Translate

Memaparkan catatan dengan label Cabaran 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cabaran 2011. Papar semua catatan

05/01/2011

Cabaran 2011 untuk Najib

Ramai meramalkan 2011 merupakan ‘tahun pilihan raya umum’ dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memasuki fasa kedua selepas mengambil alih tadbir-urus negara pada April 2009.

Sejak Najib memimpin, pelbagai dasar dan agenda dilancar, diumum dan disampaikan. Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (PTE), Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan 1Malaysia merupakan ‘Doktrin Najib’.

Pelaksanaan dan pemantauan ke atas gagasan ini akan menjadi tumpuan sepanjang 2011. Pencapaian dan keputusannya memberi gambaran bilakah pilihan raya umum diadakan. Barangkali tahun 2012. Selepas keberkesanan dan pencapaian diteliti serta data dikemas kini.

Pertemuan Najib dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) minggu ini mencari kepastian sama ada 222 kawasan Parlimen boleh dilabel putih (kubu kuat BN), kelabu (masih boleh menang walau samar-samar) ataupun hitam (kubu kuat pembangkang). Tanpa 75 peratus kawasan putih, sukar untuk Perdana Menteri mengumumkan tarikh pilihan raya dalam masa terdekat.

Justeru, yang penting buat masa ini adalah bagaimana transformasi dilakukan melalui sistem penyampaian yang cekap, efektif dari segi kos dan lancar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...