Translate

Memaparkan catatan dengan label Sikap Tun Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sikap Tun Mahathir. Papar semua catatan

23/07/2018

HATI YANG JAHAT TETAP JAHAT, HINA TERUS MENGHINA.... ITU LAH DASAR MADEY

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedar dan memandang rendah kuasa rakyat sekali gus menjadi punca BN tumbang pada PRU14 lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat sudah muak dengan pemerintahan Najib yang disifatkan sebagai kuku besi dan banyak menyusahkan rakyat.

Menurutnya, penghargaan seharusnya diberikan kepada rakyat yang bangkit menumbangkan BN dan tugas PH sekarang adalah memperbaiki segala kerosakan yang telah dilakukan.

"Mereka (BN) seolah-olah kebal dan tidak mungkin kalah. Mereka juga ingat dapat memerintah lagi 100 tahun.

"Tetapi mereka silap dan tidak ambil kira perasaan rakyat yang tidak suka dengan pemerintahan kuku besi. Sekarang kita berjaya tumbangkan mereka," katanya dalam ucapan pada majlis makan malam sempena mengumpul dana untuk Tabung Harapan Malaysia di Ideal Convention Center (IDCC), sebentar tadi.

Jelasnya lagi, apabila PH mengambil alih kerajaan, banyak kerosakan besar berjaya dikesan dilakukan kerajaan ketika pemerintahan Najib.

“BUKAN SAHAJA WANG HILANG, BERBILION RINGGIT HILANG TAPI JENTERA KERAJAAN TELAH DISABOTAJ SUPAYA TIDAK BERJALAN LEBIH BAIK dan terpaksa kita ambil tindakan untuk memecat sesetengah pegawai daripada pentadbiran terdahulu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan yakin mampu mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan terdahulu dengan adanya sokongan dari rakyat.

"Malam ini jelas yang hadir untuk derma kepada Tabung Harapan. Walaupun kita dapat hanya beberapa juta, tetapi yang penting kesanggupan rakyat demi negara," katanya. Dalam majlis itu, sebanyak RM3.4 juta berjaya dikumpulkan untuk Tabung Harapan Malaysia melalui gabungan 18 Persatuan Cina Klang.

Sumber: KLIK DISINI

17/06/2018

SIKAP TUN MAHATHIR MEMANG SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN

Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi yg menggantikan Tun Mahathir menghadapi masalah demi masalah sebaik mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Harga minyak dunia yg melambung sehingga USD200 telah menyebabkan kerajaan menanggung subsidi yang teruk. Kegawatan ekonomi dunia diambil peluang oleh Tun untuk memanipulasi keadaan bagi menyerang Pak Lah.

Akhirnya Pak Lah terpaksa menaikkan harga minyak sebanyak 60 sen yg mencetus kemarahan rakyat dan Mahathir mula menyerang Pak lah mengambil peluang dari kenaikan harga minyak dunia itu. Tun mendesak Pak Lah berbelanja seperti biasa ketika krisis ekonomi meruncing. Kata pak Lah NEGARA BAKAL BENGKRAP SEKIRANYA BELIAU MENGIKUTI KEHENDAK MAHATHIR berbelanja seperti biasa.

Pak Lah menghadapi PRU dengan tekanan berterusan dari Mahathir. Kerajaan PAK LAH DITUDUH MENGAMALKAN RASUAH DAN TUDUHAN DIBUAT OLEH TUN MAHATHIR sendiri.

Akhirnya keputusan PRU 12 lima negeri hilang. Pak Lah mentadbir negara ini cukup sebentar sebelum melepaskan jawatannya.

Sebelum bersara Pak lah telah mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri.


Najib pula mengambil alih negara ini ketika negara hampir bengkrap apabila SIMPANAN DI BANK NEGARA HANYALAH USD20 BILLION iaitu kira kira RM50 billion. Kesan kerugian didalam forex yg diperjudikan oleh Tun Mahathir telah menyebabkan RM34 billion wang negara lesap. Banyak pelaburan yg dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu musnah. Ini TERMASUKLAH PERWAJA, MOMINCO, PROJEK BAKUN DAN BERMACAM MACAM PROJEK LAGI TERMASUK LAH SKANDAL BANK BUMIPUTRA HONG KONG yg memerlukan suntikan modal baru. Seorang akauntan kita Abdul Jalil Ibrahim dibunuh didalam kebun pisang ketika dihantar oleh ibu Pejabat Bank Bumiputra bagi menyiasat punca utama Bank berkenaan ditutup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...