Translate

Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan

19/07/2023

ISU NADIR BUMI : SPRM BUKA KERTAS SIASATAN MELIBATKAN MENTERI BESAR KEDAH


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan
berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang Menteri Besar dalam ISU PERLOMBONGAN UNSUR NADIR BUMI (REE) yang dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Sumber SPRM memaklumkan isu ini telah dilaporkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Gerakan Anti-Sanusi (GAS) pada Mac lepas dan penduduk di kawasan Bukit Enggang Sik di mana kerja-kerja perlombongan haram dilakukan secara besar-besaran sebelum ditumpaskan oleh pihak berkuasa.

“Pada Januari 2023, Umno Kedah juga pernah menggesa SPRM untuk menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan sama ada terdapat campur tangan politik dalam isu kecurian REE yang mendatangkan kerugian besar kepada negara.

“Beberapa individu telah tampil dan membuat aduan rasmi kepada SPRM baru-baru ini bagi menyiasat isu salah guna kuasa dan rasuah melibatkan seorang Menteri Besar hasil daripada satu surat tular berkaitan permohonan kuota pekerja asing kepada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya bagi projek usaha sama antara kerajaan negeri dengan sebuah syarikat tempatan dan syarikat dari China,” katanya.

Difahamkan SPRM Kedah pernah membuka kertas siasatan berhubung isu itu pada awal 2023 dan telah memanggil beberapa saksi NAMUN PERKEMBANGAN TERKININYA TIDAK DIKETAHUI.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(A) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ini termasuk kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM Kedah pada Mac 2023 namun beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada PIHAKNYA AKAN MEMANGGIL MENTERI BESAR TERBABIT DALAM MASA TERDEKAT.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

18/06/2023

MB TERENGGANU SERAH TAPAK PASAR MALAM BERNILAI RM11.84 JUTA KEPADA KOPERASI PEMIMPIN PAS


Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah seluas 14,355 meter persegi atau kira-kira 3.5 ekar bernilai RM11.84 juta kepada sebuah koperasi milik pemimpin PAS.


Tanah yang bernilai tinggi di Lot PT 2866 Penempatan Tok Adis Fasa II Mukim Kuala Ibai itu dijual kepada Koperasi Khidmat Batu Burok Kuala Terengganu Berhad (Kokhidmat).

 

Kokhidmat ditubuh ketika PAS memerintah Terengganu antara tahun 1999 hingga 2004 oleh Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu ketika itu, Dato’ Wan Muttalib Wan Embong yang juga Exco Kerajaan Negeri.

 

Kokhidmat kini dipengerusikan oleh bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu, Wan Musa Wan Embong yang juga abang kepada Wan Muttalib. Timbalan Pengarah PAS DUN Batu Burok, Ustaz Mohd Soud Said yang juga Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) turut menganggotai koperasi itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah.


 UNTUK RUJUKAN KLIK DISINI


04/06/2023

KENAPA MENTERI BESAR TERENGGANU MASIH BELUM DIDAKWA BERKAIT HAL PENJUALAN TANAH KEPADA NGO KHAIRUNNISA YANG DIKETUAI ISTERINYA SENDIRI - Oleh : Lokman Adam


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan ISU YANG SANGAT BERAT dimana YAB Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah menjual Tanah kepada NGO yang diketuai isterinya sendiri dengan harga yang sangat merugikan Kerajaan Terengganu.

Tanah yang berharga RM29.3 Juta di jual kepada NGO isteri Samsuri dengan harga hanya RM500,000.

PUNYA LAH PEMURAH MENTERI BESAR TERENGGANU NI SAMPAI BAGI LEBIH 98.2% DISCOUNT UNTUK TANAH KERAJAAN NEGERI. JUALAN RAHMAH PON TAK SEMURAH INI.

Menjawab kepada isu ini, Menteri Besar Terengganu dari PAS tidak menafikan perkara ni malah menjawab ini hanyalah isu kecil. Katanya sebab PRN dah dekat semua isu akan keluar, jadi kenapa dia tak jawab kenapa tanah ini dijual dengan harga yang sangat murah dan dijual pula KEPADA NGO YANG DIKETUAI ISTERI BELIAU SENDIRI. INI JELAS PENYALAHGUNAAN KUASA.

Semalam, bekas Vice Chancelor UPSI dihukum penjara 18 bulan dan didenda RM10,000.00 atas pertuduhan salah guna kuasa memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemuduga.


Namun, AMAT MENGECEWAKAN SEHINGGA KINI MB PAS TERENGGANU NI TIDAK DIHERET KEMUKA PENGADILAN? Kita tidak boleh berikan isyarat yang salah bahawa Kerajaan Perpaduan gagal berlaku adil kepada semua?

