SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedar dan memandang rendah
kuasa rakyat sekali gus menjadi punca BN tumbang pada PRU14 lalu.
Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat
sudah muak
dengan pemerintahan Najib yang disifatkan sebagai kuku besi dan banyak menyusahkan rakyat.
Menurutnya, penghargaan seharusnya diberikan kepada rakyat yang bangkit
menumbangkan BN dan tugas PH sekarang adalah memperbaiki segala kerosakan yang
telah dilakukan.
"Mereka
(BN) seolah-olah kebal dan tidak mungkin kalah. Mereka juga ingat dapat memerintah lagi 100 tahun.
"Tetapi
mereka silap dan tidak ambil kira perasaan rakyat yang tidak suka dengan
pemerintahan kuku besi. Sekarang kita berjaya tumbangkan mereka," katanya
dalam ucapan pada majlis makan malam sempena mengumpul dana untuk Tabung
Harapan Malaysia di Ideal Convention Center (IDCC), sebentar tadi.
Jelasnya
lagi, apabila PH mengambil alih kerajaan, banyak kerosakan besar berjaya
dikesan dilakukan kerajaan ketika pemerintahan Najib.
“BUKAN SAHAJA WANG HILANG, BERBILION RINGGIT HILANG TAPI JENTERA KERAJAAN
TELAH DISABOTAJ SUPAYA TIDAK BERJALAN LEBIH BAIK dan
terpaksa kita ambil tindakan untuk memecat sesetengah pegawai daripada
pentadbiran terdahulu,” katanya.
Bagaimanapun,
katanya, kerajaan yakin mampu mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan
terdahulu dengan adanya sokongan dari rakyat.
"Malam
ini jelas yang hadir untuk derma kepada Tabung Harapan. Walaupun kita dapat
hanya beberapa juta, tetapi yang penting kesanggupan rakyat demi negara,"
katanya. Dalam
majlis itu, sebanyak RM3.4 juta berjaya dikumpulkan untuk Tabung Harapan
Malaysia melalui gabungan 18 Persatuan Cina Klang.
Sumber: KLIK DISINI