Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu bergema dengan teriakan bersemangat wakil-wakil lebih 1,500 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.
Jumlah itu bukan sedikit dalam konteks keahlian setiap NGO-NGO berkenaan.
Mereka berkumpul dalam Himpunan Barisan 1Malaysia,salah satu majlis menjelang Perhimpuan Agung UMNO minggu depan.
Ia adalah himpunan serentak NGO yang terbesar dalam sejarah negara.
Kehadiran sebegitu ramai wakil-wakil NGO berkenaan membuatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan ucaputama dengan penuh bersemangat bertanya hadirin, " siapa kata NGO tidak sokong BN,siapa kata orang muda tidak sokong dan siapa kata orang tua tidak".
Dalam ucapan itu Perdana Menteri meminta rakyat sedar tentang putrabelit pembangkang cuba mengambarkan macam-macam tidak betul di negara ini sedangkan keadaan sebenar tidak.
"Jangan bagi malu negara," tegasnya sambil memberi jaminan Malaysia mampu mengurus pilihanraya umum sendiri.
Beliau memberitahu di Amerika sendiri semasa pilinanraya Presiden baru-baru ini ada berlaku salah silap di sana sini tetapi tidak dijadikan isu yang riuh seperti di Malaysia.
"Di sini ada orang cari salah pada kita, (sedangkan) yang lain lagi teruk. Di Amerika Syarikat pilihan raya presiden pun banyak masalah, pengundi tidak ada nama di tempat mengundi, keputusan lambat, tetapi tidak ada pihak yang kata ada penipuan besar, pemilihan (Presiden Barack) Obama bagi penggal kedua tidak sah, tidak ada...," katanya.
Sambil menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan mempertikai kerajaan, Najib berkata mereka bagaimanapun mendiamkan diri apabila barisan pembangkang berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
"Jadi jangan minta negara luar campur tangan, jangan bagi malu kepada negara kita. Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia tapi dia pergi Australia untuk minta campur tangan, nasib baik Australia tidak ikut," katanya, merujuk tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum bebas dan adil di Malaysia.
Australia bagaimanapun menolak rayuan itu serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.
"Dia tahu kita ada hubungan baik, dia tahu pemimpin kita, dia kenal. Ini dia (Anwar) pergi sana cucuk sana, cucuk sini.
"Kita jangan jadi macam itu, kita ada peluang dan masa depan yang cukup baik jadi fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita," tegasnya.
Berita selanjutnya sila KLIK DISINI