Untuk rekod juga, tanah tersebut pernah diberikan kepada Koperasi Insaf Terengganu Berhad (Koinsaf) milik pemimpin PAS Terengganu dengan harga premium RM550K pada tahun 2003 iaitu ketika Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu.


Akhirnya ketika BN amik alih kerajaan, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional pada 2005 terpaksa membuat pengambilan balik tanah tersebut dengan membayar semula kepada koperasi tersebut sebanyak RM 6.7 JUTA. PAS UNTUNG ATAS ANGIN RM 6.15 juta. Tidak mustahil, NGO isteri Shamsuri juga boleh buat untung atas angin dengan menjual tanah ini sekali lagi. Berapa banyak kali PAS nak buat duit atas angin dari tanah yang sama?

Kerajaan BN ambil semula tanah ini sebab memikirkan lokasi tanah yang strategik dan berkepentingan rakyat. Tapi sekarang dijualnya semula dengan harga yang sangat tidak masuk akal. Memang patutlah Perikatan Nasional menggunakan slogan Bersih dan Stabil, boleh habis tanah Kerajaan Negeri Bersih disapunya. Memanglah kewangan mereka STABIL, kalau pemimpinnya asyik buat duit dengan menjual tanah kerajaan negeri dibawah harga pasaran.

Yang sengsara dan rugi akibat penyalahgunaan kuasa MB PAS Terengganu ialah Kerajaan Negeri dan Rakyat Terengganu. MB Samsuri kena jelaskan kenapa harga yang dijual sangat murah dan bukan hanya memberi alasan ini isu kecil.

TUNJUKKAN KETELUSAN PEMERINTAHAN KAMU, KITA HENDAK TAHU DIMANA LETAKNYA BERSIH DAN STABIL TU?


KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

 

 

18/05/2023

PENYIASAT AUSTRALIA BERSAMA SPRM BERJAYA TUMPASKAN ANTARA SINDIKET ‘SCAMMER’ TERBESAR DUNIA


Salah satu sindiket penipuan terbesar di dunia yang menipu lebih daripada AUD1 bilion (~RM3.1 bilion) daripada pelabur telah berjaya ditumpaskan oleh penyiasat Australia dengan kerjasama agensi kerajaan Malaysia.

Memetik 9News, penyiasat jenayah siber yang berpangkalan di New South Wales dan pengerusi IFW global Ken Gamble melancarkan siasatan di seluruh dunia untuk membongkar penipuan boiler room yang menggunakan taktik jualan melalui pusat panggilan. Ia kemudian memujuk untuk membeli saham palsu dalam syarikat.

Gamble memberitahu Ben Fordham bahawa siasatan mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengenal pasti sindiket yang melibatkan 80 tangkapan, termasuk ketua operasi.

“Ia sangat lega untuk menangkap mereka, walaupun banyak kerja perlu dilakukan. Kami memulakan siasatan ini pada 2020 selepas mendapat maklumat mengenai kumpulan itu,” katanya kepada stesen radio Nine.

Sindiket itu dipercayai menyasarkan pelabur yang tidak mengesyaki apa-apa di seluruh dunia, termasuk warga Australia yang ditipu sebanyak AUD1 bilion (~RM3.1 bilion).


Menurut Gamble, pada permulaan siasatannya, mereka mendapati bahawa banyak wang yang ditipu daripada mangsa telah dipindahkan ke dalam akaun bank di Hong Kong dan China.

Selepas mengesan dana tersebut, penyiasat mendapati wang itu kemudiannya dipindahkan ke Thailand dan Singapura. Dari Thailand, dana itu dikeluarkan dan diangkut secara fizikal merentasi sempadan ke Malaysia.

“Kami tahu sindiket mereka untuk masa yang lama tetapi kami tidak dapat menentukan di mana pejabat mereka. Itulah yang menyebabkan kerja yang banyak diperlukan,” katanya lagi.

Gamble berkata, mengesan penjenayah memerlukan pendekatan siasatan cara lama yang berkesan.

Beliau juga diberi amaran agar tidak meneruskan siasatan kerana ia mungkin akan membahayakan nyawanya. Namun hasil siasatan dan kerja keras selama tiga tahun, pasukannya mendapat kejayaan yang dinantikan.

Lanjutan daripada itu, beliau telah terbang ke Malaysia dan bertemu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negara yang akhirnya berhasil membawa kepada penahanan individu terbabit.

Gamble juga berharap agar rakyat Australia yang ditipu boleh mendapatkan kembali sebahagian daripada wang mereka.

