Translate

Memaparkan catatan dengan label Australia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Australia. Papar semua catatan

18/05/2023

#SCAMMER TERBESAR: SPRM GEGAR PEJABAT MEWAH YANG DIJADIKAN PUSAT PANGGILAN ‘SCAMMER’ DAN PENIPUAN PELABURAN


Pada minggu lalu, sebuah operasi khas yang dinamakan OP TROPICANA bagi menangkap dalang disebalik siri penipuan pelaburan yang berpengkalan di Malaysia
. Kejayaan serbuan ini telah membongkar suspek-suspek yang terdiri daripada warga asing.

Kini SPRM sekali lagi menyerbu sebuah pejabat mewah yang dijadikan pusat panggilan oleh sindiket penipuan pelaburan oleh sindiket penipuan pelaburan dan kriptowang.

Dalam serbuan ini, Pasukan Khas Bahagian Pengubahan Wang Haram (AML), SPRM menemui pelbagai peralatan antaranya set komputer, pelayan internet, peralatan pejabat dan pelbagai kelengkapan dipercayai akan digunakan bagi tujuan mencari mangsa.

Malah, pejabat itu turut dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut sehingga mencecah 12 unit bagi sesebuah ruang kerja malah kesemua tingkap ditutup dengan pelekat.

Difahamkan pejabat di tingkat 15 berkenaan sudah hampir 90 peratus siap diubahsuai dengan kos termasuk pelbagai kelengkapan komputer dianggarkan mencecah RM500,000. Pejabat berkenaan dipercayai akan beroperasi dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi itu disyaki menjadi pusat panggilan sindiket penipuan antarabangsa.

Sindiket berkenaan juga disyaki MENSASARKAN MANGSA luar negara dan tidak menolak kemungkinan rakyat Malaysia turut menjadi mangsa MENERUSI IKLAN PELABURAN DI MEDIA SOSIAL SEPERTI INSTAGRAM, TWITTER DAN FACEBOOK.

Mereka dipercayai telah memperdaya mangsa dengan meyakinkan mereka supaya melabur ke dalam syarikat pelaburan yang tidak wujud dan syarikat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

25/11/2012

Mesej PM pada Anwar: Jangan bagi malu negara...

pm-himpunan1xx
Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu bergema dengan teriakan bersemangat wakil-wakil lebih 1,500 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

Jumlah itu bukan sedikit dalam konteks keahlian setiap NGO-NGO berkenaan.

Mereka berkumpul dalam Himpunan Barisan 1Malaysia,salah satu majlis menjelang Perhimpuan Agung UMNO minggu depan.

Ia adalah himpunan serentak NGO yang terbesar dalam sejarah negara.

Kehadiran sebegitu ramai wakil-wakil NGO berkenaan membuatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan ucaputama dengan penuh bersemangat bertanya hadirin, " siapa kata NGO tidak sokong BN,siapa kata orang muda tidak sokong dan siapa kata orang tua tidak".

Dalam ucapan itu Perdana Menteri meminta rakyat sedar tentang putrabelit pembangkang cuba mengambarkan macam-macam tidak betul di negara ini sedangkan keadaan sebenar tidak.

23/11/2012

Anwar Buktikan Kulit Mukanya Lebih Tebal Dari Kulit Babi


Rakyat telah penat dan muak dengan laporan yang dibuat oleh ABC News terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap surat yang diberikan kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr untuk meminta pertolongan beliau bagi menghadapi PRU-13.

Beberapa bulan lalu, Pengerusi Bersih,sebuah organisasi yang dikatakan berjuang untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil, Ambiga Sreevenasen telah ke Australia untuk membuat perkara yang sama. Dia telah meminta agar kerajaan Australia mengawasi piilhanraya di Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...