najib pula mengambil alih negara ini ketika negara
hampir bengkrap apabila SIMPANAN DI BANK NEGARA HANYALAH USD20
BILLION iaitu kira kira RM50 billion. Kesan kerugian
didalam forex yg diperjudikan oleh Tun Mahathir telah menyebabkan RM34
billion wang negara lesap. Banyak pelaburan yg dibuat oleh
Perdana Menteri ketika itu musnah. Ini TERMASUKLAH PERWAJA, MOMINCO, PROJEK
BAKUN DAN BERMACAM MACAM PROJEK LAGI TERMASUK LAH SKANDAL BANK BUMIPUTRA HONG
KONG yg memerlukan suntikan modal baru. Seorang akauntan kita Abdul Jalil Ibrahim dibunuh didalam kebun pisang ketika
dihantar oleh ibu Pejabat Bank Bumiputra bagi menyiasat punca utama Bank
berkenaan ditutup.