“Lebih daripada AUD 4.3 juta (~RM12.9 juta) telah dirampas semasa operasi itu dan 54 akaun bank telah dibekukan supaya dana dapat diperolehi semula,” katanya lagi.


Siasatan lanjut berkenaan kes juga masih dalam siasatan pasukannya. Sebelum ini juga, pihak SPRM berjaya memberkas warga UK yang melakukan aktiviti penipuan dalam talian menerusi Op Tropicana.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

#SCAMMER TERBESAR: SPRM GEGAR PEJABAT MEWAH YANG DIJADIKAN PUSAT PANGGILAN ‘SCAMMER’ DAN PENIPUAN PELABURAN


Pada minggu lalu, sebuah operasi khas yang dinamakan OP TROPICANA bagi menangkap dalang disebalik siri penipuan pelaburan yang berpengkalan di Malaysia
. Kejayaan serbuan ini telah membongkar suspek-suspek yang terdiri daripada warga asing.

Kini SPRM sekali lagi menyerbu sebuah pejabat mewah yang dijadikan pusat panggilan oleh sindiket penipuan pelaburan oleh sindiket penipuan pelaburan dan kriptowang.

Dalam serbuan ini, Pasukan Khas Bahagian Pengubahan Wang Haram (AML), SPRM menemui pelbagai peralatan antaranya set komputer, pelayan internet, peralatan pejabat dan pelbagai kelengkapan dipercayai akan digunakan bagi tujuan mencari mangsa.

Malah, pejabat itu turut dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut sehingga mencecah 12 unit bagi sesebuah ruang kerja malah kesemua tingkap ditutup dengan pelekat.

Difahamkan pejabat di tingkat 15 berkenaan sudah hampir 90 peratus siap diubahsuai dengan kos termasuk pelbagai kelengkapan komputer dianggarkan mencecah RM500,000. Pejabat berkenaan dipercayai akan beroperasi dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi itu disyaki menjadi pusat panggilan sindiket penipuan antarabangsa.

Sindiket berkenaan juga disyaki MENSASARKAN MANGSA luar negara dan tidak menolak kemungkinan rakyat Malaysia turut menjadi mangsa MENERUSI IKLAN PELABURAN DI MEDIA SOSIAL SEPERTI INSTAGRAM, TWITTER DAN FACEBOOK.

Mereka dipercayai telah memperdaya mangsa dengan meyakinkan mereka supaya melabur ke dalam syarikat pelaburan yang tidak wujud dan syarikat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

05/05/2023

#SKANDAL 1MDB: ENAM TAHUN MELARIKAN DIRI, SUSPEK SKANDAL 1MDB DAN SRC INTERNATIONAL DICEKUP


Kuala Lumpur: Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas hampir enam tahun melarikan diri.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek yang disyaki menerima sebahagian dana diseleweng daripada dua syarikat terbabit dikesan tiba di KLIA 2, jam 3.30 pagi kelmarin.

"Sebaik tiba, dia yang menghilangkan diri sejak 2018 diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi kelmarin.

"Pegawai SPRM telah merakamkan keterangannya dan penggeledahan rumah dilakukan pada hari yang sama," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek didapati terbabit dengan skandal itu dan menerima wang hasil seleweng menerusi akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

Sumber berkata, suspek juga dipercayai menerima sebahagian wang diseleweng dari dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat Malaysia (YR1M).

"SPRM dengan kerjasama Commercial Affairs Departments Singapura (CAD Singapura) berjaya menyita akaun bank milik Wright Shaw Limited berjumlah kira-kira USD 5.2 juta," katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu, pada 26 April lalu, SPRM membawa pulang kira-kira RM16 juta dana 1MDB yang diseleweng menerusi Totality Limited milik bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat 1MDB, Casey Tang Keng Chee.

"Tang atau lebih dikenali Casey Tang terbabit dengan 1MDB ketika itu yang dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sehingga 2011.

"Konspirasinya adalah untuk mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan USD700 juta kepada Good Star Ltd, yang didakwa dimiliki oleh Low Taek Jho (Jho Low)," katanya.

Menurut sumber, SPRM mengeluarkan waran tangkap atau red notice bertarikh 29 Jun 2018 terhadap Tang yang masih gagal dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penangkapan itu dan sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek dan aset lain di Singapura.

SPRM setakat ini berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

15/04/2023

#KES SRC & KEBOCORAN SURAT SIASATAN: ADAKAH DILAKUKAN OLEH .......???

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) TIDAK ADA KAITAN dengan kebocoran siasatannya terhadap hakim Mahkamah Tinggi, yang mensabitkan kesalahan Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata mereka yang terus menuding jari kepada suruhanjaya mengenai perkara itu harus berhenti berbuat demikian.

Pemusnah rasuah tertinggi negara berkata SPRM telah berusaha keras untuk memastikan laporan itu disimpan di bawah kunci dan kunci, sehingga beliau secara peribadi memastikan ia disembunyikan dan diserahkan kepada pejabat ketua hakim negara.

Ditanya sama ada suruhanjaya itu menyiasat sama ada kebocoran itu datang daripada SPRM, Azam menjawab negatif.

"Tidak. Setahu saya, kebocoran itu bukan dari kami. Saya periksa... Ia tidak pernah datang dari SPRM. Apabila laporan diserahkan kepada ketua hakim negara (TUN TENGKU MAIMUN TUAN MAT), ia adalah melalui sampul surat yang disembunyikan sepenuhnya dan dihantar dengan tangan kepada pembantu peribadi CJ. Saya memastikan ini dilakukan kerana saya tidak mahu sebarang kebocoran. Jadi bagaimana kebocoran ini berlaku, saya tidak tahu."

Azam berkata beliau sangat berhati-hati dalam memberikan kenyataan mengenai perkara itu.

"Saya tahu batasan saya. Satu-satunya perkara yang saya nyatakan ialah ya, kami menerima laporan dan saya akan menyiasat. Ia adalah orang yang datang untuk membuat laporan yang mendedahkannya kepada umum."

Azam berkata, dia tidak mahu ia menjadi isu lagi.

"Biarlah. Setahu saya, laporan itu diserahkan kepada ketua jabatan. Terpulang kepada dia (CJ) sama ada dia mahu membentuk jawatankuasa atau tidak."

Pada Ogos 2022, satu dokumen yang didakwa sebagai kertas siasatan SPRM mengenai Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hakim yang mengetuai kes rasuah SRC International Najib, dikatakan bocor.

Nazlan telah mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.

Dokumen itu nampaknya menunjukkan bahawa SPRM telah menamatkan siasatannya terhadap Nazlan dan menyerahkan laporannya kepada Jabatan Peguam Negara.

Mahkamah Persekutuan, pada 24 Feb, telah memutuskan bahawa siasatan SPRM terhadap Nazlan dilakukan tanpa mengikut protokol.

Tengku Maimun, yang mengetuai panel tujuh anggota, berkata siasatan terhadap Nazlan mesti dijalankan mengikut protokol tertentu untuk melindungi kebebasan kehakiman.

Pada Rabu, anggota sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) membuat laporan polis, menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Pembaharuan Perundangan dan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan SPRM membocorkan surat siasatan.

Penolong setiausahanya Muhammad Faiz Rahmat berkata Azalina dan SPRM tidak mempunyai hak untuk menyiasat sama ada hakim telah melanggar Kod Etika Hakim 2009.

Memetik surat yang bocor, beliau juga mendakwa Azalina telah mengesahkan bahawa Nazlan telah melanggar kod etika kehakiman dalam penghakiman terhadap Najib dalam kes itu.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

08/03/2023

LIMA PERKARA BERKENAAN MUHYIDDIN BAKAL DIDAKWA DI MAHKAMAH


1. Ketua Penerangan dia, kawan baik dia dari Pagoh dan sepupu menantu dia sudah didakwa selepas menerima berpuluh juta dari kontraktor-kontraktor.

Ketiga-tiga individu ini tidak berada dalam kerajaan dan tiada kuasa untuk disalahguna ketika itu. Maka sudah tentu ada orang lain di sebalik mereka yang telah memudahkan kontraktor-kontraktor diberi projek rundingan terus ketika PKP dan darurat.

2. Dia telah mengaku bahawa dia yang arahkan pegawai memberi senarai 50 lebih kontraktor kepada Kementerian Kewangan untuk diberi tender. Biarpun itu, dia kata yang memberi kelulusan akhir ialah Kementerian Kewangan.

Sejumlah 56 projek bernilai RM6.3 bilion telah diluluskan.

3. Akaun bank PPBM telah dibeku. Ini adalah bukti bahawa terdapat aliran tunai dari kontraktor yang menerima projek terus ke akaun parti.

4. SPRM yang siasat, Peguam Negara yang dakwa.

Maka ketua SPRM dilantik Muhyiddin dan Peguam Negara yang dilantik Muhyiddin adalah punca Muhyiddin didakwa.

5. "Welcome soon to kluster mahkamah" kata Najib pada June tahun lepas ketika saksi dalam kes UKSB memberi tahu mahkamah bahawa mereka telah membayar cash RM1.3 juta melalui kawan baik dia (yang juga didakwa dalam kes Jana Wibawa) kepada Muhyiddin ketika dia Menteri KDN.


KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...